Piala Emas Raja-Raja
![]() | |
Badan penganjuran | Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia |
---|---|
Ditubuhkan | 1922 |
Kawasan | ![]() ![]() |
Jumlah pasukan | 16 - 19 |
Juara semasa | ![]() |
![]() |
Tahun kejohanan | |
---|---|
Piala Emas Raja-Raja (singkatan: PERR) merupakan kejohanan bola sepak yang dikendalikan oleh Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia. Ianya telah dilangsungkan sejak tahun 1922, dengan beberapa siri perubahan berkaitan dengan nama kejohanan. Berbeza dengan Piala Malaysia, pasukan yang menyertai kejohanan PERR biasanya terdiri daripada pasukan negeri yang dikendalikan oleh persatuan bola sepak Melayu di negeri masing-masing. Terdapat juga pasukan bola sepak bukan negeri yang menyertai kejohanan ini. Edisi 2022 merupakan edisi kali ke-100 kejohanan ini, dan dimenangi oleh pasukan bola sepak Melayu Selangor[1].
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Piala Emas Raja-Raja sebelum ini dikenali sebagai Piala Emas Sultan-sultan[2]. Kejohanan ini mula dipertandingkan pada tahun 1922 hingga 1946 yang pada awalnya dikendalikan oleh Persatuan Agri-Hortikultural Malaya (MAHA), selepas itu ditaja oleh Puncak Niaga pada tahun 2009-2010, dan ditaja oleh syarikat Indonesia, Bank Mandiri, pada tahun 2011-2012. Piala Emas Raja-Raja ini telah dihadiahkan oleh kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Al-Marhum Sultan Alang Iskandar Shah Kudusullah, Kebawah Duli Yang maha Mulia Sultan Selangor, Al-Marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah Atikullah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Marhum Sultan Abdullah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad.
Mulai tahun 1947, kejohanan Piala Emas Raja-Raja ini telah dianjurkan oleh Persekutuan Bolasepak Melayu Semenanjung. Kini, nama Persekutuan Bolasepak Melayu Semenanjung telah ditukar kepada nama baru iaitu Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia.
Peraturan kejohanan[sunting | sunting sumber]
Bermula saingan Piala Emas Raja-Raja 2017, pasukan yang bertanding hendaklah mendaftar sekurang-kurangnya lima orang pemain di bawah usia 21 tahun, dengan dua daripadanya wajib bermain selama 90 minit[3]. Selain itu, pasukan tidak dibenarkan mendaftar pemain yang sedang bermain di Liga Super Malaysia dan Liga Premier Malaysia[3].
Bermula saingan Piala Emas Raja-Raja 2022 pula, hanya pemain di bawah umur 25 tahun dengan maksimum seramai lima orang pemain lebih dari usia 25 tahun sahaja dibenarkan didaftarkan oleh pasukan yang bertanding[4].
Rekod kejohanan[sunting | sunting sumber]
Kedudukan akhir[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ a b c Hashim, Firdaus (4 Disember 2021). "Piala Emas Raja-Raja kembali diadakan tahun depan". Harian Metro. Dicapai pada 5 Januari 2023.
- ^ "Lawatan Melayu Perak". Berita Harian. 2 Ogos 1957. m/s. 8. Dicapai pada 5 Januari 2023.
- ^ a b "Piala Agong: Pahang-N.Sembilan Janji Aksi Terbaik". MStar. 11 September 2017. Dicapai pada 6 Januari 2023.
- ^ Zainal, Zuraimee (1 Oktober 2022). "Piala Emas Raja-Raja edisi 100 singkap tirai". Sinar Harian. Dicapai pada 6 Januari 2023.