Pesta Filem Venice

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pesta Filem Venice atau Pesta Filem Antarabangsa Venice (Bahasa Itali: Mostra Internazionale d'Arte Cinematografica della Biennale di Venezia, "Pameran Seni Sinematografi Antarabangsa Venice Tahun"), didirikan pada tahun 1932, adalah festival filem yang tertua di dunia, dan salah satu pesta filem "Tiga Besar"  bersama Pesta Filem Cannes dan Festival Filem Antarabangsa Berlin.[1][2]

Pesta filem ini merupakan adalah sebahagian dari Biennale Venice yang telah diasaskan oleh Majlis Kota Venice pada tahun 1895. Hari ini, Biennale ini merangkumi pelbagai acara yang berasingan termasuk: Pameran Seni Antarabangsa; Pesta Muzik Kontemporari Antarabangsa; Pesta Teater Antarabangsa; Pameran Seni Bina Antarabangsa; Pesta Tarian Kontemporari Antarabangsa; Karnival Kanak-Kanak Antarabangsa; dan Pesta Filem Venice berlangsung setiap tahun, iaitu acara yang yang boleh dikatakan paling terkenal antara semua acara ini.

Pesta filem ini berlangsung pada akhir bulan Ogos atau awal September di pulau Lido, Venice, Italy. Tayangan diadakan di bangunan Palazzo del Cinema yang bersejarah di Lungomare Marconi dan di tempat-tempat lain yang berdekatan. Sejak awal penubuhannya, Pesta Filem Venice telah berkembang menjadi salah satu pesta filem yang paling berprestij di dunia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]