Pilihan raya negeri Johor 2026
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Semua 56 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Johor 29 kerusi diperlukan untuk majoriti | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Terdaftar | 2,727,926 (▲ 7.38%) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Pengundi hadir | 69.57% (▲ 14.65%) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Keputusan mengikut kawasan pilihan raya | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pilihan raya negeri Johor 2026, secara rasmi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor ke-16, ialah sebuah pilihan raya negeri di negeri Johor, Malaysia yang telah diadakan pada 11 Julai 2026. Pilihan raya ini dianjurkan bagi memilih 56 orang ahli Dewan Negeri Johor (DNJ). Terdahulu, sidang DNJ telah dibubarkan pada 1 Jun 2026.[1]
Kesemua 56 kerusi dalam Dewan Negeri Johor akan dipertandingkan. Pilihan raya ini akan menentukan sama ada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sedia ada di bawah Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengekalkan kuasa beliau atau gabungan pembangkang lain seperti Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) akan memperoleh majoriti dan membentuk kerajaan.
Barisan Nasional (BN) telah memenangi pilihan raya ini dengan majoriti besar dan memperoleh prestasi yang terbaik sejak 2008 dengan memenangi 48 kerusi dan juga berjaya merampas kerusi-kerusi tradisi milik Pakatan Harapan (PH) seperti Bukit Batu, Jementah, Johor Jaya, Perling dan Tangkak. PH menghadapi kekalahan teruk dengan hanya hanya memenangi 8 kerusi dan berjaya merampas kerusi Puteri Wangsa kembali daripada Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Perikatan Nasional (PN) mengalami penyapuan bersih, di mana PN kehilangan semua kerusi di DUN, dengan pengerusi PN negeri dan bekas Menteri Besar Sahruddin Jamal kehilangan kerusinya di Bukit Kepong, sementara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak berjaya mengutip sebarang kerusi dalam DUN buat kali pertama sejak tahun 2004 yang mengakibatkan kehilangan kerusi tunggal dan kubu kuatnya, Maharani kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang disandangnya oleh PAS sejak tahun 2008, 2013 dan 2022.[2][3] Penyandang Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi berjaya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor semula di hadapan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Sultan Ibrahim Ismail keesokan harinya pada sekitar jam 4:30 petang.
Berikutan keputusan pilihan raya ini, penganalisis politik mengulas bahawa terdapat penurunan sokongan yang berterusan oleh pengundi yang berbangsa bukan Melayu terhadap PH sebagai faktor penyumbang kepada kemenangan BN apabila parti komponen Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Malaysia (MIC), masing-masing berjaya memenangi 8 dan 4 kerusi. Penganalisis politik juga menegaskan bahawa reformasi politik yang perlahan dan prestasi yang lemah oleh Kerajaan Madani yang diketuai oleh PH telah menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengundi Cina dan India, serta orang Melayu bandar dan moderate, yang dahulunya merupakan pangkalan sokongan bagi PH dan khususnya Parti Tindakan Demokratik (DAP). Penurunan sokongan oleh pengundi bukan Melayu juga telah menyebabkan kekalahan teruk bagi DAP pada pilihan raya negeri Sabah yang diadakan pada tahun 2025 dan juga menyebabkan parti itu kehilangan semua kerusi yang dipertandingkan.[4][5]
Latar belakang
Pilihan raya negeri sebelumnya telah diadakan pada 12 Mac 2022 berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri ke-15. Gambungan Barisan Nasional (BN) telah memenangi pilihan raya tersebut dengan kemenangan supermajoriti dua pertiga, iaitu memperoleh 40 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.
Pada 1 Jun 2026, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran Dewan Negeri Johor dalam satu sidang media khas di kediaman rasminya.[6] Pembubaran ini telah mendapat perkenan pemangku raja Johor, Tunku Mahkota Ismail. Yang di-Pertua Dewan Negeri Johor, Mohd Puad Zarkashi mengumumkan bahawa warta pembubaran telahpun diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia pada 2 Jun 2026.[7]
Sistem pilihan raya

