Petroglif Lumuyu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Petroglif Lumuyu
Ukiran Batu Lumuyu
LokasiDaerah Tenom, Sabah, Malaysia
Koordinat4°42′0″N 115°52′59.988″E / 4.70000°N 115.88333000°E / 4.70000; 115.88333000Koordinat: 4°42′0″N 115°52′59.988″E / 4.70000°N 115.88333000°E / 4.70000; 115.88333000
Perincian tapak
Hak milikMuzium Sabah

Petroglif Lumuyu atau juga dikenali sebagai Ukiran Batu Lumuyu yang terdiri daripada beberapa petroglif yang terletak tidak jauh dari Kampung Bekuku di Ulu Tomani Daerah Tenom di Sabah, Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ukiran batu pertama di Ulu Tomani ditemui oleh penduduk setempat pada tahun 1971. Dengan ukuran 25 kaki (8 m) dengan 32 kaki (10 m), batuan-batu pasir yang diukir dengan corak yang serupa dengan muka manusia, cetakan kaki dan beberapa corak lain.[1] Mengikut cerita rakyat tempatan, ukiran dibuat oleh enam saudara untuk melepaskan kesedihan mereka atas kehilangan saudara bongsu mereka yang dibunuh. Ukiran-ukiran ini dipercayai telah dibuat 1000 tahun yang lalu.[2] Kawasan ini telah diisytiharkan sebagai Warisan Budaya di bawah Enakmen Warisan Kebudayaan (Pemuliharaan) 1997.[3]

Berikutan dokumentasi semula tapak Petroglif Lumuyu di Ulu Tomani pada tahun 2012,[4] ini membawa kepada penemuan baru untuk eksplorasi pada tahun-tahun berikutnya. Pada tahun 2013, sekumpulan ahli arkeologi yang diketuai oleh Baszley Bee dibantu oleh pelajar Sarjana dan pelajar tahun akhir Sekolah Sains Sosial (SSS) termasuk kakitangan dari Jabatan Arkeologi Jabatan Warisan Negara dan Bahagian Arkeologi Muzium Sabah mendapati empat tapak petroglif di Ulu Tomani termasuk di kawasan lain di Long Pasia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Farouk Yahya (21 October 2015). Magic and Divination in Malay Illustrated Manuscripts. BRILL. m/s. 12. ISBN 978-90-04-30172-6.
  2. ^ APA Publications Limited (1 April 2019). Insight Guides Malaysia (Travel Guide eBook). Apa Publications (UK) Limited. m/s. 766. ISBN 978-1-78919-399-2.
  3. ^ Peter G. Gould; K. Anne Pyburn (26 November 2016). Collision or Collaboration: Archaeology Encounters Economic Development. Springer. m/s. 40. ISBN 978-3-319-44515-1.
  4. ^ Mohd Nor Amiruddin Nora Afandi; Baszley Bee Basrah Bee (2016). "Petroglif Lumuyu: Suatu Pendokumentasian Semula" [Lumuyu Petroglyph: A Redocumentation]. Malaysia Journal of Archaeology, Universiti Kebangsaan Malaysia (dalam bahasa Malay). 29. Dicapai pada 28 June 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)