Kampung Pandan, Brunei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Pandan
Kampung Pandan, Brunei is located in Bumi
Kampung Pandan, Brunei
Kampung Pandan, Brunei (Bumi)
Koordinat: 4°35′12″N 114°13′54″E / 4.586669°N 114.231601°E / 4.586669; 114.231601Koordinat: 4°35′12″N 114°13′54″E / 4.586669°N 114.231601°E / 4.586669; 114.231601
NegaraBrunei
DaerahBelait
MukimKuala Belait
Sub-kawasan
  • Pandan 'A'
  • Pandan 'B'
  • Pandan 'C'
Poskod
KA1931, KA2931, KA2131

Kampung Pandan ialah sebuah kawasan dalam Kuala Belait, pekan utama bagi Daerah Belait, Brunei. Ia merangkumi petempatan Pandan asal dan kawasan perumahan awam Rancangan Perumahan Negara Pandan.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kawasan Kampung Pandan secara rasmi dipecahkan kepada tiga kampung iaitu Kampung Pandan 'A', Kampung Pandan 'B' dan Kampung Pandan 'C'.[1] Mereka merupakan pembahagian pentadbiran peringkat ketiga dan terbawah; kampung-kampung tersebut adalah di bawah Mukim Kuala Belait. Setiap pecahan kampung mempunyai seorang ketua kampung yang bertanggungjawab terhadap penduduk di setiap kawasan tersebut.[2] Kampung-kampung tersebut juga merupakan kawasan poskod; poskod-poskod bagi Kampung Pandan 'A', Kampung Pandan 'B' dan Kampung Pandan 'C' ialah KA1931, KA2931 dan KA2131.[3]

Kampung Pandan juga merupakan sebahagian dari kawasan bandaran Pekan Kuala Belait. Kampung Pandan, sebahagian kawasan Mumong dan Pekan Kuala Belait adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, badan pentadbir pekan tersebut.[perlu rujukan]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Perumahan[sunting | sunting sumber]

Selain daripada kediaman persendirian dan perumahan swasta, Kampung Pandan juga menempatkan Perumahan Negara Pandan, salah satu kawasan perumahan awam di Brunei di bawah program Rancangan Perumahan Negara. Program ini memberi peluang kepada rakyat Brunei untuk memiliki kediaman sendiri.[4]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua buah sekolah menengah di Kampung Pandan, iaitu Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar dan Sekolah Menengah Sayyidina Ali. Sekolah Menengah Sayyidina Ali juga menempatkan pendidikan tingkatan enam bagi Daerah Belait. Kampung Pandan juga mempunyai dua buah sekolah rendah, iaitu Sekolah Rendah Pengiran Setia Jaya Pengiran Abdul Momin dan Sekolah Rendah Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddien. Manakala pendidikan rendah agama Islam, yang wajib bagi murid-murid beragama Islam di Brunei,[5] disediakan di Sekolah Ugama Pengiran Setia Jaya Pengiran Abdul Momin dan Sekolah Ugama Sayyidina Ali.[6] Masing-masing berkongsi tempat dengan sekolah rendah dan sekolah menengah dengan nama-nama yang serupa.

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

Kampung Pandan mempunyai sebuah masjid iaitu Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampong Pandan. Masjid ini mula digunakan pada tahun 1996 dan dapat menampung lebih kurang 1,100 jemaah.[7]

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Terdapat sebuah perpustakaan awam di Kampung Pandan: Perpustakaan Kampong Pandan dibuka rasmi pada tahun 2006 dan mempunyai sebuah koleksi bahan bacaan khusus berkaitan dengan Syarikat Minyak Brunei Shell.[8]

Dewan Kemasyarakatan Kampung Pandan merupakan sebuah dewan serbaguna bagi penduduk Kampung Pandan mengadakan aktiviti kemasyarakatan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Geoportal - Survey Department". survey.gov.bn. Dicapai pada 12 Jun 2018.
  2. ^ "Direktori Penghulu, Ketua Kampung dan Ketua Rumah Panjang". belait.gov.bn. Dicapai pada 12 Jun 2018.
  3. ^ "postcodes". post.gov.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Jun 2018.
  4. ^ "Mengenai Rancangan Perumahan Negara (RPN)". www.mod.gov.bn. Dicapai pada 12 Jun 2018.
  5. ^ Yahya, Salawati. "Perkasa pendidikan Islam". Media Permata Online. Dicapai pada 12 Jun 2018.
  6. ^ "Senarai Sekolah Ugama". www.kheu.gov.bn. Dicapai pada 12 Jun 2018.
  7. ^ "Masjid RPN Kampong Pandan". www.kheu.gov.bn. Dicapai pada 12 Jun 2018.
  8. ^ "Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Kampong Pandan". www.dbplibrary.gov.bn. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-12. Dicapai pada 12 Jun 2018.