Pihak Berkuasa Am Hal Ehwal Islam dan Wakaf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pihak Berkuasa Am Hal Ehwal Islam dan Wakaf
الهيئة العامة للشؤون الإسلامية والأوقاف
Lambang Emiriah Arab Bersatu
Intisari agensi
Dibentuk9 Oktober 2006; 17 tahun yang lalu (2006-10-09)
JenisAgensi Kerajaan
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Agensi Kerajaan
Agensi induk
Kabinet Emiriah
Laman sesawang
https://www.awqaf.gov.ae/

Pihak Berkuasa Am Hal Ehwal Islam dan Wakaf (Arab: الهيئة العامة للشؤون الإسلامية والأوقاف, bahasa Inggeris: General Authority of Islamic Affairs and Endowments) atau AWQAF merupakan agensi berkaitan agama Islam di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang bertanggungjawab terhadap urusan pentadbiran agama Islam dan hal ehwal wakaf di negara berkenaan.

Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Presiden UAE, Syeikh Khalifa bin Zayed Al Nahayan meluluskan Undang-undang No. 34/2006 dengan meminda Undang-undang No. 29/1999 pada 9 Oktober 2006 dan menubuhkan Pihak Berkuasa Am Hal Ehwal Islam dan Wakaf, atau AWQAF.

Peranan[sunting | sunting sumber]

AWQAF turut berperanan untuk mengembangkan kesedaran agama, mengurus masjid dan pusat hafazan al-Quran, mengatur urusan haji dan umrah, dan menyediakan khidmat masyarakat. Ia mempunyai beberapa jabatan dan pusat bagi menjalankan peranan yang diberikan iaitu :

  • Jabatan Dakwah - yang menyelia urusan pengajaran agama, khutbah serta ceramah.
  • Jabatan Haji dan Umrah
  • Jabatan Masjid
  • Pusat Hafazan al-Quran
  • Majlis Fatwa UAE
  • Jabatan Penyelidikan dan Pemantauan Penerbitan Agama

Majlis Fatwa UAE[sunting | sunting sumber]

Semenjak ditubuhkan, AWQAF menerima panggilan daripada rakyat UAE untuk menjawab isu-isu berkaitan agama Islam. Rentetan daripada peningkatan permintaan dan bagi menawarkan perkhidmatan yang lebih luas, Majlis Fatwa UAE ditubuhkan di bawah AWQAF pada Mei 2008. Majlis ini dirasmikan oleh Syeikh Saif bin Zayed Al Nahayan, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri UAE pada 28 Ogos 2008 bersamaan 27 Syaaban 1429H[1].

Perkembangan[sunting | sunting sumber]

Fatwa berkaitan pandemik COVID-19[sunting | sunting sumber]

Penjarakan fizikal ketika solat

Majlis Fatwa UAE memutuskan “tidak ada masalah untuk memakai pelitup muka semasa solat, dan dalam suasana timbulnya rasa takut dari merebaknya wabak, maka dibolehkan bagi mereka yang mendirikan solat secara berjamaah untuk melakukan penjarakan di dalam saf dengan mengikut apa yang telah disarankan oleh badan kesihatan yang berautoriti.”[2]

Fatwa mengenai kebenaran untuk tidak berpuasa pada Ramadan

Mesyuarat maya Majlis Fatwa UAE yang dipengerusikan Sheikh Abdullah Bayyah memutuskan bahawa pesakit COVID-19 dibenarkan untuk tidak berpuasa pada bulan Ramadan, manakal umat Islam yang sihat tetap wajib berpuasa[3].

Fatwa berkaitan astronomi[sunting | sunting sumber]

Fatwa mengenai pengembaraan sehala ke Marikh

Majlis Fatwa UAE mengeluarkan larangan kepada umat Islam daripada mempromosi atau terlibat dalam pengembaraan sehala ke planet Marikh. Ia berpendapat pengembaraan sehala itu mendatang bahaya dan tidak dibenarkan dalam Islam. Fatwa ini dikeluarkan selepas lebih 500 warga Arab termasuk dari Arab Saudi dilaporkan mendaftar untuk menyertai satu misi mencari angkasawan untuk tinggal di Marikh[4].

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Official Fatwa Center". General Authority of Islamic Affairs and Endowments. 27 Februari 2018. Dicapai pada 23 November 2020.
  2. ^ Dr. Mohd Aizam bin Mas'od (2020). "Pendapat Tokoh Ulama dan Badan Beroutoriti Agama Dunia berkenaan hukum menjarakkan saf bagi mengekang penularan COVID-19". Al-Bayan : Isu Penjarakan Fizikal Semasa Solat Berjemaah di Masjid dan Surau (PDF). Putrajaya: Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). m/s. 32.
  3. ^ Agensi (20 April 2020). "Pesakit Covid-19 dibenarkan tidak puasa". Harian Metro. Dicapai pada 23 November 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ Astro Awani (21 Februari 2014). "Majlis fatwa UAE haramkan umat Islam sertai misi ke Marikh". Astro Awani. Dicapai pada 23 November 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)