Piala Emirates

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Piala Emirates
A coloured photograph of the Arsenal squad standing on a podium, celebrating their fourth win.
Arsenal menyambut kemenangan mereka setelah memenangi Piala Emirates 2015.
Ditubuhkan2007
Jumlah pasukan4
Juara semasaArsenal (gelaran ke-5)
Kelab paling berjayaArsenal (gelaran ke-5)
Laman sesawangLaman rasmi
Edisi 2017

Piala Emirates ialah pertandingan bola sepak undangan pramusim yang dihoskan oleh kelab bola sepak Inggeris Arsenal di Stadium Emirates, London. Pertandingan dua hari tersebut telah dirasmikan pada tahun 2007 dan dinamakan sempena penaja utama Arsenal, Emirates.[1] Pertandingan itu diadakan pada setiap musim panas kecuali pada tahun 2012 (disebabkan oleh Sukan Olimpik) dan 2016 (kerana kerja pengubahsuaian padang).

Pertandingan tersebut mengikuti sistem pemarkahan mata seperti Kejohanan Amsterdam, di mana setiap pasukan bermain untuk dua perlawanan, dengan tiga mata jika menang dalam perlawanan, satu mata untuk seri dan tiada mata jika tewas.[2] Mata tambahan diberikan untuk setiap gol yang dijaringkan; ia dimansuhkan pada tahun 2011,[3] tetapi diwujudkan semula sejak edisi 2013.[4] Dari tahun 2009, jumlah jaringan pada sasaran di sepanjang pertandingan telah digunakan sebagai pematah seri jika pasukan-pasukan memperoleh keputusan seri dari segi mata, perbezaan gol dan gol yang dijaringkan.[5]

Arsenal memenangi edisi pertama pertandingan pada 2007, dan kemudiannya menang pada tahun 2009, 2010, 2015 dan terbaru 2017. Empat lagi pasukan yang pernah memenangi Piala Emirates ialah Hamburg pada 2008, New York Red Bulls pada 2011, Galatasaray pada 2013 dan Valencia pada 2014. Paris Saint-Germain merupakan pasukan tetamu paling kerap, telah diundang untuk bertanding dalam pertandingan untuk tiga edisi di mana pasukan ini pernah mendapat kedudukan kedua sebanyak dua kali.

Kejohanan[sunting | sunting sumber]

Edisi Tahun Pemenang Catatan
Juara Naib juara Tempat ke-3 Tempat ke-4
1 2007 Arsenal Paris Saint-Germain Valencia Inter Milan [6]
2 2008 Hamburg Real Madrid Arsenal Juventus [7]
3 2009 Arsenal Rangers Atlético Madrid Paris Saint-Germain [8]
4 2010 Arsenal Lyon Celtic Milan [9]
5 2011 New York Red Bulls Paris Saint-Germain Arsenal Boca Juniors [10]
6 2013 Galatasaray Porto Arsenal Napoli [11]
7 2014 Valencia Arsenal Monaco Benfica [12]
8 2015 Arsenal Villarreal Wolfsburg Lyon [13]
9 2017 Arsenal Sevilla RB Leipzig Benfica

Prestasi mengikut pasukan[sunting | sunting sumber]

Pasukan Pemenang Jumlah
Juara Naib juara Tempat ke-3 Tempat ke-4
Arsenal 5 1 3 &
9
Valencia 1 &
1 &
2
Hamburg 1 &
&
&
1
New York Red Bulls 1 &
&
&
1
Galatasaray 1 &
&
&
1
Paris Saint-Germain &
2 &
1 3
Lyon &
1 &
1 2
Real Madrid &
1 &
&
1
Rangers &
1 &
&
1
Porto &
1 &
&
1
Villarreal &
1 &
&
1
Sevilla &
1 &
&
1
Atlético Madrid &
&
1 &
1
Celtic &
&
1 &
1
Monaco &
&
1 &
1
Wolfsburg &
&
1 &
1
RB Leipzig &
&
1 &
1
Benfica &
&
&
2 2
Inter Milan &
&
&
1 1
Juventus &
&
&
1 1
Milan &
&
&
1 1
Boca Juniors &
&
&
1 1
Napoli &
&
&
1 1

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The" (dalam bahasa Inggeris). Emirates. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 April 2016. Dicapai pada 18 Jun 2016.
  2. ^ "Emirates Cup – Competition rules & regulations" (dalam bahasa Inggeris). Arsenal F.C. 27 Julai 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Jun 2016. Dicapai pada 18 Jun 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ "Emirates Cup 2011 – Rules and Regulations" (dalam bahasa Inggeris). Arsenal F.C. 29 Julai 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mac 2016. Dicapai pada 18 Jun 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "Emirates Cup returns for summer 2013" (dalam bahasa Inggeris). Arsenal F.C. 15 Mei 2013. Dicapai pada 18 Jun 2016.
  5. ^ "Wenger – Goals galore at the" (dalam bahasa Inggeris). Arsenal F.C. 28 Julai 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2016. Dicapai pada 18 Jun 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ Saaid, Hamdan (10 September 2015). "Emirates Cup 2007". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation (RSSSF). Dicapai pada 18 Jun 2016.
  7. ^ Saaid, Hamdan (10 September 2015). "Emirates Cup 2008". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation (RSSSF). Dicapai pada 18 Jun 2016.
  8. ^ Ciullini, Pablo (10 September 2015). "Emirates Cup 2009". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation (RSSSF). Dicapai pada 18 Jun 2016.
  9. ^ Ciullini, Pablo (10 September 2015). "Emirates Cup 2010". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation (RSSSF). Dicapai pada 18 Jun 2016.
  10. ^ Ciullini, Pablo (10 September 2015). "Emirates Cup 2011". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation (RSSSF). Dicapai pada 18 Jun 2016.
  11. ^ Ciullini, Pablo (10 September 2015). "Emirates Cup 2013". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation (RSSSF). Dicapai pada 18 Jun 2016.
  12. ^ Ciullini, Pablo (10 September 2015). "Emirates Cup 2014". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation (RSSSF). Dicapai pada 18 Jun 2016.
  13. ^ Ciullini, Pablo (10 September 2015). "Emirates Cup 2015". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation (RSSSF). Dicapai pada 18 Jun 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]