Piala Dunia FIFA 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Piala Dunia FIFA 2010
2010 FIFA World Cup
Logo rasmi Piala Dunia FIFA 2010
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah  Afrika Selatan
Tarikh 11 Jun - 11 Julai
Pasukan 32 (dari 6 konfederasi)
Tempat 10 (di 9 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara  Sepanyol (Kejuaraan Ke-pertama)
Naib Juara  Belanda
Tempat Ketiga  Jerman
Tempat Keempat  Uruguay
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan 64
Jaringan gol 145 (2.27 per perlawanan)
Kehadiran 3,178,856 (49,670 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Jerman Thomas Müller
Sepanyol David Villa
Belanda Wesley Sneijder
Uruguay Diego Forlán
(5 gol)[1]
2006
2014

Piala Dunia FIFA 2010 adalah Piala Dunia FIFA ke-19, kejohanan bola sepak antarabangsa terulung di dunia. Ia telah berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai 2010 di Afrika Selatan. Inilah kali pertama kejohanan ini dianjurkan di sebuah negara Afrika, setelah Afrika Selatan menewaskan Maghribi dan Mesir dalam proses pembidaan yang melibatkan kesemua calonnya dari Afrika.

Kejohanan ini menyaksikan 736 pemain mewakili 32 pasukan yang merebut Piala Dunia dalam perlawanan yang diadakan di sepuluh buah stadium di seluruh Afrika Selatan. Pasukan-pasukan yang layak dipilih melalui proses kelayakan yang bermula pada Ogos 2007.

Kejohanan bermula pada 11 Jun dari peringkat kumpulan, di mana 32 pasukan yang layak dibahagikan kepada lapan kumpulan bergilir-gilir bertanding untuk merebut mata, iaitu dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan mara ke pusingan kedua. 16 pasukan itu mara ke peringkat kalah mati ulai 26 Jun, yang mana perlawanan yang bermarkah seri selepas tempoh biasa terpaksa dikenakan masa tambahan, dan juga sepakan penalti jika perlu, sehinggalah Perlawanan Akhir Piala Dunia, yang berlangsung pada 11 Julai di stadium Soccer City di Johannesburg.

Kejohanan ini dimenangi oleh Sepanyol yang menumpaskan finalis kali ketiga, Belanda 1–0 selepas masa tambahan, hasil jaringan Andrés Iniesta yang mengurniakan kejuaraan pertama bagi negara Sepanyol. Pasukan Afrika Selatan menjadi pasukan tuan rumah pertama yang tersingkir di peringkat kumpulan sepanjang sejarah penganjuran Piala Dunia; tidak lupa juga juara bertahan Itali dan bekas naib juara Perancis yang berentap di perlawanan akhir empat tahun lalu, turut tersingkir di pusingan pertama, manakala pasukan-pasukan terulung dari Argentina, Brazil dan Jerman terkeluar di peringkat kalah mati.

Kejohanan tahun 2010 ini menandakan kali pertama sebuah pasukan Eropah menjuarai kejohanan Piala Dunia yang dilangsungkan di luar benua tersebut, dan juga kali pertama dua pasukan Eropah berbeza berturut-turut menjuarai kejohanan. Kemenangan Sepanyol turut menambah bilangan negara juara Piala Dunia kepada lapan.

Pemilihan Tuan Rumah[sunting | sunting sumber]

Afrika telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Piala Dunia 2010, sebahagian daripada polisi baru untuk penggiliran acara tersebut di antara konfederasi bola sepak (polisi ini ditangguhkan pada Oktober 2007). Lima negara Afrika membuat bidaan untuk menganjurkan Piala Dunia 2010:

Berikutan keputusan Jawatankuasa Eksekutif FIFA tidak membenarkan tuan rumah bersama, Tunisia menarik diri dari proses pembidaan. Jawatankuasa juga membuat keputusan untuk mengetepikan bidaan Libya yang tidak dapat memenuhi syarat tercatat dalam senarai permintaan rasmi.

Selepas pusingan pertama pengundian, bidaan yang berjaya telah diumumkan oleh presiden FIFA dalam satu sidang media pada 15 Mei 2004 di Zurich. Afrika Selatan telah dianugerahkan hak penganjuran kejohanan tersebut, menewaskan Maghribi dan Mesir.[2]

Keputusan:

  1.  Afrika Selatan, 14 undi
  2.  Maghribi, 10 undi
  3. 750px-Flag of Egypt.svg.png Mesir, 0 undi

 Tunisia menarik diri pada 8 Mei 2004 selepas tuan rumah bersama tidak dibenarkan

 Libya bidaan ditolak: kerana tidak memenuhi senarai permintaan dan tuan rumah bersama tidak dibenarkan

Kelayakan[sunting | sunting sumber]

Sebagai tuan rumah, Afrika Selatan layak secara automatik untuk kejohanan. Namun, Afrika Selatan mengambil bahagian dalam kelayakan Piala Dunia kerana Kelayakan CAF adalah ia juga adalah sebahagian daripada kejohanan kelayakan untuk Piala Negara Afrika 2010. Mereka adalah tuan rumah pertama sejak 1934 yang mengambil bahagian dalam kelayakan. Seperti yang terjadi di kejohanan sebelumnya, juara bertahan tidak diberi kelayakan automatik, dan Itali mesti menyertai di pusingan kelayakan.

Undian kelayakan untuk Piala Dunia FIFA 2010 telah diadakan di Durban, Afrika Selatan, pada 25 November 2007.

Kejutan di peringkat kelayakan & kejohanan[sunting | sunting sumber]

Korea Utara melakar sejarah baru apabila layak ke piala dunia 2010 buat kali kedua dalam sejarah. Mereka kali terakhir layak ialah pada edisi 1966 di England. Mereka tewas tipis 1-2 kepada Brazil, tetapi layu ditangan Portugis 0-7 dan Ivory Coast 0-3.

New Zealand pula layak setelah memenangi pusingan play off bertemu wakil AFC, Bahrain. Nz menang aggregat 1-0, kali terakhir mereka layak edisi 1982 di Sepanyol. NZ kemudian mengejutkan ramai pihak apabila seri 1-1 dengan juara bertahan Itali, seri 1-1 Slovakia, 0-0 Paraguay. Biarpun tersingkir setelah menamatkan kedudukan di no.3 kumpulan F, mereka satu-satunya pasukan tidak kalah dalam pertandingan ini kerana juara, Sepanyol tumpas kepada Switzerland 1-0 pada perlawanan pertama.

