Petunjuk geografi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Undang-undang
harta intelek
frames
Hak cipta
Paten
Rahsia perdagangan
Tanda dagangan
Hak sui generis
Lain-lain
sunting

Petunjuk geografi secara am satu petunjuk yang memberitahu pengguna bahawa barangan itu dihasilkan di sesuatu kawasan atau tempat tertentu dan mempunyai ciri yang tersendiri yang berkait rapat dengan tempat pengeluaran/geografinya serta dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti iklim dan tanah. Petunjuk geografi boleh digunakan sebagai pengiktirafan yang sesuatu barangan mempunyai sesuatu kualiti atau reputasi kerana asal geografinya.

Contoh barangan yang mendapat perlindungan petunjuk geografi adalah Sabah Tea, Tenom Coffee, Borneo Virgin Coconut Oil dan Sabah Seaweed. Keempat-empat barangan petunjuk geografi ini berasal dari negeri Sabah. Contoh lain adalah Sarawak Pepper iaitu produk lada hitam yang berasal dari Sarawak dan kini dikenali di peringkat antarabangsa.

Manfaat[sunting | sunting sumber]

Pemunya petunjuk geografi yang mendaftar mempunyai hak eksklusif untuk mengeksploitasi barangan petunjuk geografi bagi mendapat pengiktirafan dalam dan luar negara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Sistem Petunjuk Geografi di Malaysia, MyIPO, 2008