phpMyAdmin
phpMyAdmin | |
---|---|
Pembangun | The phpMyAdmin Project |
Pelancaran pertama | 9 September 1998 |
Versi terkini/stabil | 5.2.1 (8 Februari 2023) |
Ditulis dalam | PHP, JavaScript |
Sistem pengendalian | Cross-platform |
Tersedia dalam | Multilingual (62) |
Jenis | Web application, perisian bebas |
Genre | Pengurusan pangkalan data berasaskan web |
Lesen | GPL |
Format fail boleh ditulis | |
Format fail boleh dibaca | |
Pautan berkaitan | |
Tapak web | www.phpmyadmin.net |
Repositori | |
Pautan lain | |
sunting · sunting di Wikidata |
phpMyAdmin adalah merupakan satu program yang ditulis dalam PHP yang digunakan untuk mentadbir pangkalan data MySQL melalui Internet. Ketika ini, ia boleh mencipta dan memadan pangkalan data, mencipta/memadam/mengubah jadual dalam pangkalan data, memadam medan (komputer), melaksanakan pelbagai atur cara SQL, dan mengurus kekunci di medan.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Tobias Ratschiller, seorang konsultan IT merupakan pengasas bagi syarikat Maguma. Beliau kemudiannya mula bekerja dalam membangunkan antara muka pengguna terakhir bagi MySQL pada tahun 1998. Apabila dia berputus asa dalam projek itu pada tahun 2000 kerana kekurangan masa, phpMyAdmin sudah pun menjadi salah satu aplikasi PHP yang popular dengan komuniti pengguna dan penyumbang yang besar. Ia juga telah dimasukkan dalam pelbagai distribusi Linux
Dalam usaha untuk menguruskan bilangan penampal (komputer) yang banyak, sekumpulan tiga pembangun perisian, Olivier Müller, Marc Delisle and Loïc Chapeaux, mendaftar The phpMyAdmin Project di SourceForge and dan mengambil alih pembangunan pada tahun 2001
Keluaran
[sunting | sunting sumber]- 0.9.0 (9 September, 1998) : Keluaran dalaman yang pertama.
- 1.0.1 (26 Oktober, 1998)
- 1.2.0 (29 November, 1998)
- 1.3.1 (27 Disember, 1998) : Versi pelbagai-bahasa pertama.
- 2.1.0 (8 Jun, 2000): Keluaran terakhir pembangun asal Tobias Ratschiller.
- 2.2.0 (31 Ogos, 2001) : Keluaran stabil pertama oleh The phpMyAdmin Project.
- 2.3.0 (8 November, 2001) : Paparan pangkalan data dan jadual dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil.
- 2.5.0 (5 November, 2003) : Pengenalan kepada sistem transformasi berasaskan MIME.
- 2.6.0 (27 September, 2004) : Set karekter yang diperbaharui dan sokongan MySQL 4.1.
- 2.7.0 (4 Disember, 2005) : Keupayaan mengimport yang diperbaharui, tatarajah yang lebih mudah, pengemaskinian antaramuka pengguna, dan banyak lagi.
- 2.8.0 (6 Mac, 2006) : Kemaskini kesesuaian, melindung pangkalan data, had ingatan yang boleh diubah suai, pemasangan antaramuka web.
- 2.9.0 (20 September, 2006)
- 2.10.0 (27 Februari, 2007) : Antaramuka Pengguna Bergrafik, dipanggil Designer
Status semasa
[sunting | sunting sumber]Perisian ini terdapat dalam 52 bahasa yang berlainan (senarai bahasa), masih dikekalkan oleh The phpMyAdmin Project di bawah Olivier Müller, Marc Delisle, Alexander M. Turek, Michal Čihař dan Garvin Hicking.
Produk seumpamanya
[sunting | sunting sumber]Perisian yang sama dengannya, phpPgAdmin, membekalkan fungsi yang serupa untuk PostgreSQL. Ia pada asalnya dibangunkan berasaskan kod phpMyAdmin, tetapi pada ketika ini mempunyai kod asas yang berlainan.
Terdapat juga perisian lain yang digunakan untuk Pelayan Microsoft SQL, dipanggil phpMSAdmin. Walaupun meminjam antara muka yang serupa dengan phpMyAdmin, ia ditulis dari mula dan tidak meniru walau satu pun kod phpMyAdmin.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- The phpMyAdmin Project
- Learning SQL Using phpMyAdmin
- Documentation and FAQ (official Wiki)
- PhpMyAdmin Tutorials Diarkibkan 2008-01-19 di Wayback Machine - Learn how to use this database management system to manage the DBs.