Pharmacia & Upjohn

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pharmacia & Upjohn
Jenis/bentuk sahAwam
IndustriFarmaseutikal
DitubuhkanPenggabungan Pharmacia AB dan The Upjohn Company
DibubarkanNovember 2020 Sunting ini di Wikidata
NasibDiperolehi oleh Pfizer
Ibu pejabatSweden Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pharmacia & Upjohn merupakan sebuah syarikat farmaseutikal global yang ditubuhkan menerusi pengabungan syarikat Sweden, Pharmacia AB dan syarikat Amerika, The Upjohn Company pada 1995.[1] Kini saki-baki syarikat ini dimiliki oleh Pfizer. Pada 1997, Pharmacia & Upjohn menjual beberapa jenama kepada Johnson & Johnson, termasuk Motrin dan Cortaid.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Amersham[sunting | sunting sumber]

Pada 1997, pembahagian syarikat bioteknologi Pharmacia Biotech bergabung dengan Amersham Life Science dan entiti yang digabung dikenali sebagai Amersham Pharmacia Biotech.[2][3] Pada 2001, syarikat ini dinamakan Amersham Biotech.[4] Pada 2002, Pharmacia menjual saham syarikatnya kepada Amersham plc.[5][6] Pada 2004, Amersham Biosciences telah diperolehi oleh GE Healthcare.[7]

Pada 1998, pembahagian pemakanan syarikat telah dijual kepada Fresenius.[8]

Monsanto[sunting | sunting sumber]

Monsanto memperolehi syarikat G. D. Searle & Company pada 1985.[9] Pada 1998, Searle dan Monsanto Pharma Sector bekerjasama dengan Pfizer untuk membangunkan celecoxib, ubat anti-keradangan digunakan untuk merawat artritis.[10][11] Dijenamakan sebagai Celebrex, celecoxib telah diluluskan oleh FDA pada 1998.[12] Pada Disember 1999, Pharmacia & Upjohn bergabung dengan syarikat bioteknologi dan perubatan Amerika, Monsanto dan dinamakan sebagai Pharmacia.[13] Syarikat ini mengekalkan pembahagian farmaseutikal Monsanto - kemudian dikenali sebagai Searle - dan memisahkan baki kepentingan sebagai "Monsanto yang baru".[14][15] Entiti baru itu bertukar nama kepada Pharmacia Corp.[16]

Pfizer[sunting | sunting sumber]

Pada Julai 2002, Pharmacia Corp. dan Pfizer mengumumkan perjanjian bahawa Pfizer akan membeli Pharmacia; kawalan celecoxib sering dimaksudkan sebagai sebab utama pemerolehan Pfizer terhadap Pharmacia.[17] Perjanjian itu dimuktamadkan pada April 2003.[18]

Garis masa[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah ilustrasi penggabungan, pengambilalihan, pemisahan dan sejarah pendahulu syarikat:

Pharmacia Corp.
Diperolehi oleh Pfizer, 2002

Pharmacia & Upjohn
Pharmacia
(Bergabung 1995)
Kabi Pharmacia
Pharmacia Biotech

LKB-produkter AB
(Dip 1968)

PL Laboratories

Kabi Vitrum
(Dip 1990)

Farmitalia
(Dip 1993)

Upjohn
(Bergabung 1995)

Monsanto

Monsanto

G. D. Searle & Company
(Dip 1985)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Upjohn Company". 7 May 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-05-07.
  2. ^ Newman, Cathy (1997-05-31). "Amersham close to life sciences merger". The Independent (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-11-16.
  3. ^ Stephen, Moore (1997-06-11). "Amersham Merges Division With Pharmacia & Upjohn". Wall Street Journal (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0099-9660. Dicapai pada 2020-11-16.
  4. ^ Basar, Shanny (12 March 2002). "Morgan Stanley and Hoare Govett sell £350m Amersham sale". Financial News London (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-11-16.
  5. ^ "Pharmacia Corp selling stake in Amersham Biosciences for $1 billion -". The Pharma Letter. 18 March 2002. Dicapai pada 2020-11-16.
  6. ^ "Amersham buys out bioscience ally". the Guardian (dalam bahasa Inggeris). 2002-03-13. Dicapai pada 2020-11-16.
  7. ^ Rovito, Rich (8 April 2004). "GE completes acquisition of Amersham, restructures GE Healthcare". Milwaukee Business Journal.
  8. ^ "INTERNATIONAL BRIEFS; Fresenius of Germany Buying Pharmacia Unit (Published 1998)". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). 1998-06-09. ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2020-11-16.
  9. ^ Greenhouse, Steven (1985-07-19). "MONSANTO TO ACQUIRE G. D. SEARLE (Published 1985)". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2020-11-16.
  10. ^ "Monsanto's Searle unit developing arthritis drug with Pfizer". St. Louis Business Journal. 18 February 1998.
  11. ^ Langreth, Robert (1998-02-19). "Pfizer to Help Searle Develop, Market Arthritis Drug in Race With Merck, J&J". Wall Street Journal (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0099-9660. Dicapai pada 2020-11-16.
  12. ^ "Fast Facts on Bextra and Celebrex". ABC News (dalam bahasa Inggeris). 6 January 2006. Dicapai pada 2020-11-16.
  13. ^ Stein, George; Chase; Brett (1999-12-20). "Pharmacia & Upjohn, Monsanto to Merge in $26.5-Billion Deal". Los Angeles Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-11-16.
  14. ^ "Monsanto Raises $700 Million in IPO". Los Angeles Times. October 18, 2000.
  15. ^ "Monsanto and Pharmacia to Join, Creating a Pharmaceutical Giant", New York Times, December 20, 1999, dicapai pada 28 December 2015
  16. ^ "Drug cos. to call new firm 'Pharmacia'". CNN Money. 27 January 2000. Dicapai pada 2020-11-16.
  17. ^ Sorkin, Andrew (15 July 2002). "Pfizer Said To Buy Large Drug Rival In $60 Billion Deal". New York Times.
  18. ^ "It's official: Pfizer buys Pharmacia". 16 April 2003.