Piala Agong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari



Rencana ini ialah mengenai kejohanan bola sepak. Untuk kejohanan ragbi, sila lihat Kejohanan Ragbi Piala Agong.
Piala Agong
Ditubuhkan 1962; 55 tahun yang lalu (1962)
Kawasan  Malaysia
Jumlah pasukan 2
Juara semasa Negeri Sembilan Negeri Sembilan (2016)[1]

Piala Agong merupakan kejohanan bola sepak yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM). Piala Agong dikurniakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada Persekutuan Bolasepak Melayu Semenanjung (nama lama PBSMM) untuk dijadikan rebutan di antara pemenang Piala Emas Raja-Raja dan pemenang Piala Agong tahun sebelumnya. Perlawanan pertama telah dilangsungkan pada tahun 1962[2].


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada awal penganjurannya, tiada format khusus yang ditetapkan kerana hanya pasukan Melayu Utara dan Melayu Selatan sahaja yang bermain. Kejohanan ini tidak diadakan pada tahun 1970, 1971, 1976 dan 1977. Mulai tahun 1978 Piala Agong telah dihidupkan semula dan dijadikan rebutan antara pasukan-pasukan yang berjaya melayakkan diri ke Pertandingan Akhir Piala Emas Raja-Raja. Pada tahun berikut dan seterusnya Johan Piala Agong bertemu dengan Johan Piala Emas Raja-Raja hinggalah tahun 1984.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatudin Al-Mu'adzam Shah telah berkenan mengurniakan Piala Agong yang baru. Oleh yang demikian satu format telah diperkenalkan pada tahun 1985 di mana empat pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir dalam Pertandingan Piala Emas Raja-Raja adalah juga berhak memasuki Pesta Bolasepak Piala Agong hingga ke tahun 1988. Pada tahun 1989 format pertandingan ini diubah lagi dan kembali seperti tahun 1978-1984 iaitu Johan Piala Agong bertemu dengan Johan Piala Emas Raja-Raja.


Keputusan Perlawanan[sunting | sunting sumber]

Piala Agong
Tahun Juara Jaringan Naib Juara
1962 Melayu Selatan 7 - 2 Melayu Utara
1963 Melayu Selatan 6 - 2 Melayu Utara
1964 Melayu Utara 3 – 0 Melayu Selatan
1965 Melayu Utara 2 - 2 Melayu Selatan
1966 Melayu Utara 3 - 3 Melayu Selatan
1967 Melayu Utara 4 - 2 Melayu Selatan
1968 Melayu Utara 2 - 1 Melayu Selatan
1969 Melayu Utara 4 - 3 Melayu Selatan
1970
1971
1972 Melayu Selatan 6 - 1 Melayu Utara
1973 Melayu Utara 3 - 2 Melayu Selatan
1974 Melayu Utara 4 - 2 Melayu Selatan
1975 Melayu Selatan 4 - 3 Melayu Utara
1976
1977
1978 Johor Johor 5 - 2 Kelantan Kelantan
1979 Kelantan Kelantan 1 - 0 Johor Johor
1980 Kelantan Kelantan 3 - 0 Pahang Pahang
1981 Singapura Singapura 3 - 1 Kelantan Kelantan
1982 Singapura Singapura 5 - 2 Wilayah Persekutuan Wilayah Persekutuan
1983 Singapura Singapura 1 - 0 Pulau Pinang Pulau Pinang
1984 Singapura Singapura 2 - 1 Malaysian Armed Forces Angkatan Tentera Malaysia
1985 Kelantan Kelantan 2 - 0 Negeri Sembilan Negeri Sembilan
1986 Wilayah Persekutuan Wilayah Persekutuan 1 - 0 Negeri Sembilan Negeri Sembilan
1987 Selangor Selangor 2 - 1 Perlis Perlis
1988 Johor Johor 2 - 1 Terengganu Terengganu
1989 Johor Johor 4 - 1 Kelantan Kelantan
1990 Johor Johor 1 - 0 Negeri Perak Perak
1991 Kelantan Kelantan 4 - 0 Johor Johor
1992 Kelantan Kelantan 1 - 0 Negeri Sembilan Negeri Sembilan
1993 Perlis Perlis 3 - 2 Kelantan Kelantan
1994 Kuala Lumpur Kuala Lumpur 3 - 0 Perlis Perlis
1995 Kelantan Kelantan 3 - 0 Kuala Lumpur Kuala Lumpur
1996 Kedah Kedah 2 - 0 Kelantan Kelantan
1997 Kedah Kedah 2 - 1 Selangor Selangor
1998 Pulau Pinang Pulau Pinang 3 - 0 Kedah Kedah
1999 Pulau Pinang Pulau Pinang 4 - 3 Malaysian Armed Forces Angkatan Tentera Malaysia
2000 Pulau Pinang Pulau Pinang 2 - 0 Terengganu Terengganu
2001 Kelantan Kelantan 2 - 1 Pulau Pinang Pulau Pinang
2002
2003
2004
2005
2006 Pahang Pahang 3 - 1 Kedah Kedah
2007 Pahang Pahang 0 - 0
5 - 4 (Penalti)
Kelantan Kelantan
2008 Johor Johor 3 - 1 Pahang Pahang
2009 Kelantan Kelantan 1 - 11 Johor Johor
2010 Perlis Perlis 4 - 0 Johor Johor
2011

1Juara bersama.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Negeri Sembilan juara Piala Agong 2016". Sinar Harian. 15 Oktober 2015. Dicapai pada 3 Mac 2017. 
  2. ^ "Perak juara Piala Agong selepas 62 tahun". Utusan Malaysia. 6 November 2013. Dicapai pada 3 Mac 2017.