Piala Tun Sharifah Rodziah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Piala Tun Sharifah Rodziah
NegaraMalaysia Malaysia
KonfederasiAFC
Ditubuhkan1976; 48 tahun yang lalu (1976)
Bilangan pasukan8 (pada 2022)
Juara semasaMelaka United
(gelaran ke-3)
Kejuaraan terbanyakSabah
(11 gelaran)
Tapak sesawangpengurusanbolasepakfam.org.my/ptsr2017
Piala Tun Sharifah Rodziah 2022

Piala Tun Sharifah Rodziah (bahasa Inggeris: Tun Sharifah Rodziah Cup) ialah kejohanan bola sepak wanita di Malaysia. Ia ditubuhkan pada 1976 sebagai pertandingan bola sepak wanita yang dipertandingkan oleh pasukan-pasukan di seluruh Malaysia.[1] Pertandingan itu diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pertandingan bola sepak wanita telah diadakan di Malaysia sejak tahun 1960.[2] Musim julung kali diadakan itu dipertandingkan oleh empat pasukan dari Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Trofi pertandingan hanya diperkenalkan pada tahun 1961, disumbangkan oleh Straits Times.

Persatuan Bola Sepak Wanita Malaysia (PBWM) telah didaftarkan secara rasmi pada Disember 1974, dan presiden pertama ialah Tun Sharifah Rodziah. Kejohanan yang sesuai telah diadakan secara rasmi pada tahun 1976 apabila PBWM memperkenalkan kejohanan bola sepak wanita, Piala Tun Sharifah Rodziah. Trofi baharu disumbangkan oleh Tunku Abdul Rahman untuk musim kejohanan sulung. Format piala mengikut format Piala Malaysia pada tahun itu, dan perlawanan di tempat sendiri dan tempat lawan telah diperkenalkan untuk kejohanan itu. Sebanyak lapan pasukan bersaing: Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Singapura.

Piala itu diadakan secara konsisten sehingga 2004, dan kemudiannya tidak diadakan selama 11 tahun. Ia membuat kemunculan semula pada 2015 untuk edisi ke-28.[3] Sebanyak sepuluh pasukan mengambil bahagian dalam musim kebangkitan kejohanan itu.[4] Musim 2015 dimenangi oleh MISC-MIFA.[5][6][7] Pada 2016, MISC-MIFA mempertahankan kejuaraan mereka dengan memenangi piala buat kali kedua.[8][9][10]

12 pasukan menyertai kejohanan edisi 2017 di mana pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan. Pemenang pergi kepada Sarawak.

Pada tahun 2018, kejohanan ini disertai oleh 8 pasukan dan masih menggunakan format kumpulan.[11] Perlawanan akhir itu dimenangi oleh Kedah buat kali pertama sejak kelab mereka menyertai kejohanan ini dengan menewaskan Melaka dengan 2 gol dalam masa 90 minit.

Pasukan[sunting | sunting sumber]

Di bawah adalah senarai pasukan yang bertanding dalam kejohanan mengikut tahun.[8][12]

2022[sunting | sunting sumber]

2019[sunting | sunting sumber]

2018[sunting | sunting sumber]

2017[sunting | sunting sumber]

2016[sunting | sunting sumber]

Pemenang[sunting | sunting sumber]

Di bawah adalah senarai juara sejak piala pertama kali diadakan pada 1976.[2]