Begitu juga dengan Honduras, satu lagi wakil Concacaf yang kali terakhir mereka layak ialah edisi 1982. Mereka juga mencipta rekod tersendiri di edisi 2010 apabila membawa 3 orang adik beradik Palacios, Jerry,Wilson,Johnny. Dimana tiada pasukan lain pernah membawa sebegitu ramai adik beradik dalam 1 pasukan ke kejohanan utama.

Uruguay yang tidak diberikan harapan tinggi memberikan prestasi terbaik dengan layak ke separuh akhir bertemu Belanda sebelum tumpas kepada Jerman di penentuan tempat ke-3 & 4. Mereka mempamerkan aksi baik meskipun terpalit insiden bola tangan Luis Suarez yang disengajakan semasa bertemu Ghana. Mereka pulang awal di edisi 2002 dan tidak layak ke edisi 2006 tetapi kali ini mereka menjadi pasukan Amerika Selatan terbaik sebagai wakil tunggal Conmebol ke separuh akhir, bilamana Argentina dibelasah 4-0 Jerman dan Brazil 1-2 Belanda.

Kemunculan Kuasa Besar Sepanyol[sunting | sunting sumber]

Sepanyol sering dilabel pasukan "underachiever" kerana mereka kerap dibarisi pemain ternama dan berkualiti tetapi keputusan yang diharapkan tidak sebegitu. Mereka tumpas tumpas kepada Nigeria pada edisi 98, tersungkur di kaki Korea Selatan pada 2002 dan tewas kepada Perancis pada 2006. Tetapi mereka membuktikan mereka bukan lagi pasukan yang sama sejak euro 2008 bilamana mereka berjaya memenangi kejohanan ulung Eropah itu. Selaku pasukan yang tidak pernah beraksi di pentas akhir dan tidak pernah memenangi piala dunia pastinya satu bebanan besar buat juara baru ini.

Perlawanan pembukaan mereka kecundang kepada Switzerland 1-0 tetapi bangkit di 2 perlawanan berikutnya 2-0 Honduras, 2-1 Chile untuk layak ke pusingan kalah mati. Bertemu seteru semenanjung Iberia mereka, Portugis bukan satu cabaran yang mudah kerana ada Cristiano Ronaldo yang merajai la liga, tapi mereka berjaya menang tipis 1-0 sebelum bertemu Paraguay di suku akhir, keputusan tipis 1-0 tercatat. Sepanyol mara ke separuh akhir bertemu Jerman, pasukan yang dibarisi bintang muda yang berpotensi. Jerman menunjukkan mereka pasukan yang bakal menyinar selepas menang mudah 4-0 keatas Australia, tewas mengejut kepada pendatang baru Serbia 0-1 sebelum menang 1-0 keatas Ghana. Mereka juga dengan tenang membelasah pasukan England yang dibarisi pemain jauh lebih senior dan berpengalaman 4-1 !! mereka semakin berbisa apabila di suku akhir mereka menang mudah keatas Argentina yang memiliki Messi,Aguero,Higuain dan Tevez 4 penyerang berbisa era itu. Tak dilupakan Diego Milito yang menyerlah semusim bersama Inter Milan 09/10. Tetapi semua itu tidak berjaya diterjemahkan ke atas padang apabila dengan mudah barisan muda Jerman menyumbat 4 gol tanpa balas keatas pasukan bimbingan Diego Maradona itu.

Sepanyol menang tipis dengan tandukan Carles Puyol menjadi faktor kemenangan mereka. Kini cuma tinggal Belanda saja yang mampu menghentikan kemaraan kuasa baru bolasepak dunia itu. Rata-rata pemain Sepanyol kali ini terdiri daripada 2 pasukan dominan dalam la liga, Barcelona (7) dan Real Madrid (5). Dibantu pemain-pemain dari kelab lain seperti Valencia (4), Sevilla (1), Athletic Bilbao (2) ,Villareal (1) dan 2 kelab Inggeris, Liverpool ( Torres & Pepe Reina )dan Arsenal ( Cesc Fabregas ).

Di final, perlawanan diheret ke masa tambahan kerana tiada gol berjaya dijaringkan. Belanda sepatutnya menyalahkan diri mereka kerana gagal memanfaatkan peluang yang ada dikala Arjen Robben mempunyai peluang 1 lawan 1 dengan Iker Casillas dia gagal menyudahkan peluang itu dengan sempurna. Mereka juga cukup bertuah kerana Nigel De Jong tidak dilayangkan kad merah kerana menerjah dada Xabi Alonso. 4 pemain Sepanyol dikepung 7 orang unit bertahan Belanda, Torres disebelah flanker kiri cuba memberi bola kepada Iniesta di flanker kanan tetapi ditolak keluar oleh ketua pasukan Rafael Van Der Vaart, bola muntah dikutip oleh Fabregas yang terkepung di tengah sebelum melorongkan ke sebelah kanan kembali kepada Iniesta yang sudah berjaya memecah perangkap Offsaid dan merembat ke penjuru gol menewaskan Marten Stekelenburg.

Ledakan gol Iniesta memecah kebuntuan dan kini Sepanyol cuma mengira detik sebelum wisel ditiup menabalkan mereka juara bolasepak dunia. Final ini pastinya menarik untuk dikenang kerana 2 pasukan ini dianggap underachiever kerana mempunyai barisan pemain mantap generasi demi generasi tetapi masih gagal mendakap piala dunia.

Senarai pasukan yang layak[sunting | sunting sumber]

32 pasukan berikut telah layak untuk kejohanan akhir.

AFC (4)
CAF (5+1)

CONCACAF (3)
CONMEBOL (5)
OFC (1)

UEFA (13)

  •      Negara yang layak untuk final Piala Dunia
  •      Negara yang gagal ke final Piala Dunia
  •      Negara yang tidak menyertai Piala Dunia
  •      Negara yang tidak mempunyai persatuan ahli FIFA
  • Biru tua: Juara  Biru muda: Naib juara  Hijau tua: Tempat ke-3  Hijau muda: Tempat ke-4  Kuning: Suku Akhir   Pic: Pusingan 16   Merah: Peringkat Kumpulan

    Tempat[sunting | sunting sumber]


    Pada 2005, pihak penganjur mengeluarkan senarai awal 12 tempat untuk penganjuran Piala Dunia:Bloemfontein, Cape Town, Durban, Johannesburg (dua tempat), Kimberley, Nelspruit, Orkney, Polokwane, Port Elizabeth, Pretoria, dan Rustenburg. Ini telah dikurangkan kepada 10 tempat[3] seperti yang diumumkan secara rasmi oleh FIFA pada 17 Mac 2006:

