Pilihan raya umum Thailand 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pilihan raya Thailand 2010)
Pilihan raya umum Thailand 2011

← 2007 3 Julai 2011 2014 →

Kesemua 500 kerusi Dewan Perwakilan Thailand
  Parti pertama Parti kedua
 
Pemimpin Yingluck Shinawatra Abhisit Vejjajiva
Parti Pheu Thai Demokratik
Pemimpin sejak 16 Mei 2011 6 Mac 2005
Pilihan raya
lepas
Tidak bertanding 164 seats, 30.30%
Kerusi yang
dimenangi
265 159
Perubahan kerusi 265 5

Perdana Menteri sebelum pilihan raya

Abhisit Vejjajiva
Demokrat

Perdana Menteri

Yingluck Shinawatra
Pheu Thai


Sebuah pilihan raya umum berlangsung di seluruh Thailand pada hari Ahad, 3 Julai 2011, atas Dekri Diraja untuk Membubarkan Dewan Perwakilan, BE 2554 (2011) yang menyebabkan pembubaran Dewan Perwakilan pada 10 Mei 2011.[1]

Cadangan bagi mengadakan pilihan raya pada 14 November 2010 pernah diusulkan dahulu,[2] tetapi terpaksa ditangguhkan. Pengisytiharan Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva agar mengadakan pilihan raya itu timbul ekoran pergolakan selama berbulan-bulan oleh Barisan Bersatu untuk Demokrasi Menentang Kediktatoran (UDD) atau penyokong "Baju Merah" bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra. Pihak pembangkang nyata meluahkan sokongan bagi rancangan itu, tetapi lebih mengehendaki bahawa parlimen dibubarkan.[3]

Dengan peratusan kehadiran pengundi tersenarai pada 66%,[4] Parti Pheu Thai yang populis mendapat kuasa politik majoriti dengan 265 kerusi,[5] sementara ketua parti ini, Yingluck Shinawatra menjadi perdana menteri wanita pertama dalam sejarah Thailand.[6] Parti Demokrat pula menjadi parti pembangkang utama dengan 159 kerusi.[5]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Tinjauan eksit mendapati bahawa Parti Pheu Thai memenangi pilihan raya terang-terangan dengan meraih majoriti kerusi.[7][8]

Menurut keputusan awal, Pheu Thai memenangi 265 kerusi (204 berasaskan kawasan + 61 senarai parti), Demokrat 159 (115 + 44), Bhumjai Thai 34 (29 + 5), Chartthaipattana 19 (15 + 4), Palung Chon 7 (6 + 1), Chart Pattana Puea Pandin 7 (5 + 2), Cinta Thailand 4 (senarai parti sahaja), Matubhum 2 (1 + 1), Demokrat Baru 1 (senarai parti) dan Mahachon (senarai parti).[5] Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva sungguhpun telah mengakui kekalahan kepada Parti Puea Thai lalu mengucapkan syabas kepada Ms. Shinawatra sebagai Perdana Menteri yang baharu.[6]

Menurut perangkaan awal dari Suruhanjaya Pilihan Raya, kadar kehadiran pengundi tersenarai ialah 65.99%.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Thai elections likely to be held on July 3". News.asiaone.com. 7 May 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-11. Dicapai pada 4 Julai 2011.
  2. ^ "Asia-Pacific – Thai red shirts accept peace offer". Al Jazeera English. Dicapai pada 5 Mei 2010.
  3. ^ By Thanyarat Doksone (AP) – one day ago. "Thai protesters welcome PM's offer, want details". Google. The Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-07. Dicapai pada 5 Mei 2010.
  4. ^ a b "Unofficial voter turnout 65.99%". Bangkok Post. 3 Julai 2011. Dicapai pada 3 Julai 2011.
  5. ^ a b c "General Election 2011". Bangkok Post. 3 Julai 2011. Dicapai pada 3 Julai 2011.
  6. ^ a b "Yingluck Shinawatra set to be Thailand's first female premier". CNN. 3 Julai 2011. Dicapai pada 3 Julai 2011.
  7. ^ "Thai opposition appears set for victory". CBC News. 3 Julai 2011. Dicapai pada 3 July 2011.
  8. ^ "Landslide victory for allies of ousted Thai leader in exit polls". The Daily Telegraph. 3 July 2011. Dicapai pada 3 Julai 2011.