Pesta Miri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pesta Miri ke-5 diadakan pada hari Sabtu, 22 Mei 2010 di Stadium Bandar Raya, Miri . Ia diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-5 penubuhan Bandar Raya Miri. Turut hadir ialah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan timbalan beliau Tan Sri Dr George Chan (SUPP -Piasau).

Miri juga sering mengadakan perlumbaan drag di kawasan lapangan terbang lutong "Airport lutong" setiap hari sabtu dan ahad pada jam 5 petang bagi menarik minat para remaja pada masa ini selain menarik minat para pelancong yang mengunjung bandar raya miri. setiap tahun perlumbaan drag akan diadakan dan digelar (Mizuhashi drag borneo) di mana seluruh borneo akan membawa mesin kenderaan masing - masing dan berlumba di lapangan terbang lutong tersebut. ini sedikit sebanyak telah membantu mempromosikan bandaraya miri.

Acara[sunting | sunting sumber]

6,000 orang daripada 45 kumpulan etnik mempersembahkan pelbagai tarian tradisional termasuk tarian singa. 5432 orang turut mencipta bendera Jalur Gemilang terbesar daripada manik. Datuk Bandar Miri Lawrence Lai menyatakan beberapa rekod Malaysia turut dicipta. 168 anak muda berpadu tenaga memalu gendang dalam nada seirama bagi mencipta rekod jumlah gendang paling banyak digunakan dalam sesuatu persembahan.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]