    Johannesburg Durban Cape Town Johannesburg
    Soccer City[4] Stadium Moses Mabhida 1 Stadium Cape Town2 Stadium Ellis Park
    26°14′5.27″S 27°58′56.47″E / 26.2347972°S 27.9823528°E / -26.2347972; 27.9823528 (Soccer City) 29°49′46″S 31°01′49″E / 29.82944°S 31.03028°E / -29.82944; 31.03028 (Moses Mabhida Stadium) 33°54′12.46″S 18°24′40.15″E / 33.9034611°S 18.4111528°E / -33.9034611; 18.4111528 (Cape Town Stadium) 26°11′51.07″S 28°3′38.76″E / 26.1975194°S 28.0607667°E / -26.1975194; 28.0607667 (Ellis Park Stadium)
    Kapasiti: 84,490 Kapasiti: 62,760 Kapasiti: 64,100 Kapasiti: 55,686
    160px
    Pretoria Port Elizabeth
    Stadium Loftus Versfeld Stadium Nelson Mandela Bay
    25°45′12″S 28°13′22″E / 25.75333°S 28.22278°E / -25.75333; 28.22278 (Loftus Versfeld Stadium) 33°56′16″S 25°35′56″E / 33.93778°S 25.59889°E / -33.93778; 25.59889 (Nelson Mandela Bay Stadium)
    Kapasiti: 42,858 Kapasiti: 42,486
    Loftus Versfeld Stadium.jpg
    Bloemfontein Polokwane Rustenburg Nelspruit
    29°07′02.25″S 26°12′31.85″E / 29.1172917°S 26.2088472°E / -29.1172917; 26.2088472 (Free State Stadium) 23°55′29″S 29°28′08″E / 23.924689°S 29.468765°E / -23.924689; 29.468765 (Peter Mokaba Stadium) 25°34′43″S 27°09′39″E / 25.5786°S 27.1607°E / -25.5786; 27.1607 (Royal Bafokeng Stadium) 25°27′42″S 30°55′47″E / 25.46172°S 30.929689°E / -25.46172; 30.929689 (Mbombela Stadium)
    Stadium Free State Stadium Peter Mokaba Stadium Royal Bafokeng Stadium Mbombela
    Kapasiti: 40,911 Kapasiti: 41,733 Kapasiti: 38,646 Kapasiti: 40,929
    145px
    • ↑1 Sebagai Stadium Durban
    • ↑2 Sebagai Stadium Green Point

    Hadiah tunai dan pembayaran kelab[sunting | sunting sumber]

    Jumlah hadiah wang tunai yang ditawarkan untuk kejohanan seperti yang disahkan oleh FIFA adalah$420 juta, iaitu 60 peratus lebih daripada kejohanan tahun 2006.[5] Sebelum perlawanan, setiap pasukan peserta akan menerima $1 jutauntuk membiayai persediaan mereka. Sebaik sahaja dalam kejohanan, pasukan yang terkeluar dari peringkat kumpulan menerima $8 juta. Selepas itu, hadiah wang tunai adalah seperti berikut:[5]

    • $9 juta – Pusingan 16
    • $18 juta – Suku akhir
    • $20 juta – Separuh akhir
    • $24 juta – Naib juara
    • $30 juta – Juara

    Buat pertama kali dalam sejarah Piala Dunia, FIFA membayar sejumlah €26 juta kelab-kelab domestik yang dianggotai oleh para pemain yang mewakili pasukan kebangsaan masing-masing di kejohanan, iaitu lebih €1,000 seorang pemain sehari.[6]

    Ini timbul ekoran persetujuan yang dicapai oleh FIFA dan kelab-kelab Eropah pada tahun 2008, untuk membubarkan kumpulan G-14 dan menarik balik tuntutan pampasan sejak tahun 2005 mengenai perbelanjaan merawat kecederaan yang dialami oleh para pemain mereka ketika berkhidmat untuk negara, seperti tuntutan Charleroi S.C. dari Belgium untuk kecederaan Abdelmajid Oulmers dari Maghribi dalam perlawanan persahabatan pada tahun 2004, dan tuntutan kelab England Newcastle United untuk kecederaan Michael Owen di Piala Dunia 2006.[7][8][9]

    Simbol[sunting | sunting sumber]

    Maskot[sunting | sunting sumber]

    Zakumi, maskot Piala Dunia FIFA 2010

    Maskot rasmi Piala Dunia FIFA 2010 ialah Zakumi, seekor harimau bintang bersifat manusia yang berambut hijau, diperkenalkan pada 22 September 2008. Namanya dipetik dari "ZA", singkatan antarabangsa untuk Afrika Selatan, dan "kumi", yang bermaksud "10" dalam pelbagai bahasa Afrika.[10] Warna hijau kuning maskot ini mencerminkan warna-warna yang dipakai oleh pasukan tuan rumah, Afrika Selatan.

    Lagu rasmi[sunting | sunting sumber]

    Lagu rasmi bagi Piala Dunia 2010 adalah "Waka Waka" dipersembahkan oleh penyanyi Colombia, Shakira dan kumpulan Freshlyground dari Afrika Selatan, dan lagu ini dinyanyikan di dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan Sepanyol.[11] Lagu ini berdasarkan sebuah lagu tradisi askar bernama Zangalewa.[12] Shakira dan Freshlyground telah mempersembahkan lagu ini semasa konsert sepakmula pra-pertandingan di Sowetopada 10 Jun 2010. Ia juga telah dinyanyikan semasa upacara pertandingan dan akan dipersembahkan pada akhir pertandingan pada 11 Julai 2010.

    Bola perlawanan[sunting | sunting sumber]

    Rencana utama: Adidas Jabulani

    bola perlawanan bagi Piala Dunia 2010, telah dibuat oleh Adidas, dan dinamakan Jabulani, bermaksud "memberi kegembiraan pada semua" di dalam bahasa bahasa Zulu. Ia adalah bola Piala Dunia kelapan dibuat oleh pembuat barangan sukan Jerman; ia menunjukkan sebelas warna, mewakilkan setiap pemain sesebuah pasukan di atas padang dan sebelas bahasa rasmi Afrika Selatan.[13][14] Sebiji bola perlawanan khas dengan panel emas, dinamakan Jo'bulani, akan digunakan pada peringkat akhir yang diadakan di Johannesburg.


