Pilihan raya Turki 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pilihan raya Turki 2011 diadakan pada hari Ahad, 12 Julai 2011 dengan keputusan Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AKP) kembali berkuasa buat kali ke-3. Pilihan raya Turki kali ke-34 itu memilih 550 kerusi parlimen .

Referandum Perlembagaan 2010 telah diadakan . Parti AKP berharap Perlembagaan Turki dapat diubah selepas pilihan raya. Suruhanjaya Pilihan raya Turki mengumumkan seramai 27 parti politik akan bertanding dalam pilihan raya tersebut.

Namun parti pimpinan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan masih gagal mendapat sasaran majoriti 2/3 yang hendak merombak Perlembagaan Turki.[1] Parti itu kurang 4 kerusi untuk mendapat 300 kerusi majoriti bagi merombak Perlembagaan Turki ke arah lebih Islamik. Namun keputusan itu amat cemerlang bagi mana-mana parti politik dalam sejarah Turki.[Turki Tolak Bebaskan Jenderal Pemenang Pemilu Parlemen]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

AKP meraih 49.9 peratus undi dan memperbaiki keputusan Pilihan raya Turki 2002. AKP adalah pasti Islam bercorak liberal dan demokratik. Pendekatan ini bagi mengelakkan AKP diharamkan .

AKP berhajat merombak Perlembagaan Turki supaya tiada lagi legasi rampasan kuasa tentera sebagaimana tahun 1980. Perlembagaan baru lebih liberal dan mendapat sokongan Kesatuan Eropah. Namun Kesatuan Eropah masih sangsi dan enggan menerima kemasukan Turki walaupun selepas perlembagaan dirombak. Turki masih dilabel sebagai negara Islam dan tidak menepati jati diri Eropah. Sejak sekian lama Turki mengamalkan demokrasi , liberalisme dan [sekularisme]] .

Erdogan jelas menyokong perjuangan Palestin dan menyokong pendirian Iran yang dimusuhi Barat. Malah Erdogan hendak melawat Gaza dalam rangka lawatannya ke Mesir.

Mengurangkan legasi tentera Turki[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Februari 2010, tentera sekali lagi cuba merampas kuasa. Polis Turki berjaya menahan 50 komander tentera kerana merancang untuk meletupkan masjid, mencetuskan rampasan kuasa dan menggulingkan kerajaan berteraskan Islam. 40 pegawai tentera kanan itu yang digelar 'Pasha' - satu gelaran yang dihormati semasa Empayar Ottoman. Sejak Mustafa Kemal Ataturk 1960 , tentera sekular Turki telah menyingkirkan 4 kerajaan dan mewujudkan republik.[2] Mahkamah mengarahkan tujuh pegawai dipenjarakan sementara menunggu perbicaraan.Ekoran itu, mata wang lira jatuh ke paras terendah.

Pada 30 Julai 2011, Ketua Tentera Turki, Jeneral Isik Kosaner bersama ketua tentera udara, darat dan laut meletak jawatan selepas berunding dan bertelagah dengan parti AKP berhubung kenaikan pangkat beberapa jeneral yang disyaki mempunyai plot untuk menentang kerajaan. Tentera telah berunding dengan Perdana Menteri, Reccep Tayyip Erdogan tetapi gagal mencapai kerjasama.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]