Pergi ke kandungan

Petola bulat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Petola bulat
Petola bulat di Mesir
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Kelas:
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
aegyptica
Sinonim[1]
  • Cucurbita luffa hort.
  • Luffa cylindrica M.Roem.
  • Luffa aegyptica (lapsus)
  • Luffa aegyptiaca (Mill.)
  • Luffa pentandra Roxb.
  • Momordica cylindrica L.
  • Momordica luffa L.

Petola bulat, petola buntal, petola manis atau belustru (nama saintifik: Luffa aegyptica) ialah sejenis pokok menjalar semusim yang ditanam di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Ia merupakan spesies jenis genus Luffa dalam keluarga Cucurbitaceae[2] serumpun dengan petola segi.

Daun-daunnya berbentuk bujur 6 hingga 25 sm panjang dan 8 hingga 27 sm lebar dengan tangkai antara 5-10 sm panjang.[2]

Pokok petola bulat mempunyai bunga jantina yang berasingan di mana bunga jantan tumbuh menjambak manakala bunga betina tumbuh secara tunggal. Buahnya berbentuk silinder licin.[2]

Buah mudanya dituai sebagai sayur. Apabila buah ini menjadi terlalu tua, isi jaringan xilemnya menjadi keras yang boleh digunakan sebagai bahan penggosok seakan span selepas dikeringkan.[1]

Biji-bijinya boleh diperah menghasilkan suatu minyak tidak berbau;[2][3] sisa perahan biji ini boleh dijadikan makanan untuk arnab dan ikan keli mahupun dijadikan baja.[3]

  1. ^ a b "Luffa aegyptiaca". Germplasm Resources Information Network. Agricultural Research Service, United States Department of Agriculture. Dicapai pada 21 Disember 2017.
  2. ^ a b c d Hean Chooi Ong (2008). Sayuran: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 84–85. ISBN 967-61-1390-5.
  3. ^ a b Heuzé, V.; Tran, G.; Lebas, F. (18 Julai 2017). "Luffa (Luffa aegyptiaca)". Feedipedia. INRA, CIRAD, AFZ & FAO.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]