    Bola ini direka menggunakan satu rekabentuk baru, yang mengandungi lapan ikatan terma, panel-panel tiga dimensi. Kesemuanya ini diacuankan secara sfera daripada etilina vinil asetat(ethylene-vinyl acetate atau nama singkatan:EVA) dan termoplastik poliuretena (thermoplastic polyurethanes - nama singkatan:TPU). Permukaan bola ditekstur dengangrooves, sebuah teknologi yang dibangunkan oleh Adidas yang dinamakanGripnGroove[15] yang bertujuan untuk meningkatkan aerodinamik bola tersebut. Rekabentuk ini telah mendapat beberapa input akademik, yang dibangunkan di dalam perkongsian dengan penyelidik dariLoughborough University, United Kingdom.[16] Bola-bola ini telah diperbuat di China, menggunakan pundi-pundi lateks di India, termoplastik poliuretena dari Taiwan, etilina vinil asetat, isotropik poliester/kapas fabrik, dan gam serta dakwat dari China.[17]

    Beberapa pemain bintang bola sepak sudah mengadu mengenai bola tersebut, mendakwa bahawa [ergerakannya sangat susah untuk diramal.[18]Penjaga gol Brazil Júlio César membandingkan bola berkenaan dengan bola "supermarket" yang lebih berpihak kepada penyerang dan berhasil menentang penjaga gol.[19]Jurulatih Argentina Diego Maradona berkata bahawa "Kita tidak akan nampak hantaran jauh di dalam Piala Dunia ini kerana bola berkenaan tidak terbang terus (We won't see any long passes in this world cup because the ball doesn't fly straight.)"[20] Walau bagaimanapun, sebilangan pemain tajaan Adidas[21][22][23][24] sudah memberi maklumbalas positif terhadap bola ini.

    Vuvuzela[sunting | sunting sumber]

    Rencana utama: Vuvuzela
    Aksi seorang peniup vuvuzela

    Semasa Piala Dunia, banyak pihak mengkritik dan mendakwa bahawa bunyi bising yang dihasilkan oleh hon-hon vuvuzela, termasuklah pemain Perancis, Patrice Evra, menyalahkan bunyi vuvuzela sebagai faktor prestasi rendah pasukannya.[25]Pengkritik-pengkritik lain termasuklah Lionel Messi, mendakwa bahawa bunyi vuvuzelas mengurangkan komunikasi di kalangan pemain di padang,[26] dan syarikat-syarikat penyiaran, mendakwa bahawa suara-suara penyiar juga telah ditenggelamkan oleh bunyi berkenaan.[27]

    Orang lain yang menyaksikan perlawanan di televisyen mendakwa bahawa kemasukan bunyi audio dari stadium hanya mengandungi bunyi vuvuzela dan bunyi semulajadi orang ramai telah ditenggelamkan.[28][29] Seorang jurucakap daripada ESPN dan rangkaian lain telah berkata bahawa mereka telah mengambil langkah untuk mengurangkan bunyi bising berkenaan pada rangkaian mereka.[30]

    Kesan kejohanan[sunting | sunting sumber]

    Sosial[sunting | sunting sumber]

    Penganjur kejohanan Danny Jordaan menafikan dakwaan bahawa serangan terhadap pasukan kebangsaan Togo yang mengambil tempat di Angola pada bulan Januari 2010, mempunyai sebarang kaitan dengan penyusunan keselamatan Piala Dunia.[31]

    Terdapat juga laporan-laporan kecurian terhadap pelancong yang datang untuk Piala Dunia. Para pelancong dari China, Portugal, Sepanyol, Korea Selatan, Jepun dan Colombia sudah menjadi mangsa jenayah berkenaan.[32]

    Pada 19 Jun 2010 selepas perlawanan di antara England dan Algeria, seorang penyokong berjaya menyusup masuk menerusi kawasan kakitangan yang dilantik FIFA di stadium Green Point dan dapat memasuki bilik persalinan pasukan England. Ia telah terjadi sebaik sahaja Putera William dan Putera Harry sudah meninggalkan bilik itu. Penceroboh berkenaan kemudian dilepaskan sebelum diserahkan kepada polis. FA Inggeris membuat aduan rasmi kepada FIFA dan menggesa agar keselamatan dipertingkatkan.[33]

    Pembuangan dan penempatan semula[sunting | sunting sumber]

    Polis patrol Blikkiesdorp, sebuah penempatan bagi pembuangan .

    Seperti acara-acara besar di seluruh dunia,[34] Piala Dunia FIFA 2010 telah dikaitkan dengan orang-orang terbuang,[35][36][37][38][39] yang banyak dakwaan adalah bermaksud untuk 'mencantikkan bandar raya', mengkagumkan pelancong yang melawat dan menyembunyikan penjual jalanan. Pada 14 Mei 2009, pergerakan penjual jalanan yang berpangkalan di Durban, Abahlali baseMjondolo telah membawa kerajaan KwaZulu-Natal ke mahkamah kerana kontroversi Akta Penyingkiran dan Pembasmian Setinggan, bermaksud untuk menyingkirkan setingan-setinggan di Afrika Selatan dan meletakkan penjual jalanan yang tidak berumah ini di perkhemahan transit dalam masa Piala Dunia 2010.[40][41]

    Satu lagi kontroversi utama yang mengelilingi persediaan Piala Dunia adalah projek perumahan N2 Gateway di Cape Town, yang merancang untuk memindahkan 20,000 residensi dari Joe Slovo Informal Settlement di sepanjang N2 Freeway yang sibuk dan membina flat-flat sewaan dan rumah-rumah di tempatnya pada masa Piala Dunia 2010.[42] NGO-NGO, organisasi hak asasi manusia, danAnti-Eviction Campaign sudah mengkritik secara umum keadaan-keadaan di dan bagaimana mereka kata ia digunakan untuk memaksa pemindahan keluarga-keluarga yang susah terutamanya untuk memberi laluan kepada Piala Dunia 2010.[39][43][44][45]

    Ekonomi[sunting | sunting sumber]

    Berapa kumpulan sudah mengalami komplikasi yang merujuk kepada acara-acara sukan berjadual, pengiklanan atau penyiaran, kerana FIFA cuba untuk memaksimakan hak kawalan media semasa Piala Dunia. Pihak-pihak yang terlibat termasuklah satu ujian ragbi antarabangsa, sebuah South African airline, dan beberapa rangkaian TV networks, semuanya terlibat di dalam pertelagahan undang-undang dengan penganjur Piala Dunia.[46][47][48]

    Semasa kejohanan itu, kumpulan pemegang tiket tidak group ticket-holders who did not utilize all tickets they were alloted, yang membawa kepada perlawanan-perlawanan pusingan awal mempunyai tempat duduk kosong sebanyak 11,000 tempat.[49]

    Penetapan kumpulan[sunting | sunting sumber]

    Proses penentuan kumpulan diadakan di Cape Town pada 4 Disember 2009.

