Perumahan Negara Lumut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ralat skrip: Modul ini tidak wujud.

Perumahan Negara Lumut
Rancangan Perumahan Negara Kampung Lumut
Perumahan Negara Lumut terletak di Brunei
Perumahan Negara Lumut
Lokasi di Brunei
Coordinates: 4°38′47″N 114°26′23″E / 4.646251°N 114.439683°E / 4.646251; 114.439683Koordinat: 4°38′47″N 114°26′23″E / 4.646251°N 114.439683°E / 4.646251; 114.439683
NegaraBrunei
DaerahBelait
MukimLiang
Sub-kawasanKampungPerumahan Negara Lumut Kawasan 1 & 2
Kerajaan
 • Ketua kampung(kosong)
Populasi
 • Anggaran 
(2016)[1]
4,500

Perumahan Negara Lumut, secara rasmi Rancangan Perumahan Negara Kampung Lumut, ialah sebuah kawasan perumahan awam di Lumut iaitu sebuah petempatan di Daerah Belait, Brunei. Ianya mempunyai penduduk lebih kurang 4,500 orang.[1] Perumahan Negara Lumut merupakan salah satu kawasan perumahan Rancangan Perumahan Negara, skim perumahan oleh kerajaan bagi rakyat Brunei.[2]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Perumahan Negara Lumut terletak di Lumut, nama umum bagi sebuah kelompok petempatan di Mukim Liang yang merangkumi Kampung Lumut asal dan beberapa petempatan di sekitarnya.[petikan diperlukan] Ianya berhampiran dengan petempatan Kampung Sungai Taring dan Kampung Sungai Bakong di bahagian utara dan Kampung Lumut Tersusun di bahagian timur.[3]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Perumahan Negara Lumut secara rasmi dibahagikan kepada dua kawasan, iaitu Perumahan Negara Lumut Kawasan 1 dan Perumahan Negara Lumut Kawasan 2, dan mereka merupakan kampung iaitu pembahagian pentadbiran peringkat ketiga dan terbawah di Brunei.[4] Walau bagaimanapun, penduduk yang tinggal di Perumahan Negara Lumut adalah di bawah tanggungjawab seorang ketua kampung; pada masa ini jawatan tersebut masih kosong.[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Wong, Aaron (1 Februari 2016). "Village head duties too burdensome". btarchive.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 12 Jun 2018. 
  2. ^ "Mengenai Rancangan Perumahan Negara (RPN)". www.mod.gov.bn. Dicapai 10 Jun 2018. 
  3. ^ "Geoportal - Survey Department". survey.gov.bn. Dicapai 10 Jun 2018. 
  4. ^ "Daerah Belait" (PDF). www.information.gov.bn. m/s. 31–32. Dicapai 10 Jun 2018. 
  5. ^ Kepli, Hajah Saemah (3 Mac 2018). "Penduduk kampung dipelawa isi kekosongan jawatan". Media Permata Online. Dicapai 10 Jun 2018.