Pesta Bola Sepak Serantau ASEAN B-14 AFC 2016 merupakan edisi kedua kejohanan yang dianjurkan oleh Gabungan Bola Sepak Asia (AFC). Buat kali kedua hak Tuan rumah kejohanan bagi zon ASEAN ini diberikan kepada Brunei Darussalam, [1][2] Ianya akan berlangsung dari 18 Julai hingga 22 Julai 2016. Masa penuh untuk kejohanan bawah 14 tahun ini adalah 60 minit.
Tuan rumah Brunei serta sembilan negara lain akan mengambil bahagian dalam acara lima hari ini; Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste, Kemboja dan Vietnam. Kejohanan ini tidak bertujuan mencari pemenang, ianya hanya sebagai memberi pendedahan kepada pembangunan pemain belia.