Pesuruhjaya PAS Kelantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Pesuruhjaya PAS Kelantan
PAS logo.svg
Penyandang
Ahmad Yakob
sejak 2013
Ahli kepadaJawatankuasa Kerja PAS Pusat
PelantikPresiden PAS
Pemegang sulungMohd Asri Haji Muda (1954-1962)

Pesuruhjaya PAS Kelantan ialah jawatan dan gelaran bagi pengerusi jawatankuasa perhubungan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di negeri Kelantan. Jawatan ini dilantik oleh Presiden Parti Islam Se-Malaysia sebagaimana diperuntukkan dalam perlembagaan parti tersebut..

Senarai[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai Pesuruhjaya PAS Kelantan sejak 1954[1]:

# Nama Tempoh khidmat Catatan
Pesuruhjaya PAS Daerah Pantai Timur
1 Mohd Asri Muda 1954 - 1955
Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Terengganu
2 Mohd Asri Muda 1955 - 1956
Pesuruhjaya PAS Kelantan
3 Mohd Asri Muda 1956 - 1962
4 Ustaz Khaidir Khatib 1962 - 1968
5 Haji Mohd Noor Yusof 1968 - 1971
6 Ishak Lotfi Omar 1971 - 1978
Pengerusi Jemaah Pesuruhjaya PAS Kelantan
7 YB Senator Mohd Amin Yaakob 1978 - 1981 Merupakan Ahli Dewan Negara ketika dilantik
Pesuruhjaya PAS Kelantan
8 YB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 1981 - 2013 Merupakan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat dan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa ketika dilantik
9 YB Datuk Ahmad Yakob 2013 - kini Merupakan Menteri Besar Kelantan ketika dilantik

Jemaah Pesuruhjaya[sunting | sunting sumber]

Jemaah Pesuruhjaya PAS Kelantan ditubuhkan pada 1978 bertujuan untuk memulihkan semula PAS Kelantan setelah krisis politik yang berlaku di negeri itu dan kekalahan dalam Pilihan raya negeri Kelantan 1978. Ia dianggotai oleh Haji Mohd Amin Yaakob (Pengerusi), Ustaz Nik Abdullah Arshad, Tuan Guru Haji Mustafa Abu Bakar dan Haji Hassan Mohamad (Timbalan-timbalan Pengerusi), Ustaz Ismail Awang (Setiausaha) dan Wan Mahmud Wan Sulaiman (Bendahari). Ia dibubarkan pada 1981 dengan pelantikan pesuruhjaya baharu[1].

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Mohd Fadhli Ghani (19 Mac 2016). "19 Mac 1978 : Haji Mohd Amin Dilantik Mempengerusikan Jemaah Pesuruhjaya PAS Kelantan". Akauntan Haraki. Dicapai pada 13 Oktober 2021.