Pilihan raya kecil Teluk Intan 2014

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pilihan raya kecil Teluk Intan 2014 diadakan pada 31 Mei 2014 setelah kematian penyandangnya Seah Leong Peng (58) dari parti DAP pada 1 Mei 2014. Penamaan calon diadakan pada hari Isnin, 19 Mei 2014 . Kali ini pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dengan Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud yang bertanding atas tiket DAP. Pada masa yang hampir sama, Pilihan raya kecil Bukit Gelugor 2014 turut diadakan.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya ialah Datuk Ibrahim Ahmad . Proses penamaan calon diadakan di Dewan Semarak Kasih, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak, Jalan Changkat Jong, Teluk intan, Perak. Sejumlah 60,349 pemilih berdaftar terdiri daripada 59,927 pengundi biasa, 410 pengundi awal dan 12 pengundi luar negara layak me­ngundi pada PRK kali ini dengan pengundian awal pada 27 Mei sementara hari pengundian ditetapkan pada 31 Mei 2014.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyatakan bahawa PRK ini menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2013 yang diwartakan pada 30 April 2014 dan diperkemaskan pada 1 Mei 2014.SPR akan menggunakan Dewan Sekolah Menengah Seri Perak, Teluk Intan sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi manakala Pusat Pengiraan Undi Awal akan diadakan di bilik Audit Jabatan Perbendaharaan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI). Sebanyak 36 Pusat Mengundi akan dibuka. Seramai 957 petugas pilihan raya akan dilantik untuk mengendalikan proses pilihan raya kali ini dengan anggaran kos perbelanjaan sebanyak RM1,470,347. Pemerhati rasmi dilantik oleh SPR akan diberikan kad pemerhati .[1]

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13),Seah Leong Peng mengalahkan Siew Keong dan calon Bebas K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi.

Calon yang bertanding[sunting | sunting sumber]

Datuk Mah Siew Keong merupakan Presiden Gerakan.Pencalonan Siew Keong dicadang oleh Bendahari MCA Perak, Datuk Seri Kuan Peng Soon dan disokong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jong, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin. Siew Keong pernah menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan selama dua penggal pada Pilihan Raya Umum (PRU-10) dan PRU-11, namun kalah dalam dua PRU selepas itu iaitu PRU-12 dan PRU-13. Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong lahir di Teluk Intan.

Dyana Sofya pula dicalonkan oleh ahli bahagian DAP Teluk Intan, Chang Kok Lim serta disokong ahli parti, Pooi Weng Keong.Dyana Sofya seorang peguam berusia 27 tahun, yang menyertai DAP pada Disember 2011.[2].

Kempen Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Teluk Intan pernah mengalami PRK pada 1997 apabila wakilnya, Ong Tin Kim meninggal dunia. BN yang menurunkan Dr. Chee See Choke (Gerakan) tewas kepada M.Kulasegaran (DAP). Bagaimanapun pada PRU 1999, Mah Siew Keong menang dengan majoriti 2,783 undi mengalahkan calon DAP. Kerusi itu kekal kepada Mah Siew Keong pada 2004 dengan majoriti 10,041 undi mengalahkan calon DAP dan Keadilan. Pada 2008, BN kehilangan kerusi itu selepas tewas kepada M.Manogaran (DAP) yang menang dengan majoriti 1,470 undi. Pada PRU lalu (2013), Siew Keong kalah kepada Seah Leong Peng yang menang dengan majoriti 7,313 undi.[3]


Majoriti pengundi adalah masyarakat Cina sementara Melayu 37 peratus dan India 20 peratus. Seramai 20,905 pengundi bawah umur 40 tahun di kawasan Teluk Intan. Presiden MIC, G.Palanivel yakin memperoleh 70 peratus undi masyarakat India. Parti itu mempunyai 4,700 pengundi dan lebih 7,000 pengundi India lagi bukan anggota parti.[4]

Jentera BN berkempen melalui pelbagai program terma­suk ceramah, program santai dan menemui orang ramai dari rumah ke rumah. Satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menerangkan tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST). [5] Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden BN, Datuk Seri Najib Tun Razak menaruh harapan penuh kepada Presiden Gerakan ini. Secara konvensyen, calon yang bertanding di kawasan itu sepatutnya daripada Gerakan, sama seperti kesinambungan calon bagi PRK Kajang dan Bukit Gelugor di mana calonnya adalah daripada MCA. [6]

Suasana kempen semakin panas apabila Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak Supt Mohd Zaki Harun memaklumkan bahawa polis telah menangkap suspek 'ugut bunuh' di Taman Ratna, Jalan Changkat Jong ,Teluk Intan. Suspek berusia 50 tahun itu ditahan oleh Pasukan Cantas Khas Perak dan Pasukan Cantas Bukit Aman di Durian Tunggal, Melaka pada 23 Mei 2014.[7]

Keputusan[sunting | sunting sumber]

Dewan Rakyat: PRK Teluk Intan 2014
Parti Calon Undi % ±%
Pakatan Rakyat Dyana Sofya Mohd Daud 19,919
Barisan Nasional Mah Siew Keong 20,157
Undian rosak
Majoriti
Peratusan mengundi

Rujukan[sunting | sunting sumber]