    Kumpulan muktamad
    A B C D
     Afrika Selatan  Argentina  England  Jerman
     Mexico  Nigeria  Amerika Syarikat  Australia
     Uruguay  Korea Selatan  Algeria  Serbia
     Perancis  Yunani  Slovenia  Ghana
    E F G H
     Belanda  Itali  Brazil  Sepanyol
     Denmark  Paraguay  Korea Utara  Switzerland
     Jepun  New Zealand  Ivory Coast  Honduras
     Cameroon  Slovakia  Portugal  Chile

    Pengadil[sunting | sunting sumber]

    FIFA telah memilih para pengadil untuk mnegadili Piala Dunia:[50]

    AFC
    Arab Saudi Khalil Al Ghamdi (Arab Saudi)
    Uzbekistan Ravshan Irmatov (Uzbekistan)
    Malaysia Subkhiddin Mohd Salleh (Malaysia)
    Jepun Yuichi Nishimura (Jepun)
    CAF
    Mali Koman Coulibaly (Mali)
    Afrika Selatan Jerome Damon (Afrika Selatan)
    Seychelles Eddy Maillet (Seychelles)
    CONCACAF
    El Salvador Joel Aguilar (El Salvador)
    Mexico Benito Archundia (Mexico)
    Guatemala Carlos Batres (Guatemala)
    Mexico Marco Antonio Rodríguez (Mexico)
    CONMEBOL
    Argentina Héctor Baldassi (Argentina)
    Uruguay Jorge Larrionda (Uruguay)
    Chile Pablo Pozo (Chile)
    Colombia Óscar Ruiz (Colombia)
    Brazil Carlos Eugênio Simon (Brazil)
    Uruguay Martín Vázquez (Uruguay)

    OFC
    New Zealand Michael Hester (New Zealand)
    New Zealand Peter O'Leary (New Zealand)
    UEFA
    Portugal Olegário Benquerença (Portugal)
    Switzerland Massimo Busacca (Switzerland)
    Belgium Frank De Bleeckere (Belgium)
    Sweden Martin Hansson (Sweden)
    Hungary Viktor Kassai (Hungary)
    Perancis Stéphane Lannoy (Perancis)
    Itali Roberto Rosetti (Itali)
    Jerman Wolfgang Stark (Jerman)
    Sepanyol Alberto Undiano Mallenco (Sepanyol)
    England Howard Webb (England)

    Skuad[sunting | sunting sumber]

    Peringkat Kumpulan[sunting | sunting sumber]

    Pasukan layak untuk fasa seterusnya

    Semua masa adalah Waktu tempatan Afrika Selatan (UTC+2)

    Kumpulan A[sunting | sunting sumber]

    Pasukan
    P M S K JG GB PG Mt
     Uruguay 3 2 1 0 4 0 +4 7
     Mexico 3 1 1 1 3 2 +1 4
     Afrika Selatan 3 1 1 1 3 5 −2 4
     Perancis 3 0 1 2 1 4 −3 1


    11 Jun 2010
    Afrika Selatan Bendera Afrika Selatan 1–1  Mexico Soccer City, Johannesburg
    Uruguay Bendera Uruguay 0–0  Perancis Stadium Cape Town, Cape Town
    16 Jun 2010
    Afrika Selatan Bendera Afrika Selatan 0–3  Uruguay Stadium Loftus Versfeld, Pretoria
    17 Jun 2010
    Perancis Bendera Perancis 0–2  Mexico Stadium Peter Mokaba, Polokwane
    22 Jun 2010
    Mexico Bendera Mexico 0 – 1  Uruguay Stadium Royal Bafokeng, Rustenburg
    Perancis Bendera Perancis 1 – 2  Afrika Selatan Stadium Free State, Bloemfontein

    Kumpulan B[sunting | sunting sumber]

    Pasukan
    P M S K JG GB PG Mt
     Argentina 3 3 0 0 7 1 +6 9
     Korea Selatan 3 1 1 1 5 6 −1 4
     Yunani 3 1 0 2 2 5 −3 3
     Nigeria 3 0 1 2 3 5 −2 1


    12 Jun 2010
    Korea Selatan Bendera Korea Selatan 2–0  Yunani Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth
    Argentina Bendera Argentina 1–0  Nigeria Stadium Ellis Park, Johannesburg
    17 Jun 2010
    Argentina Bendera Argentina 4–1  Korea Selatan Soccer City, Johannesburg
    Yunani Bendera Yunani 2–1  Nigeria Stadium Free State, Bloemfontein
    22 Jun 2010
    Nigeria Bendera Nigeria 2 – 2  Korea Selatan Stadium Moses Mabhida, Durban
    Yunani Bendera Yunani 0 – 2  Argentina Stadium Peter Mokaba, Polokwane

    Kumpulan C[sunting | sunting sumber]

    Pasukan
    P M S K JG GB PG Mt
     Amerika Syarikat 3 1 2 0 4 3 +1 5
     England 3 1 2 0 2 1 +1 5
     Slovenia 3 1 1 1 3 3 0 4
     Algeria 3 0 1 2 0 2 −2 1


    12 Jun 2010
    England Bendera England 1–1  Amerika Syarikat Stadium Royal Bafokeng, Rustenburg
    13 Jun 2010
    Algeria Bendera Algeria 0–1  Slovenia Stadium Peter Mokaba, Polokwane
    18 Jun 2010
    Slovenia Bendera Slovenia 2–2  Amerika Syarikat Stadium Ellis Park, Johannesburg
    England Bendera England 0–0  Algeria Stadium Cape Town, Cape Town
    23 Jun 2010
    Slovenia Bendera Slovenia 0 – 1  England Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth
    Amerika Syarikat Bendera Amerika Syarikat 1 – 0  Algeria Stadium Loftus Versfeld, Pretoria

    Kumpulan D[sunting | sunting sumber]

    Pasukan
    P M S K JG GB PG Mt
     Jerman 3 2 0 1 5 1 +4 6
     Ghana 3 1 1 1 2 2 0 4
     Australia 3 1 1 1 3 6 −3 4
     Serbia 3 1 0 2 2 3 −1 3


