Pergi ke kandungan

Petiol (botani)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daun mawar anjing (Rosa canina), menunjukkan tangkai daun, dua stipul berdaun, jentu dan lima anak daun.

Dalam botani, petiol atau tangkai daun ialah tangkai yang mencantumkan lai daun ke batang,[1]:87[2]:171 dan mampu memusingkan daun agar menghadap cahaya. Ini memberikan ciri-ciri susunan dedaun pada tumbuhan. Bahagian yang tumbuh dari setiap sisi tangkai daun pada sesetengah spesies disebut stipul. Daun dengan tangkai ini akan disebut berpetiol atau petiolat, sedangkan daun tanpa tangkai disebut sesil atau apetiolat.

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Tangkai daun rhubarb tuaian dengan lai daun tercantum
Pulvina pada kededua hujung tangkai daun Elaeocarpus multiflorus

Tangkai daun ialah tangkai yang mencantumkan daun ke batang tumbuhan. Pada daun yang berpetiol, tangkai daun boleh jadi panjang, macam pada daun seleri dan rhubarb, ataupun pendek. Apabila sepenuhnya tiada, lainya tercantum terus pada batang dan disebut sesil. Daun subpetiolat mempunyai daun yang sungguh pendek, dan boleh jadi sesil.[2]:157 Keluarga broomrape Orobanchaceae ialah contoh keluarga dengan daun yang selalu sesil.[3]:639 Dalam kumpulan lain tumbuhan, semacam speedwell genus Veronica, daun yang berpetiol dan sesil boleh jadi ada pada spesies berlainan.[3]:584

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Petiole datang daripada Latin petiolus, atau peciolus "kaki kecil", "batang". Mimitan umum pediculus turut dipakai untuk "tangkai kaki"

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Beentje, H. (2010). The Kew plant glossary. London: Kew Publishing. ISBN 9781842464229.
  2. ^ a b Mauseth, James D (2003). Botany: An Introduction to Plant Biology. Jones & Bartlett Learning. ISBN 0-7637-2134-4.
  3. ^ a b Stace, C. A. (2010). New Flora of the British Isles (ed. Third). Cambridge, U.K.: Cambridge University Press. ISBN 9780521707725.