Piala Uber

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Piala Uber
Musim ini, persaingan atau edisi:
Current sports event Piala Thomas & Uber 2016
Uber cup.jpg
Sukan Badminton
Ditubuhkan 1957
Bil. pasukan 16
Negara Negara-negara anggota BWF
Juara lalu  China (Gelaran ke-14)
Juara terbanyak  China (14 Gelaran)


Piala Uber

Piala Uber ialah sebuah trofi yang dianugerahkan kepada pasukan badminton wanita terbaik di dunia. Piala ini didermakan oleh H.S. Uber, seorang pemain badminton wanita dari England pada tahun 1956-1957. Pertandingan badminton bagi berpasukan lelaki pula dikenali sebagai Piala Thomas.

Pusingan kalah mati menentukan juara, lima perlawanan (3 perseorangan dan 2 beregu) pada setiap satu peringkat. Pasukan pertama yang berjaya memenangi 3 perlawanan pertama mara ke pusingan berikutnya.

Mulai tahun 1984, kejohanan ini diadakan bersama-sama dengan kejohanan Piala Thomas di lokasi dan masa yang sama.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pertandingan Piala Uber yang pertama telah diadakan di Lytham St. Annes di Lancashire, Britain, pada tahun 1957. Hal ini adalah kerana timbul desakan supaya dianjurkan satu kejohanan antarabangsa bagi wanita seperti Piala Thomas. Pasukan dari Amerika Syarikat memenangi kejohanan terbabit selepas menewaskan Denmark 6-1 pada peringkat akhir. Piala Uber diadakan setiap tiga tahun sehinggalah tahun 1984. Mulai tahun 1986 kejohanan ini dianjurkan setiap dua tahun. Cuma empat negara iaitu Amerika Syarikat, Jepun, China, dan Indonesia yang berjaya memenangi piala ini.

Keputusan[sunting | sunting sumber]

Mengenai Piala Uber[sunting | sunting sumber]

1957 - 1981[sunting | sunting sumber]

Tahun Tuan rumah Akhir
Juara Mata Naib juara
1957
England
Lancashire, England
Bendera Amerika Syarikat
Amerika Syarikat
6–1 Bendera Denmark
Denmark
1960
Amerika Syarikat
Philadelphia, Amerika Syarikat
Bendera Amerika Syarikat
Amerika Syarikat
5–2 Bendera Denmark
Denmark
1963
Amerika Syarikat
Wilmington, Amerika Syarikat
Bendera Amerika Syarikat
Amerika Syarikat
4–3 Bendera England
England
1966 New Zealand
Wellington, New Zealand
Bendera Jepun
Jepun
5–2 Bendera Amerika Syarikat
Amerika Syarikat
1969 Jepun
Tokyo, Jepun
Bendera Jepun
Jepun
6–1 Bendera Indonesia
Indonesia
1972 Jepun
Tokyo, Jepun
Bendera Jepun
Jepun
6–1 Bendera Indonesia
Indonesia
1975 Indonesia
Jakarta, Indonesia
Bendera Indonesia
Indonesia
5–2 Bendera Jepun
Jepun
1978 New Zealand
Auckland, New Zealand
Bendera Jepun
Jepun
5–2 Bendera Indonesia
Indonesia
1981 Jepun
Tokyo, Jepun
Bendera Jepun
Jepun
6–3 Bendera Indonesia
Indonesia

1984 - 1988[sunting | sunting sumber]

Tahun Tuan rumah Akhir Tempat ketiga
Juara Mata Naib juara Tempat ketiga Mata Tempat keempat
1984 Malaysia
Kuala Lumpur, Malaysia
Bendera Republik Rakyat China
China
5–0 Bendera England
England
Bendera Korea Selatan
Korea Selatan
5–0 Bendera Denmark
Denmark
1986 Indonesia
Jakarta, Indonesia
Bendera Republik Rakyat China
China
3–2 Bendera Indonesia
Indonesia
Bendera Korea Selatan
Korea Selatan
3–2 Bendera Jepun
Jepun
1988 Malaysia
Kuala Lumpur, Malaysia
Bendera Republik Rakyat China
China
5–0 Bendera Korea Selatan
Korea Selatan
Bendera Indonesia
Indonesia
5–0 Bendera Jepun
Jepun

Selepas 1990[sunting | sunting sumber]

