Philippe Albert

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Philippe Albert
Maklumat peribadi
Nama penuh Philippe Julien Albert
Tarikh lahir (1967-08-10) 10 Ogos 1967 (umur 56)
Tempat lahir Bouillon, Belgium
Ketinggian 1.90 m (6 ka 3 in)
Posisi permainan Bek tengah
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1986–1988 Charleroi 65 (7)
1988–1991 KV Mechelen 87 (5)
1991–1994 Anderlecht 50 (9)
1994–1999 Newcastle United 96 (8)
1998–1999Fulham (pinjaman) 13 (2)
1999–2000 Charleroi 14 (1)
Jumlah 325 (32)
Pasukan kebangsaan
1987–1989 Belgium B21 4 (0)
1987–1997 Belgium 41 (5)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Philippe Julien Albert (lahir 10 Ogos 1967) merupakan bekas pemain bola sepak Belgium yang bermain di posisi pertahanan. Antara kelabnya dahulu ialah Charleroi, KV Mechelen, Anderlecht, Newcastle United dan Fulham.

Albert telah membuat 41 penampilan untuk pasukan kebangsaan Belgium dari tahun 1987 sehingga 1997. Beliau juga mewakili pasukannya ke Piala Dunia 1990 dan 1994.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Albert memulakan kerjayanya di Charleroi sebelum berpindah ke Mechelen. Di sana, beliau menerima anugerah Kasut Emas Belgium lalu berpindah ke Anderlecht. Di Anderlecht, beliau menjulang trofi liga dua kali dan membantu pasukan kebangsaan untuk layak ke Piala Dunia 1994.

Selepas beraksi di Piala Dunia, Albert melakukan perpindahan ke Newcastle United. Beliau memilih jersi bernombor 27 kerana perpindahan itu lengkap sepenuhnya pada ulang tahun hari lahirnya yang ke-27. Beliau menolak perpindahan ke kelab Itali seperti Juventus dan Fiorentina setahun sebelum itu kerana tidak minat beraksi pada iklim panas dan perlu bermain pada hari Ahad. Beliau bermain sebanyak enam perlawanan liga untuk Newcastle pada musim 1994-95 namun terpaksa direhatkan akibat kecederaan. Beliau menjadi penjaring terkenal apabila menjaringkan gol dari jarak 20 yard menewaskan Peter Schmeichel pada perlawanan menentang Manchester United pada 20 Oktober 1996, Newcastle menang 5-0.

Kecederaan yang dialaminya menyebabkan beliau tidak banyak peluang bermain lalu dipinjam ke Fulham. Beliau menjaringkan dua gol ketika musim 1998-99 dan layak ke Liga Perdana selepas diumumkan juara Divisyen Dua.

Beliau meninggalkan Newcastle pada 1999 dan beliau kembali semula ke Charleroi dengan bayaran 600 ribu euro. Beliau menghabiskan semusim sebelum membuat persaraan bola sepak.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Albert telah membuat 41 penampilan untuk pasukan kebangsaan Belgium dan membuat debut pada 1987. Beliau juga telah bermain tiga daripada empat perlawanan Belgium di Piala Dunia 1994. Beliau menjaringkan gol pada perlawanan pertama menentang Belanda dan menjaringkan gol lagi pada perlawanan menentang Jerman yang menyaksikan Belgium tersingkir selepas tewas 3-2.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 25 Mac 1992 Paris, Perancis  Perancis 0–1 3–3 Persahabatan
2 3 Jun 1992 Toftir, Kepulauan Faroe  Kepulauan Faroe 0–1 0–3 Kelayakan Piala Dunia 1994
3 13 Februari 1993 Nicosia, Cyprus  Cyprus 0–3 0–3 Kelayakan Piala Dunia 1994
4 25 Jun 1994 Orlando, Amerika Syarikat  Belanda 1–0 1–0 Piala Dunia 1994
5 2 Julai 1994 Chicago, Amerika Syarikat  Jerman 3–2 3–2 Piala Dunia 1994

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Individu[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]