Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Pengunjung di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur
Statusaktif
Genrepelbagai genre
KekerapanTahunan, kebiasaannya pada Mei atau Jun
LokasiPusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (1991-2015, 2017-kini)
Taman Ekspo Pertanian Malaysia (2016)
Dirasmikan1981
Dianjurkan oleh
Majlis Buku Kebangsaan Malaysia
Laman sesawang
klibf.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (disingkat menjadi PBAKL) ialah sebuah pesta buku tahunan yang dianjurkan di Malaysia. Ia mula dianjurkan secara rasmi sejak 1981[1], dengan lokasi tertentu sehingga akhirnya Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur menjadi lokasi rasmi saban tahun. PBAKL dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan melalui Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan beberapa persatuan industri tempatan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1972, Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengumumkan bahawa tahun tersebut sebagai Tahun Buku Antarabangsa. Sejajar dengan itu, pelbagai pameran buku dari syarikat tempatan mengambil inisiatif daripada promosi UNESCO ini. Di Malaysia, ia diadakan secara persendirian oleh syarikat buku di merata-rata tempat. Sehingga tahun 1975, penganjurannya diadakan dengan skala kecil mengikut syarikat masing-masing.[2]

Pada 1976, Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) bercadang ia dianjurkan secara berpusat untuk memudahkan pemasaran. Pesta buku ini dinamakan sebagai "Pameran Buku Kebangsaan" dan dianjurkan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur (KLCAH).[3]

Pada tahun 1982, ia dianjurkan secara rasmi dengan nama "Pesta Buku Malaysia" dan diadakan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Pada tahun 1988, ia pernah dianjurkan di Changkat Pavillion, Kuala Lumpur.[3]

Pada tahun 1991, pameran buku ini dipindahkan ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan diberi nama "Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur" setelah beberapa syarikat buku dari luar negara seperti Indonesia, Thailand, Brunei dan Jepun menyertai pameran buku ini.[4] Semenjak 1991, ia dianjurkan di PWTC kecuali pada tahun 2016 yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).[3]

2010-an[sunting | sunting sumber]

Jumlah pengunjung ke PBAKL pernah melepasi 2 juta pengunjung pada edisi 2014, dengan jumlah keseluruhan 2.4 juta orang pada tahun tersebut.[5]

Pada edisi 2016, PBAKL dianjurkan di MAEPS, Serdang, Selangor. Pemilihan dan perubahan lokasi ini mendapat kritikan daripada pelbagai pihak disebabkan lokasi yang jauh dari kebiasaan, termasuklah capaian pada pengangkutan serta kemudahan lain.[6][7]

2020-an[sunting | sunting sumber]

PBAKL tidak dianjurkan pada 2020 secara fizikal berikutan pandemik COVID-19, menyebabkan edisi tahun itu dibuat melalui dalam talian melalui kerjasama dengan platform e-dagang, Shopee.[8] Edisi fizikal dianjurkan semula pada Jun 2022; tarikh ini merupakan tundaan dari Februari berikutan penggunaan Pusat Dagangan Dunia sebagai pusat pemvaksinan COVID-19.[9] PBAKL pada 2022 menyaksikan kira-kira 1.36 juta pengunjung dicatatkan, melepasi sasaran awal 700 ribu pengunjung.[10]

Edisi 2023 menyaksikan penganjuran ke-40 PBAKL, dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Edisi 2023 turut menampilkan kerjasama dengan syarikat media sosial, TikTok yang berperanan sebagai platform pemupukan budaya membaca utama dalam golongan muda, termasuk kerjasama antarabangsa, dengan China sebagai negara tamu.[11][12] PBAKL edisi 2023 mencatatkan kira-kira 1.5 juta pengunjung.[13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "PBAKL: Pesta buku antarabangsa atau Melayu-Islam?". Malaysia Now. 14 Jun 2022. Dicapai pada 24 April 2023.
  2. ^ "25 tahun pesta buku KL". PTS. 28 Mac 2006. Dicapai pada 24 April 2023.
  3. ^ a b c "Ulat Buku Perlu Tahu, Ini Sejarah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur". Siakap Keli. 16 November 2019. Dicapai pada 24 April 2023.
  4. ^ "Sejarah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL)". Muka Surat. 2023. Dicapai pada 24 April 2023.
  5. ^ "PBAKL perlu pelbagaikan aktiviti pikat cita rasa peminat buku". BH. 8 Mei 2015. Dicapai pada 24 April 2023.
  6. ^ "Penganjur PBAKL 2016 perlu bermuhasabah". BH. 22 Mei 2016. Dicapai pada 24 April 2023.
  7. ^ ""Kenapa tak buat kat KL?" – MAEPS Serdang Dipilih Lokasi PBAKL 2020, Netizen Pakat Bantah". Lobak Merah. 2020. Dicapai pada 24 April 2023.
  8. ^ Zainal Rashid Ahmad (15 Jun 2020). "KLWBC 2020: Raikan pesta buku atas talian terbesar di Malaysia". Astro Awani.
  9. ^ Nur Huda Musa (11 Januari 2022). "PBAKL 2022 dianjak bulan Jun". Kosmo!.
  10. ^ Ahmad Suhael Adnan (12 Jun 2022). "PBAKL terima lebih 1.3 juta pengunjung". Berita Harian. Dicapai pada 29 Mei 2023.
  11. ^ Latifah Arifin (28 Mei 2023). "PBAKL 2023 dapat sambutan luar biasa". Berita Harian. Dicapai pada 29 Mei 2023.
  12. ^ Latifah Arifin. "PBAKL tampil negara, negeri dan kementerian tamu". Berita Harian. Dicapai pada 29 Mei 2023.
  13. ^ Azhar Shahrulnizam (5 Jun 2023). "PBAKL berakhir, catat kehadiran 1.5 juta pengunjung". Berita Harian. Dicapai pada 5 Jun 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]