Perwira (lagu)
Penampilan
| "Perwira" | |
|---|---|
| Lagu oleh Saloma | |
| daripada album Masam-Masam Manis | |
| Dilancarkan | 1965 |
| Panjang | 3:44 |
| Syarikat | Merdeka Film Productions |
| Penulis | Ainol Jamal |
| Penerbit | P. Ramlee |
| sunting · sunting di Wikidata | |
"Perwira" ialah sebuah lagu nyanyian Saloma yang ditulis oleh Ainol Jamal dalam filem Masam-Masam Manis pada 1965. Lagu tersebut dinyanyikan oleh Norkiah sebagai hiburan kepada para penonton dalam babak filem tersebut.
Lagu ini dibikinkan khas untuk penggambaran filem tersebut dan ditujukan kepada Rejimen Askar Melayu yang kebetulan mengadakan lawatan ke Studio Merdeka di Hulu Klang pada masa itu. Lagu ini mengisahkan tentang dorongan seorang wanita terhadap suaminya untuk pergi berjuang mempertahankan tanah air.
