Pilihan raya kecil Bukit Batok 2016

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pilihan raya kecil Bukit Batok 2016

← 2015 7 Mei 2016 (2016-05-07) Akan datang →

Kerusi SMC Bukit Batok di Parlimen Singapura
Terdaftar25,727
Pengundi hadir24,224 (94.16%) 0.08%
  Parti pertama Parti kedua
 
Calon Kumjan Muralidharan Pillai Chee Soon Juan
Parti PAP SDP
Undian popular 14,452 9,150
Peratusan 61.23% 38.77%
Peralihan undi 11.79% 12.39%

Peta SMC Bukit Batok

Anggota Parlimen sebelum sebelum pilihan raya

David Ong Kim Huat (berhenti)
Parti Tindakan Rakyat

Terpilih

K. Murali Pillai
PAP

Pilihan raya kecil (PRK) Bukit Batok 2016 merupakan pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum Singapura ke-12 (PRU ke-12).[1] Adapun PRK ini juga menjadi PRK kesembilan yang diadakan di Singapura sesudah kemerdekaan pada Ogos 1965. Pilihan raya kecil ini diadakan selepas David Ong Kim Huat meletak jawatan pada 12 Mac akibat skandal sulit antara dirinya dengan Wendy Lim, sukarelawan akar umbi PAP. Pada 20 April 2016, Presiden Tony Tan Keng Yam setuju untuk keluarkan writ pilihan raya sesudah diminta oleh Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean untuk menggelar PRK.[2] Pada 27 April, Murali Pillai dan Chee Soon Juan secara rasmi dinyatakan sebagai calon oleh Jabatan Pilihan Raya (ELD). Pilihan raya kecil ini berlangsung pada 7 Mei 2016 dengan sembilan tempat mengundi di Bukit Batok ditambah sepuluh tempat mengundi yang tersebar di luar negeri. Murali Pillai mempertahankan posisi partinya dengan memenangkan 14,452 undian. Ia mempertahankan 5,302 undian majoriti dari Dr Chee Soon Juan.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Calon[sunting | sunting sumber]

Calon yang bertanding
Nama Latar belakang
Chee Soon Juan Setiausaha agung Parti Demokratik Singapura (SDP)
K. Murali Pillai Pernah bertanding di GRC Aljunied namun kalah. Ia sebelumnya pernah menjadi pengerusi PAP bagi cawangan Bukit Batok.[3]
Calon yang gagal bertanding
Nama Latar belakang
Abdul Rahim bin Osman Pernah menjadi calon Anggota Parlimen dari Parti Pekerja untuk Kawasan Cheng San namun kalah dari Ong Chit Chung di tahun 1997. Ia berhasil mendapatkan sijil sumbangan politik namun memutuskan untuk tidak dinamakan dan mendukung Pillai[4]
Kwan Yue Keng Calon dari SDP yang bertanding di tahun 1988 dan 1991 melawan Ong Chit Chung di Bukit Batok. Mula-mula berencana untuk bertanding mewakili Parti Kuasa Rakyat bagi mencegah terjadinya pilihan raya tak tertanding. Namun, sesudah Chee dinamakan sebagai calon, Kwan memilih mundur.[4]
Shirwin Eu Pemandu Uber. Pencalonannya ditolak kerana tidak memenuhi syarat.[4] Pernah cuba jadi calon di Kawasan Bukit Panjang di tahun 2015 namun gagal.[5]
Calon yang tidak bertanding
Samir Salim Neji Pernah bertanding di PRU 2015 sebagai calon dari Bukit Batok namun mengumumkan bahawa ia tidak ikut dalam PRK 2016.[6]

Tempat[sunting | sunting sumber]

Tempat kempen[sunting | sunting sumber]

Pasukan Polis Singapura mengisytiharkan pada Hari Penamaan di tarikh 27 April 2016 suatu senarai tempat yang diizinkan untuk membuat kempen kecuali di Sudut Pidato, Taman Hong Lim. Perkumpulan, pertemuan, atau rapat akbar dapat diadakan antara 28 April hingga 5 Mei jam tujuh pagi sehingga jam sepuluh malam. Namun, semua rapat yang disebutkan di bawah ini diadakan antara pukul tujuh petang hingga sepuluh malam.

Parti 29 April[7] 1 Mei[8] 3 Mei[9] 5 Mei[10]
PAP
Stadium Bukit Gombak
SDP
Lapangan Taman Perindustrian Bukit Batok A
Stadium Bukit Gombak
Lapangan Taman Perindustrian Bukit Batok A
Lapangan Taman Perindustrian Bukit Batok A

Tempat mengundi[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Mei 2016, yang merupakan hari mengundi untuk PRK Bukit Batok 2016, sebanyak 25,727 pengundi yang telah terdaftar dalam daftar pemilih akan membuang undian di sembilan stesen mengundi di SMC Bukit Batok (enam di ruang legar HDB, satu di pavilion, dan dua lagi di kantin sekolah menengah) dari jam lapan pagi sehingga jam lapan petang waktu Singapura. Selepas tempat mengundi ditutup, kotak undian dikunci dan dikirim ke tempat menghitung.

