Pete Teo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Teo.
Pete Teo
张子夫
Kelahiran (1972-12-26) 26 Disember 1972 (umur 46)
Tawau, Sabah, Malaysia
PekerjaanPenyanyi, penggubah lagu, penerbit filem, penerbit muzik, pelakon
Kerjaya muzik
GenreFolk rock, pop indie, C-pop, pop akustik
InstrumenVokal, Gitar akustik
Syarikat rakaman
Redbag Music

Pete Teo (Cina ringkas: 张子夫pinyin: Zhāng Zifu, lahir 26 Disember 1972 di Tawau, Sabah), ialah seorang penyanyi-penggubah lagu Malaysia, dan juga seorang penerbit filem dan penerbit muzik yang tersanjung dalam persada 'Perfileman Malaysia Alaf Baru'.[perlu rujukan]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Selama kerjayanya, beliau telah menghasilkan dua buah album - Rustic Living for Urbanites (2003, diterbit oleh Ronan Chris Murphy) dan Television (2006, diterbit oleh Nick Lee dan Pete Teo) di bawah naungan label yang didirikan beliau sendiri Redbag Music. Kini bertapak di Kuala Lumpur, Teo kini merupakan salah seorang penyanyi-komposer paling dikenali di Malaysia.[perlu rujukan] Beliau juga menceburi bidang lakonan dalam persada yang dikenali sebagai "Sinema Malaysia Gelombang Baru" (New Wave Malaysian Cinema). [perlu rujukan]

Album pertamanya Rustic Living For Urbanites memenangi kategori Kulit Album Terbaik manakala salah satu daripada lagunya Arms of Marianne merangkul gelaran Video Muzik Terbaik di Anugerah Industri Muzik pada tahun 2004. Album keduanya, Television - album berunsur lagu rakyat alternatif yang diisi dengan refleksi terhadap dunia yang kuat dipengaruhi media dan gelombang Americana - memenangi ketiga-tiga kategori yang mencalonkannya pada AIM 2007, iaitu Kulit Album Terbaik, Video Muzik Terbaik dan Album Bahasa Inggeris Terbaik - yang mana beliau paling banyak menerima anugerah pada malam itu, menjadikan beliau artis indie bukan berarus perdana yang memenangi anugerah terbanyak dalam sejarah AIM.

Tambahan pula, video muzik bagi salah satu lagu dari Television, Carnival Hall, membawa kejayaan kepada Kamal Sabran yang memenangi pertandingan merakam video muzik serantau You Make It Reel! (peringkat negara, Malaysia) anjuran Nokia pada awal tahun 2006.

Teo juga kerap bermain di konsert-konsert muzik di luar negara. Beliau ialah pemuzik Malaysia yang pertama sekali untuk dijemput untuk membuat persembahan di Konsert South By Southwest (2007). Selain itu dia juga kerap mengunjungi Jepun untuk menjalankan jelajah.

Pada tahun 2008, Teo mengelola satu inisiatif bernama "Malaysian Artistes for Unity" yang disertai 52 artis Malaysia kesemuanya untuk tujuan memupuk perpaduan yang merentasi sempadan kaum dan rasa setia kepada negara di kalangan rakyat Malaysia. Ini disusuli pada tahun seterusnya oleh projek 15Malaysia yang memaparkan 15 buah filem pendek dari pengarah terkenal negara yang mencerminkan isu sosiopolitik semasa. Pada tahun 2009 juga, Teo menyumbangkan beberapa buah lagu untuk filem Talentime.

In November 2009, on the strength of the influential 'Malaysian Artistes For Unity' music video and the seminal '15Malaysia' project, CNN listed Teo as amongst the top 135 People To Watch in Asia.

Pada Januari 2010, lagu "Pergi" iaitu versi bahasa Melayu untuk I Go nyanyian Aizat Amdan memenangi Anugerah Juara Lagu 2009.

Pada September 2011, Teo melancarkan satu lagi kempen iaitu Undilah! yang menyeru rakyat Malaysia, khususnya golongan belia, supaya berdaftar sebagai pengundi dan bersedia untuk pilihan raya umum yang seterusnya. Kempen ini mengundang kontroversi apabila berdepan dengan sekatan oleh media arus perdana.[1][2]

Teo memegang watak sebagai Tony dalam filem Amerika Syarikat 2017, Ghost in the Shell, arahan Rupert Sanders lakonan Scarlett Johansson, yang ditayangkan di seluruh dunia pada Mac 2017.[3]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

  • "I Go" (2008, Redbag Music)
  • "Here In My Home" (2008, Redbag Music)
  • "Pergi" (Aizat Amdan, 2009, Universal Music)
  • "Itulah Dirimu" (Aizat Amdan, 2009, Universal Music)
  • "Angel" (Atilia Haron, 2009, Universal Music)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Projek[sunting | sunting sumber]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]