Pihak Berikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pihak Bersekutu Perang Dunia II
Bangsa-Bangsa Bersatu
Perikatan ketenteraan

1939–1945
 

 
Warsaw Pact Logo.svg


Negara yang diduduki dengan kerajaan dalam buangan:


Bekas Kuasa Paksi atau rakan perang:
Ibu negara Not specified
Struktur politik Perikatan ketenteraan
Era sejarah Perang Dunia II
 •  Diasaskan 1939
 •  Dibubarkan 1945
FIAV historical.svg "Bendera Kehormat Bangsa-Bangsa Bersatu", digunakan sebagai simbol Sekutu masa perang, 1943–1948
Three men, Chiang Kai-shek, Roosevelt and Churchill, sitting together elbow to elbow
Para pemimpin Bersekutu Kancah Asia dan Pasifik: Generalisimo Chiang Kai-shek, Franklin D. Roosevelt, dan Winston Churchill bertemu di Persidangan Kaherah pada 1943
Presiden Amerika Franklin D. Roosevelt dan Perdana Menteri British Winston Churchill dan para penasihat mereka di Persidangan Casablanca, 1943

Pihak Bersekutu Perang Dunia II, dipanggil Bangsa-Bangsa Bersatu dari Deklarasi 1 Januari 1942, adalah negara-negara yang bersama menentang Kuasa Paksi semasa Perang Dunia Kedua (1939–1945). Pihak Bersekutu menonjolkan perikatan ini sebagai usaha untuk menghentikan pencerobohan Jerman, Jepun dan Itali.

Pada permulaan perang 1 September 1939, pihak Sekutu terdiri daripada Perancis, Poland dan United Kingdom, serta negara tanggungan, seperti British India. Dalam beberapa hari mereka telah disertai oleh Dominion merdeka Komanwel British: Australia, Kanada, New Zealand dan Afrika Selatan.[1] Selepas bermulanya pencerobohan Jerman ke atas Utara Eropah sehingga Kempen Balkan, Belanda, Belgium, Greece dan Yugoslavia menyertai pihak Sekutu. Mula-mula berkerjasama dengan Jerman dalam Pencerobohan Poland dan masa yang sama kekal berkecuali dalam konflik Bersekutu-Paksi, Soviet Union terus menyertai pakatan Bersekutu pada Jun 1941 selepas di serang oleh Jerman. Pihak Amerika Syarikat menyediakan materiel peperangan dan wang di sepanjang masa, dan secara rasmi menyertainya pada Disember 1941 selepas Jepun menyerang Pearl Harbor. China telahpun berada dalam perang berpanjangan dengan Jepun sejak Insiden Jambatan Lugou tahun 1937, tetapi secara rasmi menyertai pihak Sekutu pada tahun 1941.

Perikatan itu telah dimuktamadkan oleh Deklarasi oleh Bangsa-Bangsa Bersatu, dari 1 Januari 1942. Bagaimanapun, nama Bangsa-Bangsa Bersatu jarang digunakan bagi menamakan pihak Bersekutu semasa perang. Para pemimpin "Tiga Pembesar" – UK, Soviet Union, dan Amerika Syarikat – mengawal strategi Bersekutu; hubungan antara United Kingdom dan Amerika Syarikat adalah begitu rapat. China dan Tiga Pembesar dirujuk sebagai "pemegang amanah yang kuat",[2] kemudian dikenali sebagai "Empat Pembesar" Bersekutu dalam Deklarasi oleh Bangsa-Bangsa Bersatu[3] dan kemudian sebagai "Empat Polis" Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pada tahun 1945, negara-negara Bersekutu menjadi asas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Davies 2006, pp 150–151.
  2. ^ Doenecke, Justus D.; Stoler, Mark A. (2005). Debating Franklin D. Roosevelt's foreign policies, 1933–1945. Rowman & Littlefield. 
  3. ^ Hoopes, Townsend, and Douglas Brinkley. FDR and the Creation of the U.N. (Yale University Press, 1997)
  4. ^ Ian C. B. Dear and Michael Foot, eds. The Oxford Companion to World War II (2005), pp 29, 1176

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]