Senarai tempat mengundi untuk PRK 2016 tersebar sebagai berikut:[11]

  • Ruang legar HDB Blok 191, Avenue Bukit Batok Barat 6
  • Kantin Sekolah Menengah Bukit View, Jalan Bukit Batok 21
  • Ruang legar HDB Blok 221, Avenue Bukit Batok Timur 3
  • Ruang legar HDB Blok 624, Bukit Batok Tengah
  • Ruang legar HDB Blok 131, Avenue Bukit Batok Barat 6
  • Pavilion HDB Blok 105ª, Bukit Batok Tengah
  • Ruang legar HDB Blok 136, Avenue Bukit Batok Barat 6
  • Kantin Sekolah Menengah Bukit Batok, Avenue Bukit Batok Barat 8
  • Ruang legar HDB Blok 176, Avenue Bukit Batok Barat 8

Pengundi luar negeri akan mengundi di sepuluh tempat mengundi sebagai berikut:

  • Beijing
  • Canberra
  • Dubai
  • Hong Kong
  • London
  • New York
  • San Francisco
  • Shanghai
  • Tokyo
  • Washington, D.C.

Keputusan[sunting | sunting sumber]

25,727 pengundi yang terdaftar di Bukit Batok hingga 21 April 2016 merupakan 56% penduduk yang bermastautin di SMC Bukit Batok Bukit Batok SMC. 96% dari seluruh penduduk yang bermastautin tinggal di perumahan am HDB.[12]

Keputusan dalam negeri[sunting | sunting sumber]

PRK 2016: Bukit Batok[13]
Parti Calon Undian % ±%
Parti Tindakan Rakyat Kumjan Muralidharan Pillai 14,428 61.21%
Parti Demokratik Singapura Chee Soon Juan 9,142 38.79%
Majoriti 5,286 22.42%
Jumlah undian sah 23,570 97.43%
Undian rosak 622 2.57%
Peratusan mengundi 24,192 94.03%
Pengundi terdaftar 25,727
PAP kekal Peralihan

Keputusan undian luar negeri[sunting | sunting sumber]

PRK 2016: Bukit Batok[14][15]
Parti Calon Undian % ±%
Parti Tindakan Rakyat Kumjan Muralidharan Pillai 24 75%
Parti Demokratik Singapura Chee Soon Juan 8 25%
Majoriti 16 50%
Jumlah undian sah 32 100%
Undian rosak 0 0%
Peratusan mengundi 32 61.54%
Pengundi terdaftar 52
PAP kekal Peralihan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sim, Dewey; Kok, Xinghui (24 Jun 2020). "Singapore's 13th general election: what's at stake in July 10 polls?". South China Morning Post (dalam bahasa (Inggeris)). Dicapai pada 9 November 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ Neo, Chai Chin (27 April 2016). "Bukit Batok by-election to be held on May 7". Today (dalam bahasa (Inggeris)). Dicapai pada 9 November 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ Lim, Linette (21 March 2016). "Murali Pillai named PAP candidate for Bukit Batok by-election". Channel NewsAsia (dalam bahasa (Inggeris)). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ a b c Lee, Pearl. "Bukit Batok by-election: 4 would-be candidates show up, but only two make it". The Straits Times (dalam bahasa (Inggeris)). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2016. Dicapai pada 28 April 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ Ong, S.M. (8 September 2015). "If an Uber driver could almost become a candidate". AsiaOne (dalam bahasa (Inggeris)).CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ Ng, Soon Keat (16 Mac 2016). "沙米尔不参加武吉巴督区补选" [Samir tidak bertanding dalam PRK Bukit Batok] (dalam bahasa (Cina)). My Paper. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 March 2016. Dicapai pada 18 Mac 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "List of Election Meetings Approved for Friday, 28 April 2016". Pasukan Polis Singapura (dalam bahasa (Inggeris)). 28 April 2016. Dicapai pada 9 November 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ Lee, Min Kok (1 Mei 2016). "Bukit Batok by-election: No rally on Monday for SDP and PAP". The Straits Times (dalam bahasa (Inggeris)). Dicapai pada 9 November 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ "List of Election Meetings Approved for Tuesday, 3 May 2016". Pasukan Polis Singapura (dalam bahasa (Inggeris)). 2 Mei 2016. Dicapai pada 9 November 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ "Live stream: PAP, SDP rallies for Bukit Batok by-election (5 May)". Yahoo! (dalam bahasa (Inggeris)). 5 Mei 2016. Dicapai pada 9 November 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ Ng, Wai Choong (27 April 2016). Notice of Contested Election for the Electoral Division of Bukit Batok (PDF). Jabatan Pilihan Raya} (Laporan) (dalam bahasa (Inggeris)). Dicapai pada 9 November 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
  12. ^ Lee, Min Kok; Pazos, Rebecca; Sengupta, Nilanjana; Pazos, Rodolfo (7 Mei 2016). "Guide to the Bukit Batok by-election on May 7" [Panduan ke pilihan raya kecil Bukit Batok pada 7 Mei]. The Straits Times (dalam bahasa (Inggeris)). Dicapai pada 9 November 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ Lay, Belmont (8 Mei 2016). "13% vote swing to SDP shows Bukit Batok residents swing as much as ex-PAP MP David Ong". Mothership (dalam bahasa (Inggeris)). Dicapai pada 9 November 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ (Inggeris) Press Release: Total Votes Cast at Bukit Batok By-Election [Kenyataan Media: Jumlah Undian Dibuang di Pilihan Raya Kecil Bukit Batok] (PDF). Arkib Negara Singapura (Laporan) (dalam bahasa (Inggeris)). 11 Mei 2016. Dicapai pada 9 November 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. ^ Lee, Min Kok (11 Mei 2016). "Bukit Batok by-election: Overseas votes counted; total number of votes cast now 24,224". The Straits Times (dalam bahasa (Inggeris)). Dicapai pada 9 November 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)