Petro Poroshenko

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Petro Poroshenko
Петро Порошенко
Official portrait of Petro Poroshenko.jpg
Potret rasmi Poroshenko
Presiden Ukraine
Memegang jawatan
Jun 2014
Perdana MenteriArseniy Yatsenyuk
MenggantikanOleksandr Turchynov (memangku)
Menteri Perdagangan dan Pembangunan Ekonomi Ukraine
Dalam jawatan
23 Mac 2012 – 24 Disember 2012
Perdana MenteriMykola Azarov
Didahului olehAndriy Klyuyev
Digantikan olehIhor Prasolov
Menteri Luar Negeri Ukraine
Dalam jawatan
9 Oktober 2009 – 11 Mac 2010
Perdana MenteriYulia Tymoshenko
Oleksandr Turchynov (memangku)
Didahului olehVolodymyr Khandohiy
Digantikan olehKostyantyn Gryshchenko
Setiausaha Majlis Keselamatan dan Pertahanan Kebangsaan
Dalam jawatan
8 Februari 2005 – 8 September 2005
PresidenViktor Yushchenko
Didahului olehVolodymyr Radchenko
Digantikan olehAnatoliy Kinakh
Butiran peribadi
LahirPetro Oleksiyovych Poroshenko
(1965-09-26) 26 September 1965 (umur 53)
Bolhrad, RSS Ukraine, Kesatuan Soviet
Parti politikBebas
Sekutu gabungan
politik lain
Parti Demokratik Sosial
(sebelum 2001)
Solidariti (2001–kini)
Blok Pertahanan-Diri Rakyat–Ukraine Kami (2002–2012)
PasanganMaryna Poroshenko
Anak-anakOlexiy
Yevheniya
Oleksandra
Mykhaylo
Alma materUniversiti Kebangsaan Kyiv
Tandatangan

Petro Poroshenko Oleksiyovych (lahir 26 September 1965) adalah seorang bilionair Ukraine yang kini menjadi presiden negara tersebut. Beliau turut memegang portfolio Kementerian Luar Negeri (2009-2010) serta Kementerian Perdagangan dan Pembangunan Ekonomi (2012) pada tempoh tertentu. Dari 2007-2012 dia memimpin Bank National Ukraine. Poroshenko memiliki perniagaan gula berskala besar sehingga digelar 'Raja Coklat'.

Beliau terpilih sebagai Presiden Ukraine pada 25 Mei tahun 2014 setelah mendapat 54% undian lalu berjaya menewaskan pencabarnya, bekas Perdana Menteri Ukraine Yulia Tymoshenko yang hanya mendapat tempat kedua dengan undian sebanyak lebih 12%.

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Poroshenko lahir di kota Bolhrad, Oblast Odessa pada 26 September 1965.[1][2] Ayahnya, Alexey Poroshenko seorang jurutera lulusan Institut Pertanian Lviv tahun 1959 dan bekerja sebagai ketua jurutera Bolhrad dari 1959 sehingga 1974, manakala ibunya, Yevgenya Poroshenko (1940-2004), juga bekerja di Bolhrad.

Beliau melanjutkan pengajiannya dalam bidang perekonomian di Jabatan Perundangan dan Hubungan Antarabangsa Universiti Negara Kiev pada tahun 1982.[3] Di sanalah beliau berkenalan dengan Mikheil Saakashvili, bakal Presiden Georgia.[4]

Berkeluarga[sunting | sunting sumber]

Petro berkahwin dengan Maryna sejak 1984, mereka memperoleh 4 anak termasuk dua anak kembar.[5]

Dalam bidang perniagaan[sunting | sunting sumber]

Ketika beliau masih seorang pelajar universiti, beliau menubuhkan sebuah firma penasihat perundangan yang menjadi pihak orang tengah dalam pemerolehan kontrak perdagangan asing. Beliau memulakan kerja memborong dan membekal biji koko untuk industri cokelat Soviet pada tahun 1991.[5]

Pada tahun 1993; Petro dan ayahnya Oleksiy serta beberapa rakan sekerjanya dari Institut Trafik Jalan Raya di Kiev menubuhkan syarikat pelaburan UkrPromInvest yang mengkhusus kepada pembuatan manisan dan industri automotif.[5] Syarikat tersebut mula mendapatkan pemilikan perusahaan manisan milik pemerintah Ukraine antara tahun-tahun 1996 dan 1998, lalu digabungkan menjadi kelompok Roshen pada tahun 1996.[5] Beliau berjaya meraih monopoli dalam industri pembuatan manisan dan gula di negara tersebut sehingga mendapat jolokan "Raja Coklat".[6]

Pemilihan Presiden Ukraine 2014[sunting | sunting sumber]

Setelah Revolusi Ukraine 2014 yang menyingkirkan Viktor Yanukovych dari jawatannya sebagai Presiden Ukraine, pemilihan presiden baru dijadualkan pada 25 Mei 2014. Vitali Klitschko turut menyokong beliau bertanding jawatan presiden. Pada 14 April, Poroshenko secara terbuka menyokong kem Parti Jaroslaw Gowin di Poland yang akan masuk ke Parlimen Eropah.

Beliau berjanji akan melawat timur Ukraine bagi mengakhiri 'perang dan kekacauan' yang dicetuskan oleh kumpulan pemisah pro-Rusia.Beliau sedia berunding dengan para penentang dan menawarkan pengampunan bagi mereka yang meletakkan senjata, namun menolak rundingan dengan golongan pembunuh dan pengganas. Poroshenko tidak mengiktiraf 'penaklukan Crimea' oleh Rusia. Beliau akan bertemu dengan Presiden Rusia Vladimir Putin kerana penglibatan Rusia sangat penting dalam mewujudkan kestabilan.

Rakyat Ukraine berhadapan dengan muflis, perpecahan dan perang saudara ekoran konflik di timur negara. Kumpulan pemisah pro-Rusia menyerang pusat pengundian di wilayah Luhansk selain menghalang pengundi menunaikan tanggungjawab mereka. Hanya 20 peratus pusat pengundian beroperasi di wilayah Donetsk dan Luhansk, walaupun jumlah pengundi yang keluar di seluruh negara amat tinggi. [7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Petro Poroshenko Net Worth". The Richest. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Ogos 2013. Dicapai 26 May 2014. 
  2. ^ "Kerry heads for crisis talks over Ukraine". The Scotsman. 29 March 2014. Diarkibkan daripada asal pada 27 Mei 2014. Dicapai 26 Mei 2014. 
  3. ^ "Ukraine's tycoon Poroshenko confirms plans to sell assets". ITAR-TASS. 26 May 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mei 2014. Dicapai 26 May 2014. 
  4. ^ Saakashvili took over as head of the Odessa Regional State Administration, Deutsche Welle (30 Mei 2015)
  5. ^ a b c d Tadeusz A. Olszański; Agata Wierzbowska-Miazga (28 May 2014). "Poroshenko, President of Ukraine". OSW, Poland. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 March 2016. Dicapai 10 March 2016. 
  6. ^ Abram Brown (31 March 2014). "The Willy Wonka of Ukraine Is Now The Leading Presidential Candidate". Forbes. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2008. Dicapai 19 April 2014. 
  7. ^ "'Raja Coklat' Presiden baharu Ukraine". Utusan Malaysia. 27 Mei 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Jawatan politik
Didahului oleh
Oleksandr Turchynov
memangku
Presiden Ukraine
Bakal

2014-kini
Angkat sumpah 7 Jun 2014