Pertunjukan minstrel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pertunjukan minstrel merupakan suatu seni persembahan yang wujud di Amerika Syarikat pada awal abad ke-19. Seni ini terdiri daripada sketsa, tarian serta persembahan muzik yang mempersendakan orang kulit hitam; kebanyakan mereka yang menyertai persembahan ini terdiri daripada orang kulit putih yang memakai solekan khas yang menukar rupa mereka menjadi seakan orang kulit hitam (blackface) tetapi ada juga yang disertai kumpulan warga kulit hitam di bawah arahan penjaga kulit putih mereka.

Pertunjukan sebegini mempersendakan orang berkulit hitam sebagai mempunyai sifat bodoh, malas dan berkepercayaan tahayul.[1][2]

Meskipun pertunjukan minstrel begitu digemari sehingga dilaporkan "sesak dihadiri keluarga dari segenap lapisan masyarakat dan kaum",[3] ia turut sarat dengan kontroversi - golongan yang mendokong hak sama rata untuk warga kulit hitam (integrationist) menyelar seni ini kerana menunjukkan watak hamba abdi yang gembira dalam keadaan yang mempersendakan, manakala golongan yang membangkang dasar integrasi kaum (segregationist) menganggap pertunjukan sebegini "menghina" norma masyarakat yang wujud dalam lingkungan mereka melalui watak hamba abdi yang melarikan diri yang digambarkan penuh simpati serta boleh menggugat institusi perhambaan mereka yang dianggap "istimewa" ("peculiar institution").[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Coon Character". Jim Crow Museum of Racist Memorabilia. Ferris State University. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 April 2012..
  2. ^ Kenrick, John (1996). "A History of the Musical: Minstrel Shows". musicals101.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2012.
  3. ^ Sweet, Frank W. A History of the Minstrel Show, p27.
  4. ^ Sweet, Frank W. (2000). A History of the Minstrel Show. Backintyme. m/s. 28. Dicapai pada 18 Mac 2010..

Pautan luar[sunting | sunting sumber]