Perumahan mampu milik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perumahan mampu milik adalah rumah atau lokaliti perumahan yang disifatkan sebagai mampu dimiliki (dibeli) oleh golongan atau isi rumah berpendapatan pertengahan[1] seperti yang dikadarkan oleh sesebuah negara, negeri]], provinsi, wilayah, perbandaran atau Indeks Mampu Milik Perumahan (HAI). Di Australia, Kumpulan Persidangan Perumahan Mampu Milik Nasional menhuraikan definisi rumah mampu milik sebagai, "...sesuai berpatutan dengan piawai dan lokasi pendapatan isi rumah rendah dan sederhana dan tidak menegnakan cas terlalu tinggi hingga isi rumah tidak mampu untuk memenuhi asas keperluan atas dasar kelestarian."[2]

Di United Kingdom, perumahan mampu milik termasuklah "sewaan sosial dan perumahan kelas sederhana, menyediakan prasarana khusus buat isi rumah yang memerlukan, bukannya memenuhi keperluan pasaran."[3] Kebanyakan sumber bertulis merujuk perumahan mampu milik sebagai bilangan bentuk yang boleh berterusan - tempat perlindungan kecemasan, perumahan transit, sewaan bukan pasaran (juga dikenali sebagai sosial atau perumahan bersubsidi), kepada sewaan formal kepada bukan formal, rumah masyarakat pribumi dan berakhir kepada pemilikan rumah mampu milik.[4][5][6][7]

Penyataan perumahan mampu milik bermula di Eropah dan Amerika Utara pada tahun 1980. Banayk sumber bertulis menunjukkan beberapa permasalahan dengan topik.[8][9][10][11][12][13][14][15] Yang paling jelas, berlakunya pemindahan dasar perumahan United Kingdom daripada keperluan rumah kepada suatu bentuk perumahan yang beroriantasikan analisis pasaran mampu milik yang dibantah oleh Whitehead (1991).[16] Artikel ini membincangkan tentang asas yang berada dibelakang konsep keperluan dan kebolehmampuan dan langkah yang boleh dijelaskan. Artikel ini juga memberi fokus kepada kebolehmampuan pemilikan dan perumahan sewaan persendirian sebagai rumah awam atau rumah sosial untuk penduduk tertentu.

Pemilihan perumahan adalah tindak balas yang kompleks lagi ligat dalam kapasiti perekonomian, sosial dan denyutan psikologi.[15] sebagai contoh, beberapa isi rumah mungkin memilih untuk membayar lebih bagi rumah yang mereka rasakan mereka mampu miliki, manakala yang lain tidak mempunyai pilihan.[17] Di Amerika Syarikat[18] dan Kanada,[19] umumnya menerima garis panduan bagi perumahan mampu milik sebagai kos perumahan yang tidak melebihi 30 % dari pendapatan kasar isi rumah. Apabila kos bawaan bulanan melebihi 30–35% dari pendapatan per isi rumah, maka perumahan tersebut tidak lagi dikira sebagai perumahan mampu milik bagi isi rumah tersebut. Ini menunjukkan, perumahan mampu milik dilihat kompleks dan umumnya suatu alat digunakan bagi mengira perbelanjaan perumahan per nisbah pendapatan. Di Kanada sebagai contoh, kerjaan menukar peraturan 25% kepada 20% pada tahun 1950s, manakala pada 1980, ia ditukar kepada syarat 30%. India pula menekankan syarat 40%. [15]

Isu perumahan mampu milik di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Ogos 2015, Institut Penyelidikan Khazanah membuat pendedahan bahawa harga rumah mampu milik di Malaysia yang terlalu tinggi menyebabkan sehingga ia tidak mampu dimiliki rakyat Malaysia itu sendiri.[20]Ia menerusi laporan bertajuk 'Mewujudkan perumahan mampu milik'. Antara negeri di Malaysia yang mempunyai perumahan mampu milik adalah Melaka dengan median tiga kali berbanding pendapatan isi rumah tahunan. Sementara itu di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang ia dicatatkan pada median 5.4 dan 5.2 berbanding pendapatan tahunan isi rumah sekaligus menjadikan ia kawasan perumahan sangat tidak mampu dimiliki.[21]

Berdasarkan pengiraan median harga rumah semasa 2015, harga rumah mampu milik berada pada 4.4 kali berbanding median pendapatan tahunan isi rumah tahunan, sekaligus tiga kali lebih tinggi berbanding pendapatan isi rumah tahunan menurut piawaian median antarabangsa bagi perumahan mampu milik. [22]

Pengarah Urusan Institut tersebut Datuk Charon Mokhzani berkata, polisi perumahan semasa hanya tertumpu kepada aspek permintaan (pasaran), ia perlu diubah kepada menyelesaikan aspek bekalan yang tidak efisyen. Ini kerana bekalan di pasaran adalah tidak anjal dan harga tidak mencerminkan permintaan.

"Perubahan perlu dilakukan dalam sistem bekalan perumahan supaya kita boleh bina rumah yang mampu milik. Dengan menurunkan harga perumahan tidak semestinya menerusi pemberian subsidi kepada pemaju, atau membolehkan mereka meminjam pinjaman perumahan besar atau tempoh bayaran balik lebih panjang. Sebaliknya langkah yang perlu diambil dengan menurunkan harga rumah itu,"

Beliau menambah kajian memberi tumpuan kepada kawasan bandar yang lazimnya mempunyai populasi besar dan kemampuan pemilikan adalah rendah.