Tahun Tuan rumah Perlawanan Akhir Separuh akhir
Juara Mata Naib juara
1990 Jepun
Nagoya & Tokyo, Jepun
Bendera Republik Rakyat China
China
3–2 Bendera Korea Selatan
Korea Selatan
Bendera Indonesia
Indonesia
Bendera Jepun
Jepun
1992 Malaysia
Kuala Lumpur, Malaysia
Bendera Republik Rakyat China
China
3–2 Bendera Korea Selatan
Korea Selatan
Bendera Sweden
Sweden
Bendera Indonesia
Indonesia
1994 Indonesia
Jakarta, Indonesia
Bendera Indonesia
Indonesia
3–2 Bendera Republik Rakyat China
China
Bendera Sweden
Sweden
Bendera Korea Selatan
Korea Selatan
1996 Hong Kong
Hong Kong
Bendera Indonesia
Indonesia
4–1 Bendera Republik Rakyat China
China
Bendera Korea Selatan
Korea Selatan
Bendera Denmark
Denmark
1998 Hong Kong
Hong Kong, China SAR
Bendera Republik Rakyat China
China
4–1 Bendera Indonesia
Indonesia
Bendera Denmark
Denmark
Bendera Korea Selatan
Korea Selatan
2000 Malaysia
Kuala Lumpur, Malaysia
Bendera Republik Rakyat China
China
3–0 Bendera Denmark
Denmark
Bendera Korea Selatan
Korea Selatan
Bendera Indonesia
Indonesia
2002 Republik Rakyat China
Guangzhou, China
Bendera Republik Rakyat China
China
3–1 Bendera Korea Selatan
Korea Selatan
Bendera Belanda
Belanda
Bendera Hong Kong
Hong Kong
2004 Indonesia
Jakarta, Indonesia
Bendera Republik Rakyat China
China
3–1 Bendera Korea Selatan
Korea Selatan
Bendera Jepun
Jepun
Bendera Denmark
Denmark
2006
Butiran
Jepun
Sendai & Tokyo, Jepun
Bendera Republik Rakyat China
China
3–0 Bendera Belanda
Belanda
Bendera Jerman
Jerman
Bendera Taipei Cina
Taipei Cina
2008
Butiran
Indonesia
Jakarta, Indonesia
Bendera Republik Rakyat China
China
3–0 Bendera Indonesia
Indonesia
Bendera Korea Selatan
Korea Selatan
Bendera Jerman
Jerman
2010
Butiran
Malaysia
Kuala Lumpur, Malaysia
Bendera Korea Selatan
Korea Selatan
3–1 Bendera Republik Rakyat China
China
Bendera Jepun
Jepun
Bendera Indonesia
Indonesia
2012
Butiran
Republik Rakyat China
Wuhan, China
Bendera Republik Rakyat China
China
3–0 Bendera Korea Selatan
Korea Selatan
Bendera Thailand
Thailand
Bendera Jepun
Jepun
2014
Butiran
India
New Delhi, India
Bendera Republik Rakyat China
China
3–1 Bendera Jepun
Jepun
Bendera India
India
Bendera Korea Selatan
Korea Selatan
2016
Butiran
Republik Rakyat China
Kunshan, China
Bendera Republik Rakyat China
China
3–1 Bendera Korea Selatan
Korea Selatan
Bendera India
India
Bendera Jepun
Jepun

Pasukan yang berjaya[sunting | sunting sumber]

Walaupun begitu, hanya 5 negara yang pernah merangkul kejuaraan Piala Uber yang mana China muncul sebagai pasukan paling berjaya dengan 14 gelaran, diikuti oleh Jepun (5 gelaran), Indonesia (3 gelaran), Amerika Syarikat (3 gelaran) dan Korea Selatan (1 gelaran). Piala Uber hanya dikuasai penuh oleh dua benua iaitu ; Asia dan Amerika Utara.

Pasukan Juara Naib juara
 China 14 (1984, 1986, 1988, 1990, 1992, 1998, 2000, 2002*, 2004, 2006, 2008, 2012*, 2014, 2016*) 3 (1994, 1996, 2010)
 Jepun 5 (1966, 1969*, 1972*, 1978, 1981*) 2 (1975, 2014)
 Indonesia 3 (1975*, 1994*, 1996) 7 (1969, 1972, 1978, 1981, 1986*, 1998, 2008*)
 Amerika Syarikat 3 (1957, 1960*, 1963*) 1 (1966)
 Korea Selatan 1 (2010) 7 (1988, 1990, 1992, 2002, 2004, 2012, 2016)
 Denmark 3 (1957, 1960, 2000)
 England 2 (1963, 1984)
 Belanda 1 (2006)
* = tuan rumah

Penyertaan pasukan[sunting | sunting sumber]

Peta menunjukkan negara yang layak minimum sekali ke saringan akhir dalam sejarah Piala Thomas

Dua puluh satu pasukan telah melakukan penyertaan dalam Piala Thomas minimum sekali selepas kejohanan 2008. Secara geografi, Asia mempunyai sepuluh pasukan yang mara ke saringan akhir, diikuti oleh Eropah dengan enam pasukan. Amerika dan Oseania memiliki dua pasukan yang layak sementara Afrika Selatan merupakan satu-satunya pasukan yang layak yang mewakili zon Afrika.

23 kali
19 kali
17 kali
14 kali
11 kali
10 kali
8 kali
7 kali
6 kali
5 kali
4 kali
2 kali
1 kali

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]