Phil Jagielka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Phil Jagielka
1 phil jagielka 2015.jpg
Jagielka pada tahun 2015
Maklumat peribadi
Nama penuhPhilip Nikodem Jagielka[1]
Tarikh lahir (1982-08-17) 17 Ogos 1982 (umur 36)[1]
Tempat lahirManchester, England
Ketinggian1.83 m (6 ft 0 in)[2]
Posisi permainanPertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkiniEverton
Nombor6
Kerjaya remaja
1990–1994Holy Family
1994–1998Hale Barns United
1998–2000Sheffield United
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2000–2007Sheffield United254(18)
2007–Everton244(10)
Pasukan kebangsaan
2002–2003England B216(2)
2007England B1(0)
2008–England36(3)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 15 Ogos 2015.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 15:00, 7 Jun 2015 (UTC)

Philip Nikodem "Phil" Jagielka (lahir 17 Ogos 1982) ialah seorang pemain bola sepak profesional England yang bermain di posisi pertahanan untuk Everton dan pasukan kebangsaan England.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Sheffield United[sunting | sunting sumber]

Jagielka membuat penampilan sulungnya untuk Sheffield United pada 5 Mei 2000 ketika menentang Swindon Town dalam perlawanan akhir liga musim 1999–2000. Dia diberi kontrak profesional pada hari berikutnya dan selepas bermula dengan cemerlang pada musim berikutnya, dia menandatangani kontrak tiga tahun bersama kelab itu pada bulan Januari 2001.[3]

Jagielka menandatangani perjanjian baru tiga tahun bersama United pada bulan Ogos 2006.[4] Jagielka memberi United kemenangan Premiership pertama mereka sejak bulan April 1994 apabila dia menjaringkan gol pada minit ke-91 ketika menentang Middlesbrough untuk menang 2–1 pada bulan September 2006.[5] Walaupun dikenali sebagai salah satu pemain penting United, pengerusi, Kevin McCabe mengakui bahawa Jagielka boleh dijual jika harga cukup tinggi.[6] Ketika perlawanan menentang Arsenal pada 30 Disember 2006, akibat kecederaan penjaga gol, Paddy Kenny dan pasukannya mendahului 1–0, Jagielka terpaksa menjadi penjaga gol untuk baki perlawanan. Arsenal gagal menjaringkan gol dalam baki 34 minit dan United mengesahkan kemenangan 1-0.[7]

Menjelang akhir musim 2006–07, dia telah membuat 133 penampilan liga berturut-turut untuk United,[8] termasuk semua perlawanan liga dalam musim 2004–05 dan 2005–06 serta setiap minit dalam musim 2006–07.[9]

Everton[sunting | sunting sumber]

Jagielka beraksi untuk Everton pada 2 Oktober 2014

Jagielka menyertai Everton pada 4 Julai 2007, dengan perjanjian bernilai £4 juta dan kontrak selama lima tahun[10]. Dia membuat penampilan sulung di Goodison Park pada 31 Julai 2007 sebagai pemain gantian dalam perlawanan persahabatan pra-musim menentang Werder Bremen, menggantikan Joseph Yobo. Dia menjaringkan gol pertamanya untuk Everton dalam perlawanan Piala UEFA menentang AZ Alkmaar.[11] Dia menjaringkan gol sendiri ketika menentang Wigan Athletic, tetapi Everton menang 2–1. Dia menjaringkan gol pertamanya dalam liga untuk Everton ketika menentang Reading pada 9 Februari 2008.[12]

Jagielka memulakan musim 2008–09 sebagai pertahanan tengah pilihan utama, bermain setiap minit dalam kesemua perlawanan liga sebelum mengalami kecederaan ketika kalah 2–1 kepada Manchester City. Jagielka menjaringkan gol penalti kemenangan untuk Everton dalam penentuan penalti separuh akhir Piala FA menentang Manchester United. Tidak lama selepas itu, dia mengalami kecederaan ketika menentang Manchester City dan terlepas perlawanan akhir Piala FA 2009 dimana Everton kalah kepada Chelsea.

Selepas terlepas akhir musim 2008–09 dan lebih daripada setengah musim 2009–10, Jagielka bermain perlawanan pertamanya sejak mengalami kecederaan menentang Sporting C.P. dalam Liga Europa UEFA pada bulan Februari 2010, masuk menggantikan Philippe Senderos.

Pada 3 Januari 2013, Jagielka menandatangani kontrak baru bersama Everton, mengekalkannya di Goodison Park sehingga tahun 2017.[13] Pengurus, David Moyes juga mengumumkan bahawa Jagielka akan dilantik sebagai kapten untuk musim 2013–14 selepas persaraan Phil Neville.[14] Dalam musim pertama Jagielka sebagai kapten, Everton mencatat rekod 72 mata dan menduduki tempat kelima.[15]

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Jagielka merupakan bekas ahli pasukan England bawah-21 dan menjaringkan gol ketika kemenangan 2–0 ke atas Slovakia di Stadium of Light pada bulan Jun 2003.

