Pilihan raya kecil Rompin 2015

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bendera parti berkibar di Jeti Kg Genting, Tioman

Pilihan raya kecil Rompin 2015 diadakan pada 5 Mei 2015 setelah kematian ahli parlimennya Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam Kemalangan helikopter Semenyih 2015 .[1] Tan Sri Jamaludin Jarjis menjadi Ahli Parlimen Rompin selama 4 penggal sejak 1990 (1990-2015).

Parlimen Rompin melibatkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri. Seramai 19,561 orang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Ibam, DUN Muadzam Shah (17,394) dan DUN Tioman (16,339).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 2013, Tan Sri Jamaludin Jarjis mengekalkan kerusi Parlimen Rompin yang disandangnya sejak 23 tahun selepas mengalahkan bekas Ketua Muslimat Pas Pusat, Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

Maklumat awal[sunting | sunting sumber]

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh PRK Parlimen Rompin (P.091) dan Permatang Pauh tidak dapat diadakan serentak kerana beberapa kekangan .PRK Rompin diadakan dua hari lebih awal daripada PRK Permatang Pauh (P.044).Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan tarikh pengundian PRK Parlimen Rompin iaitu pada 5 Mei 2015 manakala 22 April 2015 merupakan hari penamaan calon dan 30 April 2015 tarikh pengundian awal.

Pilihan raya serentak tidak dapat diadakan kerana hari mengundi di PRK Parlimen Permatang Pauh bertindih dengan Hari Hol di Pahang. Hari Hol merupakan hari memperingati kemangkatan keluarga diraja di Pahang. Hari Hol diisytiharkan sebagai cuti umum di Pahang dan sepanjang hari tersebut akan dipenuhi banyak acara yang memerlukan pembabitan kerabat diraja, pihak istana, ketua-ketua jabatan dan orang ramai di negeri Pahang.

Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Rompin, Datuk Fadzilla Salleh dilantik sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya sambil dibantu oleh lima penolongnya. Penamaan calojn diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin.

Seramai 38 pegawai SPR Pahang terlibat sepanjang PRK itu berlangsung. SPR Pahang turut meminta bantuan dari ibu pejabat untuk menambah pegawai yang terlibat> Jumlah pengundi dijangka tidak akan terjejas walaupun hari pengundian dilakukan ada hari biasa / hari bekerja.[2]

Semua majikan sama ada sektor awam atau swasta supaya memberikan pelepasan kepada pekerja masing-masing memandangkan hari mengundi di PRK Rompin jatuh pada hari Selasa. Tindakan terhadap majikan boleh dikenakan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 jika menghalang pekerja untuk mengundi.Majikan yang tidak membenarkan pekerjanya menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi boleh didenda sebanyak RM5,000 atau setahun penjara sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 25 (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.[3]

Calon yang bertanding[sunting | sunting sumber]

BN menamakan pemangku Ketua Umno Bahagian Rompin Datuk Hasan Arifin (62 tahun) yang juga bekas timbalan Menteri Besar Pahang (1995-1999) sebagai calon.[4] Rompin merupakan kubu kuat UMNO /BN kerana majoriti pengundinya Melayu berugama Islam. Faktor usia dianggap melanggar hasrat meremajakan UMNO sebagaimana hasrat parti itu sebelum ini. [5]

Ustaz Nazri Ahmad diumumkan sebagai calon dari PAS. Pakatan Rakyat setuju hanya satu lawan satu di situ. Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Pesuruhjaya Pas Pahang dilantik sebagai Pengarah Jawatankuasa Pas bagi PRK Rompin. [6]

Isu pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Antara isu yang dibangkitkan ialah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV).[7]

Keputusan[sunting | sunting sumber]

}}
Dewan Rakyat: PRK Rompin 2015
Parti Calon Undi % ±%
Pakatan Rakyat Nazri Ahmad 14,901 37.9
Barisan Nasional Hasan Ariffin 23,796 60.6
Undian rosak 591 1.5
Majoriti 8,895
Peratusan mengundi 39,288 73.00
Barisan Nasional tahan Ayunan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]