    13 Jun 2010
    Serbia Bendera Serbia 0–1  Ghana Stadium Loftus Versfeld, Pretoria
    Jerman Bendera Jerman 4–0  Australia Stadium Moses Mabhida, Durban
    18 Jun 2010
    Jerman Bendera Jerman 0–1  Serbia Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth
    19 Jun 2010
    Ghana Bendera Ghana 1–1  Australia Stadium Royal Bafokeng, Rustenburg
    23 Jun 2010
    Ghana Bendera Ghana 0 – 1  Jerman Soccer City, Johannesburg
    Australia Bendera Australia 2 – 1  Serbia Stadium Mbombela, Nelspruit

    Kumpulan E[sunting | sunting sumber]

    Pasukan
    P M S K JG GB PG Mt
     Belanda 3 3 0 0 5 1 +4 9
     Jepun 3 2 0 1 4 2 +2 6
     Denmark 3 1 0 2 3 6 −3 3
     Cameroon 3 0 0 3 2 5 −3 0


    14 Jun 2010
    Belanda Bendera Belanda 2–0  Denmark Soccer City, Johannesburg
    Jepun Bendera Jepun 1–0  Cameroon Stadium Free State, Bloemfontein
    19 Jun 2010
    Belanda Bendera Belanda 1–0  Jepun Stadium Moses Mabhida, Durban
    Cameroon Bendera Cameroon 1–2  Denmark Stadium Loftus Versfeld, Pretoria
    24 Jun 2010
    Denmark Bendera Denmark 1-3  Jepun Stadium Royal Bafokeng, Rustenburg
    Cameroon Bendera Cameroon 1-2  Belanda Stadium Cape Town, Cape Town

    Kumpulan F[sunting | sunting sumber]

    Pasukan
    P M S K JG GB PG Mt
     Paraguay 3 1 2 0 3 1 +2 5
     Slovakia 3 1 1 1 4 5 −1 4
     New Zealand 3 0 3 0 2 2 0 3
     Itali 3 0 2 1 4 5 −1 2


    14 Jun 2010
    Itali Bendera Itali 1–1  Paraguay Stadium Cape Town, Cape Town
    15 Jun 2010
    New Zealand Bendera New Zealand 1–1  Slovakia Stadium Royal Bafokeng, Rustenburg
    20 Jun 2010
    Slovakia Bendera Slovakia 0-2  Paraguay Stadium Free State, Bloemfontein
    Itali Bendera Itali 1-1  New Zealand Stadium Mbombela, Nelspruit
    24 Jun 2010
    Slovakia Bendera Slovakia 3-2  Itali Stadium Ellis Park, Johannesburg
    Paraguay Bendera Paraguay 0-0  New Zealand Stadium Peter Mokaba, Polokwane

    Kumpulan G[sunting | sunting sumber]

    Pasukan
    P M S K JG GB PG Mt
     Brazil 3 2 1 0 5 2 +3 7
     Portugal 3 1 2 0 7 0 +7 5
     Ivory Coast 3 1 1 1 4 3 +1 4
     Korea Utara 3 0 0 3 1 12 −11 0


    15 Jun 2010
    Ivory Coast Bendera Ivory Coast 0–0  Portugal Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth
    Brazil Bendera Brazil 2–1  Korea Utara Stadium Ellis Park, Johannesburg
    20 Jun 2010
    Brazil Bendera Brazil 3-1  Ivory Coast Soccer City, Johannesburg
    21 Jun 2010
    Portugal Bendera Portugal 7-0  Korea Utara Stadium Cape Town, Cape Town
    25 Jun 2010
    Portugal Bendera Portugal 0-0  Brazil Stadium Moses Mabhida, Durban
    Korea Utara Bendera Korea Utara 0-3  Ivory Coast Stadium Mbombela, Nelspruit

    Kumpulan H[sunting | sunting sumber]

    Pasukan
    P M S K JG GB PG Mt
     Sepanyol 3 2 0 1 4 2 +2 6
     Chile 3 2 0 1 3 2 +1 6
     Switzerland 3 1 1 1 1 1 0 4
     Honduras 3 0 1 2 0 3 −3 1


    16 Jun 2010
    Honduras Bendera Honduras 0–1  Chile Stadium Mbombela, Nelspruit
    Sepanyol Bendera Sepanyol 0–1  Switzerland Stadium Moses Mabhida, Durban
    21 Jun 2010
    Chile Bendera Chile 1-0  Switzerland Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth
    Sepanyol Bendera Sepanyol 2-0  Honduras Stadium Ellis Park, Johannesburg
    25 Jun 2010
    Chile Bendera Chile 1-2  Sepanyol Stadium Loftus Versfeld, Pretoria
    Switzerland Bendera Switzerland 0-0  Honduras Stadium Free State, Bloemfontein

    Peringkat kalah mati[sunting | sunting sumber]

    Pusingan 16 Suku akhir Separuh akhir Perlawanan Akhir
                               
    26 Jun – Port Elizabeth            
      Uruguay  2
    2 Julai – Johannesburg
      Korea Selatan  1  
      Uruguay  1 (4)
    26 Jun – Rustenburg
        Ghana  1 (2)  
      Amerika Syarikat  1
    6 Julai – Cape Town
      Ghana  2  
      Uruguay  2
    28 Jun – Durban
        Belanda  3  
      Belanda  2
    2 Julai – Port Elizabeth
      Slovakia  1  
      Belanda  2
    28 Jun – Johannesburg
        Brazil  1  
      Brazil  3
    11 Julai – Johannesburg
      Chile  0  
      Belanda  0
    27 Jun – Johannesburg
        Sepanyol (s.m.t.)  1
      Argentina  3
    3 Julai – Cape Town
      Mexico  1  
      Argentina  0
    27 Jun – Bloemfontein
        Jerman  4  
      Jerman  4
    7 Julai – Durban
      England  1  
      Jerman  0
    29 Jun – Pretoria
        Sepanyol  1   Tempat ketiga
      Paraguay  0 (5)
    3 Julai – Johannesburg 10 Julai – Port Elizabeth
     Templat:Country data flagcountry  0 (3)  
      Paraguay  0   Uruguay  2
    29 Jun – Cape Town
        Sepanyol  1     Jerman  3
     Templat:Country data flagcountry  1
     Templat:Country data flagcountry  0  

    Pusingan 16[sunting | sunting sumber]



    27 Jun 2010
    16:00
    Jerman Bendera Jerman 4 – 1  England
    Miroslav Klose Goal 20'
    Lukas Podolski Goal 32'
    Thomas Müller Goal 67'70'
    Laporan Matt Upson Goal 37'

    27 Jun 2010
    20:30
    Argentina Bendera Argentina 3 – 1  Mexico
    Carlos Tévez Goal 26'52'
    Gonzalo Higuaín Goal 33'
    Laporan Hernández Goal 71'
    Soccer City, Johannesburg
    Penonton: 84,377
    Pengadil: Roberto Rosetti (Itali)

    28 Jun 2010
    16:00
    Belanda Bendera Belanda 2 - 1  Slovakia
    Arjen Robben Goal 18'
    Wesley Sneijder Goal 84'
    Laporan Róbert Vittek Goal 90+4' (pen.)