Tahun Juara Naib Juara Jaringan
1976 Singapura Singapura Negeri Sembilan Negeri Sembilan
1977 Singapura Singapura Perak Perak
1978 Singapura Singapura Selangor Selangor
1979 Singapura Singapura Perak Perak
1980 Singapura Singapura Melaka Melaka United Dikongsi
1981 Singapura Singapura Negeri Sembilan Negeri Sembilan Dikongsi
1982 Selangor Selangor Singapura Singapura 0–0
1983 Singapura Singapura
1984 Johor Johor
1985 Selangor Selangor
1986 Johor Johor Selangor Selangor Dikongsi
1987 Johor Johor
1988 Sabah Sabah
1989 Johor Johor
1991 Sabah Sabah Johor Johor
1992 Sabah Sabah Perak Perak 3–0
1993 Sabah Sabah Negeri Sembilan Negeri Sembilan 2–1
1994 Sabah Sabah PDRM 4–0
1995 Sabah Sabah Kuala Lumpur Kuala Lumpur City 3–0
1996 Sabah Sabah Kuala Lumpur Kuala Lumpur City 2–0
1997 Sabah Sabah Kuala Lumpur Kuala Lumpur City 2–1
1998 Sabah Sabah PDRM
1999 PDRM Kuala Lumpur Kuala Lumpur
2000 PDRM Sabah Sabah
2002 PDRM Sabah Sabah
2003 Sabah Sabah PDRM
2004 Sabah Sabah PDRM
2015 Malaysia MISC-MIFA Sabah Sabah 1–1 (3–2 penalti)
2016 Malaysia MISC-MIFA Sabah Sabah 3–2
2017 Sarawak Sarawak United Kedah Kedah Darul Aman 1–0
2018 Kedah Kedah Darul Aman Melaka Melaka United 2–0
2019 Melaka Melaka United Kedah Kedah Darul Aman 0–0 (3–1 penalti)
2020-21 dibatalkan kerana pandemik COVID-19
2022 Melaka Melaka United Negeri Sembilan Negeri Sembilan 1–0

Prestasi oleh kelab[sunting | sunting sumber]

# Kelab Juara Naib Juara
1 Sabah Sabah
11
4
2 Singapura Singapura
8
1
3 Johor Johor
4
1
4 PDRM
3
4
5 Selangor Selangor
3
2
6 Melaka Melaka United
2
1
7 Malaysia MISC
2
8 Negeri Sembilan Negeri Sembilan
1
3
9 Kedah Kedah Darul Aman
1
1
10 Sarawak Sarawak United
1
11 Kuala Lumpur Kuala Lumpur City
4
12 Perak Perak
3

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Piala Tun Sharifah Rodziah: Sabah Yakin Pertahan Gelaran". mStar. 29 July 2015. Dicapai pada 28 February 2018.
  2. ^ a b "Sejarah kejohanan bola sepak wanita Piala Tun Sharifah Rodziah". Football Association of Malaysia. Dicapai pada 28 February 2018.
  3. ^ "Sabah tekad pertahan kejuaraan Piala Tun Sharifah Rodziah". Football Association of Malaysia. Dicapai pada 28 February 2018.
  4. ^ "Saingan Piala Tun Sharifah Rodziah bermula esok". Berita Harian. 1 August 2015. Dicapai pada 28 February 2018.
  5. ^ "MISC-MIFA beat Sabah to lift Tun Sharifah Rodziah Cup". The Star. 8 August 2015. Dicapai pada 28 February 2018.
  6. ^ "MIFA rampas Piala Tun Sharifah Rodziah". Utusan Malaysia. 9 August 2015. Dicapai pada 28 February 2018.
  7. ^ Zulhilmi Zainal (13 April 2016). "Borneo sides advance to Tun Sharifah Rodziah Cup semis". Goal.com. Dicapai pada 28 February 2018.
  8. ^ a b Fixo (2016). "Kejohanan Bola Sepak Wanita Piala Tun Sharifah Rodziah". Arena Futsal Malaysia. Dicapai pada 28 February 2018.
  9. ^ "MISC pertahan Piala Tun Sharifah Rodziah". Football Association of Malaysia. Dicapai pada 28 February 2018.
  10. ^ K. Rajan (16 April 2016). "MISC-MIFA retain Piala Tun Sharifah Rodziah". The Star. Dicapai pada 28 February 2018.
  11. ^ "PREVIU PIALA TUN SHARIFAH RODZIAH 2018 YANG BERMULA SABTU, 3 NOVEMBER 2018". Football Association of Malaysia. Dicapai pada 15 July 2019.
  12. ^ "Pasukan Piala Tun Sharifah Rodziah 2019" (PDF). fam.org.my.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]