Pilihan raya kecil Kuala Berang 2004

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pilihanraya Kecil Kuala Berang 2004 adalah pilihan raya kecil yang diadakan berikutan daripada kerusi Kuala Berang kosong disebabkan kematian wakil rakyatnya, Allahyarham Komarudin Abdul Rahman pada 30 Julai 2004.

Reaksi tokoh[sunting | sunting sumber]

Mahathir Mohamad[sunting | sunting sumber]

Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin Barisan Nasional (BN) akan mendapat kemenangan besar pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kuala Berang pada 28 Ogos 2004. Bekas Perdana Menteri itu berkata, pada pilihan raya umum lalu rakyat Terengganu telah menolak Pas kerana parti tersebut telah membuat pelbagai tafsiran salah. Bagaimanapun, katanya, jentera BN tidak boleh leka berasaskan kepada kemenangan besarnya pada pilihan raya umum lalu dan perlu bekerja kuat untuk memastikan kemenangan memihak kepadanya.

Hishammuddin Hussien[sunting | sunting sumber]

Menteri Pelajaran pada ketika itu, Datuk Hishammuddin Hussien menyatakan sokongan padu kepada Calon Barisan Nasional, Mohd Zawawi Ismail semasa Kempen Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang, Terengganu.

Idris Jusoh[sunting | sunting sumber]

Menteri Besar Terengganu pada ketika itu, Dato' Seri Idris bin Jusoh menghadiri Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya pada Kempen Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang, Terengganu.

Abdul Hadi Awang[sunting | sunting sumber]

Abdul Hadi Awang berhasrat agar Kerusi DUN Kuala Berang dapat dirampas untuk menambahkan ahli pembangkang di Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Najib Razak[sunting | sunting sumber]

Najib Razak telah menyatakan sokongan penuh terhadap calon BN yang telah diberi kepercayaan untuk menggondol kerusi DUN Kuala Berang dan turut sama menyertai Kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Berang 2004 di Kuala Berang.

Calon[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Berang pada 28 Ogos ini menyaksikan pertarungan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS. BN memilih Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Mohd. Zawawi Ismail sebagai calonnya manakala PAS pula memilih bekas calonnya yang bertanding kerusi Parlimen Hulu Terengganu pada pilihan raya umum lalu, Muhyidin Rashid. Pemilihan Mohd. Zawawi diumumkan oleh Pengerusi BN Terengganu, Datuk Idris Jusoh pada satu majlis di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu. Pengumuman calon PAS pula dilakukan oleh Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di majlis forum perdana sempena Ijtimak PAS Terengganu di Kampung Batu 24.

CALON BAGI PILIHAN RAYA KECIL DUN KUALA BERANG 2004
No. Nama Mewakili Parti
1 Muhyiddin Abdul Rashid Parti Islam Se-Malaysia
2 Mohd Zawawi Ismail Barisan Nasional

Keputusan[sunting | sunting sumber]

Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang apabila calonnya, Mohd Zawawi Ismail menang dengan majoriti lebih tinggi sebanyak 2,059 undi. Mohd Zawawi yang mendapatkan 6,051 undi untuk menewaskan calon PAS, Muhyiddin Abdul Rashid yang memperolehi 3,992 undi. Sebanyak 103 undi rosak

Nama Calon Parti Jumlah Undian Peratus Majoriti Undi Rosak
Mohd Zawawi Ismail 6,051 60.25 2,059
Muhyiddin Abdul Rashid 3,992 39.75
Jumlah 10,043 100 2,059 103

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ BN Kekalkan Dun Kerusi Kuala Berang
  2. ^ Bekas PM yakin BN menang besar pilihan raya Kuala Berang
  3. ^ Bn,Pas letak calon di Kuala Berang