Pierre Coffin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pierre Coffin
Pierre Coffin 2017.jpg
Coffin di Festival Filem Animasi Antarabangsa Annecy 2017
Kelahiran Pierre-Louis Padang Coffin
(1967-03-15) 15 Mac 1967 (umur 50)
Perancis
Warganegara Perancis
Pekerjaan Animator, pengarah filem, pelakon suara
Terkenal kerana Suara Minions dalam francais Despicable Me
Tandatangan
Pierre Coffin signature.svg

Pierre-Louis Padang Coffin atau Pierre Coffin (lahir 15 Mac 1967)[1] merupakan seorang animator, pengarah filem dan pelakon suara Perancis. Beliau terkenal kerana mengarahkan bersama Chris Renaud, filem-filem di dalam francais Despicable Me sebagai suara Minions, yang memenangi beliau Anugerah Kids Family di Anugerah Seiyu ke-10.[2]

Kehidupan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Coffin dilahirkan di Perancis, kepada Yves Coffin, seorang diplomat Perancis, dan Nh. Dini (Nurhayati Srihardini Siti Nukatin), seorang penulis dan feminis Indonesia. Beliau telah dilatih di sekolah animasi Goelins di Paris dan mula bekerja di Amblimation, kemudahan 2D berpusat, di mana beliau bekerja untuk filem We're Back! A Dinosaur's Story yang mana Steven Spielberg merupakan penerbit eksekutif. Beliau kemudiannya bermula sebagai animator bebas di studio CGI Perancis Ex Machina di mana beliau bekerja sebagai animator dan akhirnya menjadi penyelia animasi. Kerjaya sutradara Coffin bermula dengan filem pendek bertajuk Pings pada 1997.[3] Beliau kemudiannya bermula untuk berkolaborasi dengan membuat iklan bersama Passion Pictures Paris dan Mac Guff. Beliau mencipta watak Pat & Stan untuk siri TV TF1. Pada 2010 beliau melengkapkan, bersama Chris Renaud, filem animasi cetera CGI Despicable Me untuk Universal.

Coffin mengarahkan Despicable Me (2010) dan Despicable Me 2 (2013), bersama Renaud, dan spin-off Despicable Me', Minions (2015) dan Despicable Me 3 (2017), bersama Kyle Balda.[4]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Pengarah Penulis Penerbit Peranan suara Catatan
1993 We're Back! A Dinosaur's Story Artis In-Between
2003 Gary's Day Ya Filem pendek
2010 Despicable Me[5] Ya Tim the Minion, Bob the Minion, Mark the Minion, Phil the Minion, Stuart the Minion
2010 Home Makeover Ya Ya Filem pendek dimuatkan dalam DVD dan Blu-ray Despicable Me
2010 Orientation Day Ya Ya Filem pendek dimuatkan dalam DVD dan Blu-ray Despicable Me
2010 Banana Ya Ya Filem pendek dimuatkan dalam DVD dan Blu-ray Despicable Me
2011 Brad & Gary[6][7] Ya Brad Filem pendek
2013 Despicable Me 2[5] Ya Kevin the Minion, Bob the Minion, Stuart the Minion, Additional Minions, Evil Minions
2015 Minions[5] Ya The Minions
2017 Despicable Me 3[8] Ya Mel and the Minions
TBA Flanimals[9] Ya

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Pengarah Penulis Penerbit Catatan
2004-2009 Pat & Stan Ya Pencipta

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pierre Coffin". Premiere. Dicapai pada July 4, 2017. 
  2. ^ "Yoshitsugu Matsuoka, Inori Minase Win 10th Annual Seiyū Awards". animenewsnetwork.com. Dicapai pada 5 June 2017. 
  3. ^ "Despicable Me 2 Production Notes" (PDF). Despicable Me. Dicapai pada July 10, 2013. 
  4. ^ Fleming, Mike (July 24, 2012). "Illumination And Universal Hatch 'Despicable Me' Spinoff About The Minions". Deadline. Dicapai pada July 23, 2012. 
  5. ^ a b c "Pierre Coffin". Behind The Voice Actors. Dicapai pada 5 June 2017. 
  6. ^ "Brad & Gary (2011) Review". Designing Geek. April 18, 2012. Dicapai pada June 30, 2013. 
  7. ^ "Brad & Gary". Seattle International Film Festival. Dicapai pada June 30, 2013. 
  8. ^ Donnelly, Matt (April 13, 2016). "Trey Parker Joins Voice Cast of 'Despicable Me 3'". The Wrap. Dicapai pada June 19, 2016. 
  9. ^ Heath, Paul (February 4, 2011). "Q+A: Chris Meledandri on Despicable Me, Illumination Entertainment and upcoming projects including 'Hop' and 'Flanimals'". The Hollywood News. Dicapai pada June 30, 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]