Peta Madaba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 31°43′3.54″N 35°47′39.12″E / 31.7176500°N 35.7942000°E / 31.7176500; 35.7942000

Jerusalem pada Peta Madaba

Peta Madaba (juga dikenali sebagai Peta Mozek Madaba) ialah sebahagian daripada lantai mozek di dalam gereja Byzantine, gereja Saint George, di Madaba, Jordan. Peta Madaba ialh sebuah peta Timur Tengah. Sebahagian daripadanya mengandungi gambaran kartografi tertua yang masih kekal tentang Tanah Suci, khususnya Jerusalem atau Baitulmaqdis. Peta ini direka dalam abad ke-6 M.

Gambaran Topografi[sunting | sunting sumber]

Peta mozek menggambarkan kawasan dari Lebanon di utara sehingga ke Lembah Nil di selatan, dan dari Laut Mediterranean di barat sehingga ke Gurun Timur. Antara ciri-ciri lain, ia menggambarkan Laut Mati dengan dua bot nelayan, pelbagai jenis jambatan yang menghubungkan tebing Sungai Jordan, ikan di dalam sungai yang menghilang dari arah Laut Mati; seekor singa (hampir tidak dapat dikenali oleh sebab penyisipan tessera[nota 1] rawak sewaktu zaman ikonoklasme) sedang memburu seekor gazel di gurun Moab, Jericho yang dikelilingi pokok palma, Bethlehem dan tapak-tapak yang digambarkan dalam Bible Kristian yang lain. Peta ini mungkin digunakan untuk membantu orientasi penziarah Kristian di Tanah Suci. Kesemua unsur landskap diperikan dengan label berbahasa Yunani. Sebauh kombinasi perspektif berlipat dan pandangan udara menunjukkan lebih kuran 150 buah bandar dan kampung, masing-masing dengan berlabel.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kiub kecil daripada kaca berwarna, batu, logam, seramik dan sebagainya, untuk membuat mozek." Tafsir Dewan Bahasa dan Pustaka

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Madden, Andrew M., "A New Form of Evidence to Date the Madaba Map Mosaic," Liber Annuus 62 (2012), 495-513.
  • Hepper, Nigel; Taylor, Joan, "Date Palms and Opobalsam in the Madaba Mosaic Map," Palestine Exploration Quarterly, 136,1 (April 2004), 35-44.
  • Herbert Donner: The Mosaic Map of Madaba. Kok Pharos Publishing House, Kampen 1992, ISBN 90-390-0011-5
  • Herbert Donner, Heinz Cüppers: Die Mosaikkarte von Madeba. Abhandlungen des Deutschen Palästinavereins 5, Harrassowitz, Wiesbaden 1977 ISBN 3-447-01866-6
  • Michael Avi-Yonah: The Madaba mosaic map. Israel Exploration Society, Jerusalem 1954
  • Michele Piccirillo: Chiese e mosaici di Madaba. Studium Biblicum Franciscanum, Collectio maior 34, Jerusalem 1989 (Arabische Edition: Madaba. Kana'is wa fusayfasa', Jerusalem 1993)
  • Kenneth Nebenzahl: Maps of the Holy Land, images of Terra Sancta through two millennia. Abbeville Press, New York 1986, ISBN 0-89659-658-3
  • Adolf Jacoby: Das geographische Mosaik von Madaba, Die älteste Karte des Heiligen Landes. Dieterich’sche Verlagsbuchhandlung, Leipzig 1905
  • Weitzmann, Kurt, ed., Age of spirituality: late antique and early Christian art, third to seventh century, no. 523, 1979, Metropolitan Museum of Art, New York, ISBN 9780870991790

Templat:Translation/Ref

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.