Petempatan manusia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Petempatan manusia

Dalam geografi, statistik dan arkeologi, petempatan, lokaliti atau tempat berpenduduk ialah sebuah komuniti manusia yang tinggal di sebuah tempat atau kawasan tertentu. Petempatan manusia merangkumi perkampungan desa, kampung, pekan, bandar dan bandar raya.[1] Sesebuah petempatan mungkin mempunyai ciri-ciri sejarah yang diketahui seperti tarikh atau era di mana ia mula-mula ditubuhkan, atau mula-mula ditempati oleh orang-orang tertentu. Proses petempatan melibatkan penghijrahan manusia. Sebuah petempatan secara konvensional, ia merangkumi kemudahan yang dibina seperti jalan raya, kandang, sistem padang, tebing sempadan dan parit, kolam, taman dan hutan, kilang angin dan air, rumah manor, parit lebar dan rumah ibadah seperti masjid, gereja dan sebagainya.[2]

Pola petempatan[sunting | sunting sumber]

Terdapat tiga pola petempatan yang dipaparkan dalam peta topografi, iaitu petempatan berjajar, petempatan berselerak dan petempatan berpusat.[3]

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia, empat pola petempatan yang wujud iaitu petempatan berjajar, petempatan berselerak, petempatan berkelompok dan petempatan berpusat.

  • Petempatan berjajar berpolakan bangunan rumah-rumah penduduk dibina sejajar dengan jalan raya dan di tepi pantai dan sungai. Ia kelihatan tersusun rapi dan seragam dari perimejan satelit. Contohnya dapat dilihat di sepanjang Batang Rajang di Sarawak, Malaysia.[4]
  • Pola petempatan berselerak dapat dijumpai di kawasan luar bandar iaitu kampung dan perkampungan desa yang di mana rumah atau bangunan yang dibina berselerak dan berjauhan antara satu sama lain. Contohnya dapat diperhatikan di kampung-kampung tradisional Malaysia.[4]
  • Pola petempatan berkelompok pula boleh dijumpai kawasan perumahan di ladang kelapa sawit yang diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) seperti FELDA New Zealand di Pahang.[4]
  • Pola petempatan berpusat mempunyai ciri-ciri rumah atau bangunannya dibina secara rapat di sesuatu kawasan yang menjadi tumpuan penduduk setempat. Ia biasanya dijumpai di pekan, bandar dan bandar raya dan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti masjid, gereja, sekolah, bangunan komersial dan sebagainya.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dutta, Biswanath; Fausto Giunchiglia; Vincenzo Maltese (2010). "A Facet-Based Methodology for Geo-Spatial Modeling". GeoSpatial Semantics: 4th International Conference, GeoS 2011, Brest, France (PDF). m/s. 143.
  2. ^ Medieval Settlement Research Group
  3. ^ Cheng Long Goh (2010). Atlas Sumber dan Geografi Fizikal. Cheras, Kuala Lumpur: Insitut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. m/s. 40. ISBN 9789830685212.
  4. ^ a b c d "Petempatan Di Malaysia". Pandai.org. 11 April 2023. Dicapai pada 11 April 2023.