Petola ular

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Petola ular
Biji-biji buah petola ular
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
cucumerina
Sinonim[1]
  • Anguina cucumerina (L.) Kuntze
  • Cucumis anguinus (L.) L.
  • Involucraria anguina (L.) M.Roem.
  • Trichosanthes ambrozii Domin
  • Trichosanthes anguina L.
  • Trichosanthes brevibracteata Kundu
  • Trichosanthes colubrina J.Jacq.
  • Trichosanthes cucumerina var. anguina (L.) Haines
  • Trichosanthes pachyrrhachis Kundu
  • Trichosanthes pedatifolia Miq.
  • Trichosanthes petala Buch.-Ham. ex Wall.

Petola ular (nama saintifik: Trichosanthes cucumerina) merupakan sejenis pokok menjalar dalam keluarga Cucurbitaceae[2] yang tumbuh meliar di kawasan tropika dan subtropika merangkumi Asia Selatan, Asia Tenggara dan utara Australia;[3][4][5] ia turut diperkenalkan di kawasan-kawasan selatan Afrika di Madagaskar.[3]

Meskipun buah pokok ini menyerupai buah-buah petola lain, tetapi petola ular lebih tergolong dalam genus Trichosanthes.[2][6]

Botani[sunting | sunting sumber]

Batangnya memanjat tirus dengan jalar bercabang dua atau 3. Daunnya berbentuk ringkas dengan 7-25 sm panjang dan 8-26 sm lebar berpermukaan berbulu.[2]

Bunga jantan muncul lebih 5 kuntum sejambak manakala bunga betina tunggal tanpa bertangkai. Buah petola berbentuk tirus memanjang seakan ular berwarna keputihan sehingga adakalanya memintal.[2][6]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Buah mudanya biasa dijual di pasar-pasar dan digunakan untuk dimasak sebagai lauk dan dimakan sebagai hidangan bersama nasi. Buah masaknya tidak dapat dimakan terus kerana penuh serabut keras, tetapi isinya bertukar warna merah yang mempunyai rasa mirip tomato sehingga boleh dijadikan bahan gantian.[2][3]

Keseluruhan bahagian tumbuhan mempunyai manfaat berubat: isi buah boleh diproses menjadi ubat batuk, begitu juga dengan air rebusan akar dan bijinya serta masalah tekak kerongkong dan kahak lain. Air akar juga boleh diminum untuk merawat jangkitan parasit pada badan, demam kuning dan cirit darah, merangsang pengeluaran air kecil serta menggalakkan penghasilan susu ibu.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Plant List, Trichosanthes cucumerina
  2. ^ a b c d e f Hean Chooi Ong (2008). Sayuran: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 88–89. ISBN 967-61-1390-5.
  3. ^ a b c Stuppy, Wolfgang. "Observations on a strange vegetable - the snake gourd". Kew Gardens.
  4. ^ Florabase, the Western Australia Flora, Trichosanthes cucumerina
  5. ^ Coopper, Wendy E., & Hugo J. DeBoer. 2011. A taxonomic revision of Trichosanthes L. (Cucurbitaceae) in Australia, including one new species from Northern Territory. Austrobaileya 8:364-386.
  6. ^ a b "Petola, buah seribu makna". Media Permata. 17 April 2017.