Pergi ke kandungan

Pete Rose

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pete Rose
Outfielder / Infielder / Pengurus
Dilahirkan: (1941-04-14)14 April 1941
Cincinnati, Ohio, A.S.
Meninggal dunia: 30 September 2024(2024-09-30) (umur 83)
Las Vegas, Nevada, A.S.
Pukulan: Kedua-dua Balingan: Kanan
MLB debut
8 April, 1963, untuk Cincinnati Reds
Penampilan MLB terakhir
17 Ogos, 1986, untuk Cincinnati Reds
Statistik MLB
Purata pukulan.303
Pukulan4,256
Home run160
RBI1,314
Rekod pengurus412–373
% KemenanganTemplat:Winning percentage
Pasukan
As player
As manager
Kerjaya cemerlang dan anugerah

Rekod MLB

  • 4,256 karier pukulan
  • 3,562 karier beraksi

Peter Edward Rose Sr. (14 April 1941 – 30 September 2024), digelar "Charlie Hustle", ialah bekas pemain dan pengurus besbol profesional Amerika. Beliau bermain dalam Major League Baseball (MLB) dari tahun 1963 hingga 1986, dan paling dikenali sebagai pemain utama dalam barisan pasukan Cincinnati Reds yang digelar "Big Red Machine" kerana penguasaan mereka dalam National League pada era 1970-an. Selain itu, beliau turut bermain untuk Philadelphia Phillies, di mana beliau memenangi kejuaraan Siri Dunia ketiganya pada tahun 1980, serta mempunyai tempoh singkat bersama Montreal Expos. Rose juga pernah menjadi pengurus kepada pasukan Reds dari tahun 1984 hingga 1989.

Rose merupakan seorang pemain switch hitter (boleh memukul dengan kedua-dua belah tangan) dan memegang beberapa rekod sepanjang zaman dalam MLB, termasuklah pukulan terbanyak 4,256, perlawanan terbanyak beraksi iaitu 3,562, jumlah at-bat terbanyak iaitu 14,053, single terbanyak dengan 3,215 dan out terbanyak iaitu 10,328.

Sepanjang kerjayanya, beliau memenangi tiga kejuaraan Siri Dunia, tiga gelaran juara pukulan, satu Anugerah Pemain Terbaik (MVP), dua Anugerah Sarung Tangan Emas dan Anugerah Rookie Terbaik. Rose turut dipilih ke perlawanan All-Star sebanyak 17 kali, satu pencapaian unik yang dicapai dalam lima posisi berbeza; penjaga tapak kedua, pemadang kiri, pemadang kanan, penjaga tapak ketiga dan penjaga tapak pertama. Beliau telah meraih dua Anugerah Sarung Tangan Emas ketika beraksi sebagai pemadang pada tahun 1969 dan 1970. Rose juga mencatat pukulan berturut-turut ketiga terpanjang dalam sejarah MLB iaitu sebanyak 44 perlawanan berturut-turut, dan kekal sebagai pemain terakhir yang berjaya membuat pukulan selamat dalam 40 atau lebih perlawanan berturut-turut.

Namun begitu, pada Ogos 1989 iaitu tahun terakhirnya sebagai pengurus dan tiga tahun selepas bersara sebagai pemain — Rose dikenakan penggantungan seumur hidup daripada sebarang aktiviti besbol profesional selepas dituduh terlibat dalam aktiviti perjudian, termasuk bertaruh dalam perlawanan besbol semasa beliau masih bermain dan mengurus pasukan Reds. Dakwaan tersebut turut melibatkan pertaruhan ke atas pasukannya sendiri. Pada tahun 1991, Dewan Kemasyhuran Besbol Kebangsaan secara rasmi melarang mana-mana individu yang berada dalam senarai "tidak layak secara kekal" daripada dilantik ke dalam dewan tersebut, selepas sekian lama hanya mengikut amalan tidak rasmi dalam proses pemilihan.

Selepas bertahun-tahun menafikan tuduhan tersebut, Rose akhirnya mengaku pada tahun 2004 bahawa beliau sememangnya terlibat dalam aktiviti berjudi untuk perlawanan besbol, termasuk perlawanan melibatkan pasukannya sendiri. Isu mengenai kelayakannya untuk dimasukkan ke dalam Dewan Kemasyhuran terus menjadi perdebatan kontroversi dalam dunia besbol. Pada tahun 2025, beliau telah dikembalikan kelayakannya secara anumerta dan kini layak untuk dipertimbangkan bagi penyertaan ke dalam Dewan Kemasyhuran.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]