Pergi ke kandungan

Pesona Cinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pesona Cinta
PengarahArief Karmahani
PenulisAnwar Idris
Lakon layarArief Karmahani
Dihasilkan oleh
  • Haji Zainal Osman Haji Mohd.
    (Penerbit eksekutif)
  • Anita Abdul Rafar
    (Penerbit)
  • Arief Karmahani
    (Penerbit)
Dibintangi
SinematografiJohari Ibrahim
Syarikat
penerbitan
Medanmas Sdn Bhd
(berdaftar Ch-9 Media Sdn. Bhd.)
Tarikh tayangan
1995
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Pesona Cinta ialah sebuah filem genre drama, romantik, dan cinta yang diterbitkan di Malaysia yang ditayangkan pada tahun 1995. Filem ini telah diarahkan oleh Arief Karmahani.[1]

Hitam seorang peniaga pasar malam serta penyeludup rokok. Dia bersama Akop dan Derus selalu berpoya-poya di Kelab Dangdut. Di sana Hitam menjalin perhubungan dengan Mammy dan Ina serta ramai GRO perempuan yang tertarik dengan bakat menarinya. Di sana juga Hitam bertemu Juita dan terpesona dengan paras rupa dan tariannya. Hitam berazam memiliki Juita yang menolak kehadiran lelaki kerana kecewa dengan sifat Karim. Jadi bertemulah dua insan. Sementara itu, Karim selalu mengganggu Juita. Suatu malam, Hitam membela Juita tetapi langkahnya tidak dihargai Juita. Ego Hitam terusik dan dia mula bermusuhan dengan Karim. Karim membalas dendam dan mencederakan Hitam sehingga parah. Ini mendatangkan simpati dari Juita. Persahabatan mereka berubah menjadi cinta tetapi Mammy dan Ina berasa cemburu. Hitam melarang Juita meneruskan kerjaya menari tetapi Juita enggan kerana terpaksa untuk membayar khidmat guaman untuk kes 390 mandatori adiknya, Sapri.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]