Pierre Richard-Willm

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pierre Richard-Willm
Kelahiran
Pierre-Alexandre Richard

(1895-11-03)3 November 1895
Meninggal dunia12 April 1983(1983-04-12) (umur 87)
Paris, Perancis
Laman web rasmihttp://richardwillm.free.fr/

Pierre Richard-Willm (3 November 1895 – 12 April 1983) merupakan pelakon Perancis semasa 1930an dan 1940an.[1]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Richard-Willm dilahirkan di Bayonne, Perancis. Ibu beliauHis mother, Elisabeth-Fanny Willm, meninggal dunia ketika berusia tiga puluh satu tahun, dan beliau dibesarkan oleh neneknya. Beliau telah menghadiri Beaux-Arts School, di Nantes pada 1913 dan 1914, kemudian pada 1916 beliau menyertai tentera, dan berperang ketika Perang Dunia Kedua. Selepas perang tamat, beliau telah menjadi pemahat dan pada tahun 1921, beliau mula memegang watang dalam pementasan.

Filem pertama beliau adalah Toute sa vie, arahan Alberto Cavalcanti, diikuti oleh Les Vacances du diable, Daughter of the Regiment, Le Grand Jeu, dan watak popular beliau sebagai Edmond Dantès menerusi The Count of Monte Cristo.

Selepas bersara dari lakonan, pada 1950an, beliau mengarahkan Théâtre du Peuple.

Pada tahun 1975, beliau menerbitkan autobiografi beliau sendiri, Loin des Étoiles.

Richard-Willm meninggal dunia di Paris, dan telah dikebumikan di Bussang, Vosges.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Euskadiko Filmategia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-11. Dicapai pada 2017-03-27.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]