    28 Jun 2010
    20:30
    Brazil Bendera Brazil 3 - 0  Chile
    Juan Goal 34'
    Luís Fabiano Goal 38'
    Robinho Goal 59'
    Laporan


    29 Jun 2010
    20:30
    Sepanyol Bendera Sepanyol 1 – 0  Portugal
    David Villa Goal 63' Laporan

    Suku Akhir[sunting | sunting sumber]

    2 Julai 2010
    16:00
    Belanda Bendera Belanda 2 – 1  Brazil
    Felipe Melo Goal 53' (g.s.)
    Wesley Sneijder Goal 68'
    Laporan Robinho Goal 10'



    3 Julai 2010
    20:30
    Paraguay Bendera Paraguay 0 – 1  Sepanyol
    Laporan David Villa Goal 83'

    Separuh Akhir[sunting | sunting sumber]


    7 Julai 2010
    20:30
    Jerman Bendera Jerman 0 – 1  Sepanyol
    Laporan Carles Puyol Goal 73'

    Tempat ketiga[sunting | sunting sumber]

    Perlawanan Akhir[sunting | sunting sumber]

    Perlawanan akhir diadakan pada 11 Julai 2010 di Soccer City, Johannesburg. Sepanyol menewaskan Belanda 1–0, melalui gol masa tambahan oleh Andrés Iniesta.[52] Kemenangan ini memberikan Sepanyol gelaran Piala Dunia pertama mereka.[53]

    11 Julai 2010
    20:30
    Belanda Bendera Belanda 0 – 1 (s.m.t.)  Sepanyol
    Laporan Andres Iniesta Goal 116'
    Soccer City, Johannesburg
    Penonton: 84,490
    Pengadil: Howard Webb (England)[51]

    Pemenang[sunting | sunting sumber]

     Juara Piala Dunia FIFA 2010 
    Bendera Sepanyol
    Sepanyol
    Juara Pertama

    Kedudukan Akhir[sunting | sunting sumber]

    Tidak lama selepas akhir, FIFA telah mengeluarkan kedudukan terakhir setiap pasukan dalam kejohanan itu. Kedudukan itu berdasarkan kemajuan dalam pertandingan itu, keputusan keseluruhan dan kualiti pihak lawan. Semua 32 kedudukan pasukan berdasarkan kriteria yang telah digunakan oleh FIFA. Kedudukan terakhir adalah seperti berikut:[54]

    R Pasukan K P M S K JG GB PG Mt
    1  Sepanyol H 7 6 0 1 8 2 +6 18
    2  Belanda E 7 6 0 1 12 6 +6 18
    3  Jerman D 7 5 0 2 16 5 +11 15
    4  Uruguay A 7 3 2 2 11 8 +3 11
    Tersingkir di Suku Akhir
    5  Argentina B 5 4 0 1 10 6 +4 12
    6  Brazil G 5 3 1 1 9 4 +5 10
    7  Ghana D 5 2 2 1 5 4 +1 8
    8  Paraguay F 5 1 3 1 3 2 +1 6
    Tersingkir di Pusingan 16
    9  Jepun E 4 2 1 1 4 2 +2 7
    10  Chile H 4 2 0 2 3 5 −2 6
    11  Portugal G 4 1 2 1 7 1 +6 5
    12  Amerika Syarikat C 4 1 2 1 5 5 0 5
    13  England C 4 1 2 1 3 5 −2 5
    14  Mexico A 4 1 1 2 4 5 −1 4
    15  Korea Selatan B 4 1 1 2 6 8 −2 4
    16  Slovakia F 4 1 1 2 5 7 −2 4
    Tersingkir di Peringkat Kumpulan
    17  Ivory Coast G 3 1 1 1 4 3 +1 4
    18  Slovenia C 3 1 1 1 3 3 0 4
    19  Switzerland H 3 1 1 1 1 1 0 4
    20  Afrika Selatan A 3 1 1 1 3 5 −2 4
    21  Australia D 3 1 1 1 3 6 −3 4
    22  New Zealand F 3 0 3 0 2 2 0 3
    23  Serbia D 3 1 0 2 2 3 −1 3
    24  Denmark E 3 1 0 2 3 6 −3 3
    25  Yunani B 3 1 0 2 2 5 −3 3
    26  Itali F 3 0 2 1 4 5 −1 2
    27  Nigeria B 3 0 1 2 3 5 −2 1
    28  Algeria C 3 0 1 2 0 2 −2 1
    29  Perancis A 3 0 1 2 1 4 −3 1
    30  Honduras H 3 0 1 2 0 3 −3 1
    31  Cameroon E 3 0 0 3 2 5 −3 0
    32  Korea Utara G 3 0 0 3 1 12 −11 0

    Rujukan[sunting | sunting sumber]

