Pergi ke kandungan

Phil Rizzuto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Phil Rizzuto
Rizzuto pada 1949
Shortstop
Dilahirkan: (1917-09-25)25 September 1917
Brooklyn, New York, A.S.
Meninggal dunia: 13 Ogos 2007(2007-08-13) (umur 89)
West Orange, New Jersey, A.S.
Pukulan: Kanan Balingan: Kanan
MLB debut
14 April, 1941, untuk New York Yankees
Penampilan MLB terakhir
16 Ogos, 1956, untuk New York Yankees
Statistik MLB
Purata pukulan.273
Home run38
RBI563
Pasukan
Kerjaya cemerlang dan anugerah
Ahli National
Baseball Hall of Fame
Pelantikan1994
Kaedah PemilihanVeterans Committee

Philip Francis Rizzuto (/rɪˈzt/ riz-OO-toh; 25 September 1917 – 13 Ogos 2007), digelar "the Scooter", ialah bekas pemain besbol profesional yang bermain di posisi pemadang dekat dalam Major League Baseball (MLB) dari Amerika Syarikat. Beliau menghabiskan seluruh kerjaya 13 tahunnya bersama pasukan pasukan New York Yankees (1941–1956) dan telah dilantik ke dalam Dewan Kemasyhuran Besbol Kebangsaan pada tahun 1994.

Rizzuto merupakan figura popular dalam pasukan Yankees yang mendominasi era tersebut, memenangi 10 kejuaraan American League (AL) dan tujuh kejuaraan Siri Dunia dalam 13 musim beliau. Beliau memegang beberapa rekod Siri Dunia bagi pemain pemadang dekat. Musim terbaiknya ialah pada 1950, apabila beliau dinobatkan sebagai Pemain Terbaik AL.

Secara umum, Rizzuto dikenali sebagai pemain “small ball”, iaitu gaya permainan yang menekankan kelajuan, ketepatan, dan strategi. Beliau terkenal dengan pertahanan yang kukuh di kawasan dalam (infield) serta kebolehan bunting yang sangat baik. Ketika bersara, jumlah 1,217 double play yang dicatatnya adalah kedua terbanyak dalam sejarah MLB, di belakang Luke Appling (1,424), manakala purata pertahanan kerjaya .968 miliknya hanya sedikit di bawah Lou Boudreau (.973) dalam kalangan pemain pemadang dekat di AL.

Selepas bersara daripada bermain, Rizzuto memulakan kerjaya penyiaran selama 40 tahun sebagai pengulas radio dan televisyen untuk Yankees. Beliau dikenali dengan gaya penyampaian yang santai dan bersahaja, serta ungkapan "Holy cow!", yang menjadikannya salah satu suara paling ikonik dalam sejarah besbol.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]