Pada 1 Jun 2008, Jagielka membuat penampilan antarabangsa pertamanya menentang Trinidad and Tobago.[16] Pada 28 Mei 2012, Jagielka disenaraikan dalam skuad England untuk UEFA Euro 2012 selepas Gareth Barry mengalami kecederaan.[17] Pada bulan Ogos 2012, Jagielka menjaringkan gol pertamanya untuk England ketika kemenangan 2–1 ke atas Itali di Bern, Switzerland.[18] Pada 12 Mei 2014, Jagielka dinamakan dalam skuad England untuk Piala Dunia FIFA 2014.[19]

Statistik karier[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 24 Mei 2015.[20]
Kelab Musim Liga Liga Piala Piala Liga Eropah Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Sheffield United 1999–2000 First Division 1 0 0 0 0 0 0 0 1 0
2000–01 15 0 0 0 3 0 0 0 18 0
2001–02 23 3 0 0 1 0 0 0 24 3
2002–03 45* 0 5 1 7 1 0 0 57 2
2003–04 43 3 3 0 2 0 0 0 48 3
2004–05 Championship 46 0 5 1 3 1 0 0 54 2
[2005–06 46 8 1 0 0 0 0 0 47 8
2006–07 Liga Perdana Inggeris 38 4 0 0 0 0 0 0 38 4
Jumlah Sheffield Utd 257 18 14 2 16 2 0 0 287 22
Everton 2007–08 Liga Perdana Inggeris 34 1 1 0 5 0 9 1 49 2
2008–09 34 0 6 0 1 0 2 1 43 1
2009–10 12 0 0 0 0 0 1 0 13 0
2010–11 33 1 2 0 1 0 36 1
2011–12 30 2 1 0 2 0 33 2
2012–13 36 2 4 1 1 0 41 3
2013–14 26 0 2 0 2 0 30 0
2014–15 37 4 2 0 0 0 9 2 48 6
Jumlah Everton 242 10 18 1 12 0 21 4 293 15
Jumlah karier 499 28 32 3 28 2 21 4 580 37

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 7 Jun 2015.[21]
England
Tahun Kmncln Gol
2008 1 0
2009 2 0
2010 4 0
2011 3 0
2012 6 1
2013 8 0
2014 10 2
2015 2 0
Jumlah 36 3

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Hugman, Barry J., penyunting (2010). The PFA Footballers' Who's Who 2010–11. Mainstream Publishing. m/s. 216. ISBN 978-1-84596-601-0. 
  2. ^ "Player Profile". Premier League. Dicapai 9 April 2011. 
  3. ^ "Warnock hails teenage ace". BBC Sport. 9 January 2001. Dicapai 2007-08-21. 
  4. ^ "Jagielka commits future to Blades". BBC Sport. 19 August 2006. Dicapai 2007-08-22. 
  5. ^ Brown, Sophie (30 September 2006). "Sheff Utd 2–1 Middlesbrough". BBC Sport. Dicapai 2007-08-07. 
  6. ^ "Blades may sell Jagielka". Football.co.uk. 8 December 2006. Dicapai 2007-08-22. 
  7. ^ "Sheff Utd 1–0 Arsenal". BBC Sport. 30 December 2006. Dicapai 2007-08-07. 
  8. ^ "THE LOWDOWN – EVERTON V WIGAN". Everton F.C. 10 August 2007. Dicapai 2007-08-22. 
  9. ^ Taylor, Louise (12 May 2007). "England the next step for Jagielka". The Guardian. London. Dicapai 2007-08-21. 
  10. ^ "Everton secure deal for Jagielka". BBC Sport. 4 July 2007. Dicapai 2007-07-04. 
  11. ^ Cheese, Caroline (20 December 2007). "AZ Alkmaar 2–3 Everton". BBC Sport. Dicapai 27 February 2010. 
  12. ^ Hughes, Ian (9 February 2008). "Everton 1–0 Reading". BBC Sport. Dicapai 27 February 2010. 
  13. ^ "England defender Phil Jagielka signs new long-term Everton contract". The Guardian. 2013-01-03. Dicapai 2013-01-03. 
  14. ^ "Phil Jagielka confirmed as Everton captain". Give Me Sport. Dicapai 29 June 2013. 
  15. ^ "Phil Jagielka: Everton will be even stronger next season under Roberto Martinez". North Wales Daily Post. Dicapai 26 May 2014. 
  16. ^ "Trinidad & Tobago 0-3 England". BBC Sport. 1 June 2008. Dicapai 9 October 2014. 
  17. ^ "Euro 2012: England confirm squad numbers". BBC Sport. Dicapai 30 May 2012. 
  18. ^ "England 2–1 Italy". BBC Sport. Dicapai 15 August 2012. 
  19. ^ "England World Cup squad 2014: Ross Barkley and Raheem Sterling called up". Guardian. 12 May 2014. Dicapai 14 May 2014. 
  20. ^ "Phil Jagielka Career Stats". Soccerbase. 30 October 2010. Dicapai 30 October 2010. 
  21. ^ "Phil Jagielka". European Football. Dicapai 12 October 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kedudukan sukan
Didahului oleh
Phil Neville
Kapten Everton
2013–sekarang
Pemegang jawatan kini