Pilihan raya Parlimen Scotland 2021
![]() | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kesemua 129 kerusi di Parlimen Scotland 65 kerusi diperlukan untuk majoriti | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pengundi hadir | FPTP – 63.0% ▲ 7.6% Senarai – 63.0% ▲7.6% | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() Sisi kiri menunjukkan pemenang bagi bahagian pilihan raya mengikut warna parti mereka. Sisi kanan menunjukkan pemenang kawasan pilihan raya bagi anggota-anggota tambahan mengikut warna parti mereka. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pilihan raya Parlimen Scotland 2021 berjalan pada 6 Mei 2021[1] di bawah peruntukan Akta Scotland 1998. Semua 129 anggota Parlimen Scotland (MSP) dipilih dalam pilihan raya keenam selepas parlimen ditubuhkan semula pada 1999. Pilihan raya ini berlangsung serentak dengan pilihan raya-pilihan raya tempatan United Kingdom, Perhimpunan London dan Parlimen Wales serta pilihan raya kecil Hartlepool.
Kempen pilihan raya ini bermula pada 25 Mac 2021 semasa pandemik COVID-19 yang berlaku di Scotland, walaupun Parlimen secara rasminya tidak terbubar sehinggalah 5 Mei, sehari sebelum pilihan raya.[2] Parti-parti utama yang bertanding untuk pilihan raya ini ialah Parti Kebangsaan Scotland (SNP) yang diketuai oleh Menteri Pertama Nicola Sturgeon, Konservatif Scotland yang diketuai oleh Douglas Ross, Buruh Scotland yang diketuai oleh Anas Sarwar, Demokrat Liberal Scotland yang diketuai oleh Willie Rennie, dan Parti Hijau Scotland yang diketuai oleh pemimpin bersama Patrick Harvie dan Lorna Slater. Daripada lima parti tersebut, dua telah berubah pemimpin sejak pilihan raya 2016.
Beberapa parti baru juga telah ditubuhkan sejak pilihan raya lepas termasuklah Reformasi UK yang diketuai oleh Michelle Ballantyne, Parti Alba yang diketuai oleh mantan Menteri Pertama dan ketua SNP Alex Salmond serta Satu untuk Perpaduan yang diketuai oleh George Galloway. Parti-parti politik ini hanya bertanding untuk kerusi-kerusi dalam senarai kawasan.
SNP berjaya memperoleh Edinburgh Pusat, Ayr dan Lothian Timur, serta memenangi bahagian terbesar undi popular dan jumlah kerusi pilihan raya terbanyak dalam mana-mana pilihan raya Parlimen Scotland, dengan memperoleh 85% kerusi bahagian pilihan raya.[3] Parti Hijau memenangi 8 kerusi, keputusan terbaik dalam pilihan raya Parlimen Scotland, dan Konservatif Scotland mengekalkan 31 buah kerusi.[4] Kedua-dua SNP dan Parti Hijau yang menyokong kemerdekaan, berjaya memenangi 72 daripada 129 buah kerusi di Parlimen. Keputusan ini dilihat sebagai kejayaan besar untuk SNP.
Jumlah yang keluar mengundi mencecah rekod 63.0%, iaitu yang tertinggi dalam pilihan raya Parlimen Scotland.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pilihan raya-pilihan raya lain di United Kingdom yang berjalan pada hari yang sama:
- Pilihan raya Parlimen Wales 2021
- Pilihan raya Perhimpunan London 2021
- Pilihan raya Datuk Bandar London 2021
- Pilihan raya tempatan United Kingdom 2021
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Scottish Elections (Dates) Act 2016". legislation.gov.uk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Mei 2016.
- ^ "Holyrood to stop sitting on March 25 ahead of Scottish election". www.scotsman.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Mac 2021.
- ^ "Scottish election 2021: Will the SNP win a majority? Seven key questions the Scottish Parliament vote will answer". www.msn.com (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Jack Aitchison (9 Mei 2021). "Scottish election results: SNP are biggest party with 64 seats" (dalam bahasa Inggeris). The Herald. Dicapai pada 9 Mei 2021.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Pilihan raya 2021 Diarkibkan 2021-04-23 di Wayback Machine di laman sesawang Parlimen Scotland