Pesawat pejuang berat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pesawat pejuang berat de Havilland Mosquito, dilengkapi dengan meriam dan roket.

Pejuang berat adalah pesawat pejuang direka bagi membawa muatan senjata lebih berat atau beroperasi pada jarak yang lebih jauh. Untuk mencapai prestasi yang boleh diterima dan memenuhi semua keperluan, kebanyakan pejuang berat mempunyai reka bentuk enjin berkembar.

Pejuang berat enjin berkembar merupakan kelas reka bentuk utama semasa tempoh Perang Dunia II Ketika prestasi enjin pesawat meningkat dengan banyaknya semasa awal perperangan, keupayaan pejuang berenjin tunggal mulai mencapai reka bentuk enjin berkembar yang lebih besar dan lebih sukar dikendali. Kebanyakan pejuang berat awal perang ditukar guna sebagai pejuang malam dan pemusnah pengebom.

Kebanyakan rekabentuk pejuang berat diubah-suai daripada pengebom awal. Salah satu pejuang berat yang paling berjaya merupakan Bristol Beaufighter, yang menggunakan sebahagian besar pengebom torpedo Beaufort yang awal. Dilengkapi dengan tujuh mesingan .303, empat meriam 20 mm, dan pelbagai bom dan roket, Beaufighter terbukti amat berkesan dalam peranan anti-kapal dan serangan darat di Pasifik dan di Eropah. Dengan tambahan radar, ia merupakan salah satu pejuang malam awal Tentera Udara Diraja. Sama juga, pengebom pantas de Havilland Mosquito kemudiannya digunakan bagi tugas pejuang siang dan malam.

Pejuang Messerschmitt Me 410, dilengkapi dengan meriam 50mm.

Rekabentuk pejuang berat utama yang lain merupakan Messerschmitt Bf 110, pejuang Jerman sebelum perang yang dianggap oleh Luftwaffe sebagai lebih penting berbanding pejuang enjin tunggal. Ia bertujuan bagi mengiring pesawat pengebom dalam misi jarak jauh, dan kemudiannya menggunakan kelebihan kepantasannya bagi mengatasi keupayaan pesawat pesawat pemintas melawannya. Sebenarnya, 110 hanya berjaya dalam misi ini untuk tempoh yang pendek, amat berjaya menandingi Hawker Hurricane semasa Pertempuran Perancis. Bagaimanapun kemudiannya ia jelas diatasi oleh Supermarine Spitfire yang dihadapinya semasa Pertempuran Britain. Me 210 dan Me 410 yang berikutnya dipertingkatkan kepada rekabentuk Bf 110, tetapi tidak pernah terbukti sebagai berguna. Bf 110, sebagaimana pejuang berat British, ditukarkan kepada peranan pejuang malam atau pemusnah pengebom di mana ia berkhidmat sehingga akhir perperangan.

Walaupun pelbagai reka bentuk pejuang moden boleh dikelaskan sebagai pejuang berat, secara umum istilah ini tidak lagi digunakan.