Pilihan raya kecil Tenang 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pilihan raya kecil Tenang 2011 merupakan pilihan raya kecil ke-14 yang diadakan di Malaysia selepas pilihan raya umum ke-12 berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember 2010 akibat jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil. Pilihan raya kecil ini akan diadakan pada 30 Januari 2010 manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 22 Januari 2010.

Jumlah pengundi[sunting | sunting sumber]

Pengundi Melayu di Tenang ialah 7,042 orang, Cina 5,635 , India 154 , Orang Asli 139 dan lain-lain ialah 22 orang. Data ini berdasarkan daftar pemilih sehingga 30 Jun 2010.

Sejarah pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Tahun ADUN Parti Lawan Parti lawan Majoriti
2004 Sulaiman Taha Barisan Nasional.png BN Mohd Saim Siran PAS logo.svg PAS 5517
2008 Sulaiman Taha Barisan Nasional.png BN Mohd Saim Siran PAS logo.svg PAS 2492

Calon bertanding[sunting | sunting sumber]

PAS, mewakili Pakatan Rakyat, menamakan Normala Sudirman, exco muslimah PAS pusat sebagai calonnya sementara Barisan Nasional pula menamakan bekas bendahari Pemuda UMNO Labis Mohd Azahar Ibrahim.

Nama calon Parti
Mohd Azahar Ibrahim Barisan Nasional.png BN-UMNO
Normala Sudirman PAS logo.svg PAS

Barisan Nasional[sunting | sunting sumber]

Penolong Pegawai Daerah Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. Pengumuman dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 19 Januari.[1]

Pakatan Rakyat[sunting | sunting sumber]

PR meletakkan calon wanita - Normala Sudirman - untuk bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang. Pengumuman itu dibuat oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis ceramah Pakatan Rakyat di Labis pada 16 Januari. Hadir memberi sokongan ialah presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, penasihat DAP Lim Kit Siang, setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali serta beberapa pemimpin Pakatan yang lain.[2]

Normala merupakan ketua Muslihat PAS Labis, dan tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini. Lebih dikenali sebagai Cikgu Mala, beliau adalah seorang guru di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat.

Suasana pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Hari penamaan calon[sunting | sunting sumber]

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir pada pukul 11.28 pagi di perkarangan Majlis Daerah Labis mengumumkan saingan satu lawan satu di antara BN dan PAS.

Kempen pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek mencetuskan kontroversi mengenai Islam apabila beliau secara sindiran membuat perbandingan cara calon PAS di Tenang, Normala Sudirman bersalaman dengan Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa berkempen di Tenang. Calon PAS, Normala Sudirman menegaskan isu dia tidak menyambut huluran tangan pengundi Cina lelaki tidak harus dijadikan isu pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. Normala menegaskan bahawa jika lelaki tersebut bukan mahramnya maka tidak dibenarkan dalam Islam. [3] Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa parti komponen Barisan Nasional (BN) terutamanya MCA supaya tidak mengeksploitasikan pendirian calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman yang tidak bersalam dengan lelaki. Mufti Perak Tan Sri Harussani menyifatkan tindakan Dr Chua, yang menyentuh soal wanita Islam bersalam sebagai satu pendirian menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini. [4]

Pada 25 Januari 2011, PAS mendakwa Mohd Azahar Ibrahim berlaku cuai sehingga mengakibatkan sebidang tanah dilelong penolong pegawai daerah (ADO) Segamat (Johor). Dalam sidang akhbar PAS, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mendakwa tanah milik seorang ahli perniagaan, Mansor Mohamad dilelong pada 2003. Mansor membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi Muar yang mengembalikan tanah itu kepadanya, bersama kos pada 2008. Norhana Mohd Ali yang membeli tanah seluas 3.24 hektar itu pada harga RM70,000 juga telah menyaman Mohd Azahar. [5] Namun, calon UMNO mengatakan beliau hanya mengikut prosedur jabatan. [6]

Kumpulan kira-kira 30 orang penyokong Barisan Nasional berhimpun di sebuah halaman rumah seorang penduduk yang terletak bertentangan dengan tempat ceramah ketika majlis ceramah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Mereka membantah kehadirannya dalam satu ceramah di Felda Chempelak Barat dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang. Kumpulan tersebut yang memakai baju BN kelihatan berada di situ sejak jam 9 malam, iaitu lebih satu jam sebelum Guan Eng tiba di Felda tersebut. Hal demikian menyebabkan kira-kira 15 anggota polis, hadir mengawasi kumpulan tersebut dan seorang pegawai polis menasihati mereka supaya tidak menggangu ceramah berkenaan.[7]

Ng Lum Yong mengisytiharkan keluar PKR pada 25 Januari 2011. Pemegang nombor keahlian 0000012 dengan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR sejak awal penubuhannya pada 1999, menyerahkan borang permohonan menyertai MCA kepada Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di Pejabat MCA Labis. [8]

Hari pengundian[sunting | sunting sumber]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya kecil DUN Tenang 2011
Parti Calon Undi % ±%
PR - PAS PAS logo.svg Normala Sudirman 2992 36.6
BN - UMNO Barisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Mohd Azahar Ibrahim 6699 68.1
Majoriti 3707
Peratusan mengundi 9833 67

Suasana banjir semasa pengundian[sunting | sunting sumber]

Banjir besar berlalu sehari dua sebelum hari mengundi dan selepas mengundi. Bot laju dan trak tentera digunakan untuk mengangkut pengundi ke pusat mengundi. Antaranya ialah di SMK Kamarul Ariffin. Keputusan pilihan raya lewat diumumkan kerana banjir.

Corak pengundian[sunting | sunting sumber]

Kemenangan BN ini adalah yang ke-6 daripada 14 pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum 2008. BN menang di Tenang, Hulu Selangor, Galas,Batu Sapi dan Bagan Pinang. Pakatan Rakyat pula menang di Sibu, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Permatang Pauh, Permatang Pasir, Manek Urai, Penanti dan Bukit Selambau. Pilihan raya kecil ke-15 pula akan diadakan di Merlimau pada 6 Mac 2011.

Barisan Nasional memenangi 3 daripada 4 kawasan majoriti Cina . BN menang di Bandar Labis Timor (63.4% Cina), Labis (58.3% Cina) dan Tenang Station (54% Cina) dan kalah di Bandar Labis Tengah (95.7 % Cina). DAP mendakwa ia memenangi 70% undi Cina di Tenang. Labis merupakan kawasan parlimen yang pernah diwakili oleh Datuk Dr Chua Soi Lek dan Ling Leong Sik.

Sokongan untuk BN mengikut kumpulan etnik ialah Melayu 85 %, Cina 35 % dan India 80 %. [9]


Rujukan[sunting | sunting sumber]