    1. ^ "Golden Boot". FIFA. Dicapai 10 Julai 2010. 
    2. ^ "Host nation of 2010 FIFA World Cup - South Africa". FIFA. 2004-05-15. Dicapai 2006-01-08.  Check date values in: |date= (bantuan)
    3. ^ "locations 2010 in Google Earth". Dicapai 11 July 2007. 
    4. ^ http://www.fifa.com/worldcup/destination/stadiums/stadium=5007759/index.html
    5. ^ a b "Record prize money on offer at World Cup finals only increases pain for Irish". London: The Times. 2009-12-04. Diarkibkan daripada asal pada 2009-12-09. Dicapai 2009-12-09. 
    6. ^ "World Cup finalists guaranteed at least €6m". Irish Times. 2009-12-04. Diarkibkan daripada asal pada 2009-12-10. Dicapai 2009-12-10. 
    7. ^ "Fifa are adding insult to injury". The Journal. 1 March 2007. Dicapai 3 July 2009. 
    8. ^ "G14 starts legal fight with Fifa". BBC Sport. 2005-09-06. Diarkibkan daripada asal pada 2009-12-31. Dicapai 2009-12-31. 
    9. ^ "G-14 football group is disbanded". BBC Sport. 2008-02-15. Diarkibkan daripada asal pada 2009-12-31. Dicapai 2009-12-31. 
    10. ^ "Leopard takes World Cup spotlight". BBC Sport. 22 September 2008. Dicapai 23 September 2008. 
    11. ^ "Shakira records official FIFA World Cup 2010 song". Shakira.com. 26 April 2010. Dicapai 5 June 2010. 
    12. ^ "Shakira, Waka waka (This time for Africa)". Musik Infos. Dicapai 5 June 2010. 
    13. ^ "Meet Jabulani: 2010 World Cup Match Ball". The New York Times. 4 December 2009. Dicapai 4 December 2009. 
    14. ^ "2010 World Cup Jabulani Adidas ball". Shine2010. 4 December 2009. Dicapai 6 December 2009. 
    15. ^ "Jabulani Official World Cup Ball Review". Soccer Cleats 101. 13 January 2010. Dicapai 12 January 2010. 
    16. ^ "adidas Jabulani Official Match Ball of the 2010 FIFA World Cup". Dicapai 29 January 2010. 
    17. ^ "adidas unveils 'Jabulani' the Official Match Ball of the 2010 FIFA World CupTM". Dishtracking.com. 2009. Dicapai 5 June 2010. 
    18. ^ "Designer defends World Cup ball". ESPN Soccernet. 14 June 2010. Dicapai 14 June 2010. 
    19. ^ "Julio Cesar calls Jabulani 'supermarket ball'". The Soccer Room. 28 Mei 2010. Dicapai 21 June 2010. 
    20. ^ ball is reason Messi is struggling, says Maradona Mirror Football, 25 June 2010
    21. ^ "adidas". Chelsea FC. Dicapai 17 June 2010. 
    22. ^ "Players Dislike Adidas World Cup Ball". Soccer FanHouse. Dicapai 17 June 2010. 
    23. ^ "Adidas XI vs Nike XI: Which Brand Has the Best Football Team?". The Offside. Dicapai 17 June 2010. 
    24. ^ "Ricardo Kaka Endorsements". Ricardo Kaka. 26 October 2009. Dicapai 21 June 2010. 
    25. ^ "World Cup 2010: South Africa ponders vuvuzela ban". BBC Sport. 13 June 2010. Dicapai 13 June 2010. 
    26. ^ DPA (13 June 2010). "It is impossible to communicate, it's like being deaf: Messi". The Hindu. Dicapai 13 June 2010. 
    27. ^ AFP (14 Jun 2010). "World Cup organiser mulls vuvuzela ban". Google. Diarkibkan daripada asal pada 14 Jun 2010. Dicapai 18 Jun 2010. 
    28. ^ Valenti, Elio (13 June 2010). "Buzz off, vuvuzelas!". New York Post. 
    29. ^ Van Buskirk, Eliot (18 June 2010). "Should World Cup Broadcasters Mute Vuvuzela Horns?". Wired.com. Condé Nast Digital. Dicapai 22 June 2010. 
    30. ^ "Organizers consider silencing vuvuzelas". ESPN Soccernet. 14 Jun 2010. Dicapai 14 June 2010. 
    31. ^ "World Cup boss Danny Jordaan allays security concerns". BBC Sport. 9 January 2010. Dicapai 9 January 2010. 
    32. ^ "Foreigners robbed in South Africa ahead of World Cup". Xinhua News. 11 June 2010. Dicapai 13 June 2010. 
    33. ^ "World Cup 2010: Police hunt angry fan who entered England dressing room". The Daily Telegraph. Telegraph Media Group. 19 June 2010. Dicapai 19 June 2010. 
    34. ^ "Hallmark Events and Evictions". Worldpress. 7 Februari 2008. 
    35. ^ David Smith (12 Jun 2009). "World Cup 2010: Football brings defining moment for South Africa". The Guardian. UK. Dicapai 5 Jun 2010. 
    36. ^ Alan CowellWorld Cup Whose Meaning Goes Beyond Soccer New York Times, 28 Disember 2009
    37. ^ "'Economic cleansing' in BBC's World Cup backyard, Stewart Maclean". The Independent. UK. 22 Mac 2010. Dicapai 5 Jun 2010. 
    38. ^ Mohammed AllieSouth Africans fight eviction for World Cup car park BBC News 2 Jun 2010
    39. ^ a b Kicked Out for the Cup? Christopher Worth Newsweek, 4 Jun 2010
    40. ^ "Shack Dwellers Fight Demolition in S. Africa Court". OneWorld.net. 15 Mei 2009. 
    41. ^ "Pooh-slinging Slums Act showdown at Con Court". Mail & Guardian Online. 16 Mei 2009. 
    42. ^ "The Reverse Side of the Medal: About the 2010 FIFA World Cup and the Beautification of the N2 in Cape Town". Urban Forum. Springer Link. 10 February 2009. 
    43. ^ Smith, David (1 April 2010). "Life in 'Tin Can Town' for the South Africans evicted ahead of World Cup". Guardian. London. Dicapai 23 April 2010. 
    44. ^ "Centre on Housing Rights and Evictions ask City to reconsider Symphony Way's eviction to Blikkiesdorp". Pambazuka News. 8 October 2009. 
    45. ^ Brooks, Courtney (3 December 2009). "Homeless S. Africans complain ahead of World Cup". Fox News. Associated Press. Dicapai 25 June 2010. 
    46. ^ "Boks' France Test moved?". SAPA. 30 November 2009. Dicapai 19 Mac 2010. 
    47. ^ "Kulula to continue with World Cup ad campaign". SAPA. 19 Mac 2010. Dicapai 19 Mac 2010. 
    48. ^ "Hear Us Roar: 2010 World Cup Broadcast Rights". "REACH" by the Singapore Government's Ministry of Community Development, Youth and Sports (MCYS). 6 Mei 2008. Dicapai 12 Mei 2010. 
    49. ^ "Empty seats concern FIFA but attendances stay high". Reuters Africa. 15 June 2010. 
    50. ^ "Referees". FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. Dicapai 11 February 2010. 
    51. ^ a b "Referee designations: matches 63 – 64". FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. 8 Julai 2010. Dicapai 8 Julai 2010. 
    52. ^ Jonathan Stevenson (11 Julai 2010). "Netherlands 0–1 Spain". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. Dicapai 11 Julai 2010. 
    53. ^ James Dall (11 Julai 2010). "World domination for Spain". Sky Sports. BSkyB. Dicapai 11 Julai 2010. 
    54. ^ "England slip to worst Cup ranking". BBC News. 13 July 2010. Dicapai 1 December 2011. 

    Pautan luar[sunting | sunting sumber]