Pemilikan perumahan semasa di Kuala Lumpur berada pada kadar 53.5 peratus berdasarkan banci populasi dan perumahan 2010.

Charon merumuskan, ia menjadi sangat kritikal jika dibandingkan dengan pertumbuhan populasi Kuala Lumpur sebanyak dua peratus setahun. "Kita perlu mengubah cara pembinaan perumahan. Ia perubahan besar berbanding cara yang dilakukan kini. Kami rasa ia boleh dilakukan," katanya.

"Kita lihat di Filipina contohnya, mereka berjaya membawa harga turun kerana mereka membina rumah dengan cepat (pasang siap). Salah satu syarikat di Filipina boleh membina rumah dalam 14 hari, menakjubkan. Jika boleh bina rumah secepat itu dan harga murah, harga keseluruhan akan turun dalam jangka panjang dan bekalan yang lebih responsif," tambahnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bhatta, Basudeb (2010-04-15). Analysis of Urban Growth and Sprawl from Remote Sensing Data. Advances in Geographic Information Science. Springer. m/s. 23. ISBN 978-3-642-05298-9.
  2. ^ "Definition: Affordable Housing" Diarkibkan 2012-04-26 di Wayback Machine, Queensland Affordable Housing Consortium, Australia
  3. ^ "Good practice and guidance, Reports and summaries". 2009-11-29. Dicapai pada 2011-12-08.
  4. ^ "Definition Affordable Housing" (pdf).
  5. ^ "CNHED". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-04. Dicapai pada 2015-08-25.
  6. ^ "Queensland Affordable Housing Consortium [QAHC], Australia" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 2012-04-26. Dicapai pada 2015-08-25.
  7. ^ "Affordable Housing: Issues, Principles and Policy Options" (PDF). Canberra, Australia: Australian Council of Trade Unions. July 2007. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-05-26. Dicapai pada 2011-12-08. Unknown parameter |conference= ignored (bantuan); Cite journal requires |journal= (bantuan)
  8. ^ Bramley, Glen (1994). "An affordability crisis in British housing: dimensions, causes and policy impact". Housing Studies. Taylor and Francis. 9 (1): 103–124. doi:10.1080/02673039408720777.
  9. ^ Hallett, G., penyunting (1993). The New Housing Shortage: Housing Affordability in Europe and the USA. London: Routledge.
  10. ^ Hancock, K.E. (1993). "'Can pay? Won't pay?' or Economic Principles of 'Affordability'" (PDF). Urban Studies. 30 (1): 127–45. doi:10.1080/00420989320080081. Dicapai pada 2011-12-14.
  11. ^ Mulliner E, Maliene V; Maliene (2013). "Austerity and reform to affordable housing policy". Journal of Housing and the Built Environment. 28 (28): 397–407. doi:10.1007/s10901-012-9305-6.
  12. ^ Kearns, A (1992). "Affordability for housing association tenants: A key issue for British social housing policy". Journal of Social Policy. 21 (4): 525–549. doi:10.1017/s004727940002016x.
  13. ^ Linneman, P.D.; I. F. Megbolugbe (1992). "Housing affordability: myth or reality?". Urban Studies. 29 (3/4): 369–392. doi:10.1080/00420989220080491.
  14. ^ Stone, M.E. (1990). One-Third of a Nation: A New Look at Housing Affordability in America. Washington, DC: Economic Policy Institute.
  15. ^ a b c Hulchanski, J. David (October 1995). "The Concept of Housing Affordability: Six Contemporary Uses of the Expenditure to Income Ratio" (PDF). Housing Studies. 10 (4). Dicapai pada 2011-12-08.
  16. ^ Whitehead, C.M.E. (1991). "From need to affordability: An analysis of UK housing objectives". Urban Studies. 28 (6): 871–887. doi:10.1080/00420989120081101.
  17. ^ Luffman, Jacqueline (November 2006). "Measuring housing affordability". 7 (11). Statistics Canada. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  18. ^ Washington State Labor Council (AFL-CIO) (2009). "Affordable Housing and Homelessness". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-08. Dicapai pada 2011-12-08.
  19. ^ Canada Mortgage and Housing Corporation (2011-09-28). "Affordable Housing: What is the common definition of affordability?" (.cfm). Government of Canada. Dicapai pada 2011-12-08.
  20. ^ Arof, N. (2015). Perumahan Malaysia sangat tidak mampu milik. Astroawani.com. Retrieved 25 August 2015, from http://www.astroawani.com/berita-bisnes/perumahan-malaysia-sangat-tidak-mampu-milik-71045#.VdtDIKaAbMI.facebook
  21. ^ Arof, N. (2015). Perumahan Malaysia sangat tidak mampu milik. Astroawani.com. Retrieved 25 August 2015, from http://www.astroawani.com/berita-bisnes/perumahan-malaysia-sangat-tidak-mampu-milik-71045#.VdtDIKaAbMI.facebook
  22. ^ Arof, N. (2015). Perumahan Malaysia sangat tidak mampu milik. Astroawani.com. Retrieved 25 August 2015, from http://www.astroawani.com/berita-bisnes/perumahan-malaysia-sangat-tidak-mampu-milik-71045#.VdtDIKaAbMI.facebook