Pilihan raya di Malaysia dijalankan di peringkat persekutuan dan negeri. Pilihan raya persekutuan memilih ahli Dewan Rakyat, salah satu dewan di Parlimen (selain Dewan Negara), manakala pilihan raya negeri di setiap 13 negeri memilih ahli Dewan Undangan Negeri masing-masing. Memandangkan Malaysia mengikuti sistem Westminster, ketua kerajaan (Perdana Menteri di peringkat persekutuan dan Menteri Besar/Ketua Menteri/Premier di peringkat negeri) ialah seseorang yang memerintah dengan kepercayaan majoriti ahli dalam dewan perundangan masing masing – kebiasaannya ketua parti atau gabungan yang mempunyai majoriti kerusi dalam badan perundangan.
Dewan Negeri Johor (DNJ) terdiri daripada 56 ahli, dikenali sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), yang dipilih untuk penggal lima tahun. Setiap ADUN dipilih daripada kawasan pilihan raya negeri menggunakan sistem first-past-the-post vote; setiap kawasan pilihan raya negeri mengandungi lebih kurang bilangan pengundi yang sama. Jika satu parti mendapat majoriti kerusi, maka parti itu berhak untuk membentuk kerajaan, dengan ketua parti tersebut menjadi Ketua Menteri. Sekiranya berlaku parlimen tergantung, di mana tiada satu parti pun memperoleh majoriti kerusi, kerajaan masih boleh membentuk melalui perjanjian pakatan atau; keyakinan dan bekalan dengan parti lain. Dalam amalan politik gabungan dan pakatan di Malaysia, dan khususnya di Johor, secara amnya berterusan antara pilihan raya, dan parti ahli biasanya tidak bertanding untuk kerusi yang sama.
Umur mengundi minimum pada masa ini ialah 18 tahun.[8][9][10][11] Pilihan raya yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berada di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri Malaysia (JPM). Malaysia mengamalkan pendaftaran pengundi automatik (kepada warganegara Malaysia yang layak mengundi yang belum mendaftar sebelum ini).
Persediaan
Parti-parti politik

Barisan Nasional (BN) dijangka akan mempertahankan mandat pemerintahannya, manakala Pakatan Harapan (PH) menyasarkan untuk mendapatkan semula pengaruh selepas kehilangan dari membentuk kerajaan pada tahun 2020.
Perikatan Nasional (PN) juga mungkin akan meluaskan cabarannya di kawasan majoriti Melayu. Walaupun Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pusat memutuskan hubungan politiknya dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), cawangan tempatan PAS di Johor memutuskan untuk meneruskan kerjasama dengan BERSATU di Johor.[12][13] Kedua-dua parti BERSATU dan PAS juga meneroka kerjasama di luar PN, dengan BERSATU dan MIPP merundingkan pakatan pilihan raya dengan bukan ahli parti politik dalam PN seperti Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA),[14] manakala PAS meminta kerjasama dengan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) dan membenarkan serpihan BERSATU milik Hamzah Zainudin, Parti Wawasan Negara (WAWASAN) bertanding di bawah PN.[15][16] Memandangkan semua rundingan bagi perntukan kerusi-kerusi DUN hampir tamat, semua parti kecuali WAWASAN akan bertanding di bawah PN.[17] GERAKAN memutuskan untuk menarik diri.[18] BERJASA dan PUTRA memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya kali ini.[19][20] Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, kemudiannya menggesa penyokong PAS supaya mengundi BN di kerusi yang tidak ditandingi oleh PN, diikuti dengan kenyataan yang lebih menyeluruh daripada Abdul Hadi Awang supaya tidak mengundi PH.[21][22] Sementara itu, BERSATU tidak memberikan sebarang nasihat mengenai cara penyokong parti itu harus mengundi.[23]
MUDA akan mempertahankan kerusinya di Puteri Wangsa dan bertanding dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) di bawah Blok Progresif.[24][25] Berpisah daripada PKR dan PH, Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) yang diketuai oleh Rafizi Ramli menjadikan pilihan raya itu sebagai penampilan sulung dan persiapan untuk pilihan raya umum akan datang. Beliau juga menambah bahawa parti itu menolak sebarang rundingan untuk gabungan politik.[26] Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada mulanya ingin mengambil bahagian dalam PRN ini,[27] tetapi mereka membatalkan rancangan mereka untuk bertanding.[28] Pilihan raya ini juga akan menjadi penampilan pertama bagi Parti Orang Asli Malaysia (ASLI).
Rundingan kerusi di kalangan parti pembangkang dijangka memainkan peranan utama dalam menentukan daya saing pada pilihan raya negeri kali ini.
Kawasan pilihan raya

Komposisi sebelum pembubaran
| BN | PH | PN | MUDA | |||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 40 | 12 | 3 | 1 | |||||
| 33 | 4 | 3 | 10 | 1 | 1 | 2 | 1 | |
| UMNO | MCA | MIC | DAP | PKR | AMANAH | BERSATU | PAS | MUDA |
Tarikh penting
| Tarikh | Kejadian |
|---|---|
| 1 Jun 2026 | Dewan Undangan Johor secara rasmi dibubarkan |
| 12 Jun 2026 | Keluaran Writ Pilihan Raya |
| 27 Jun 2026 | Hari penamaan calon |
| 27 Jun–10 Julai 2026 | Tempoh berkempen |
| 7–10 Julai 2026 | Hari pengundian awal untuk pengundi pos, luar negara dan pengundi awal |
| 11 Julai 2026 | Hari pengundian dan pengumuman keputusan |
Slogan kempen
| Parti politik | Slogan |
|---|---|
| Pakatan Harapan | Johor Ke Depan, Undi Harapan, Johor Untuk Semua |
| Barisan Nasional | Maju Johor: Kestabilan Dikekalkan, Kemajuan Diteruskan |
| Perikatan Nasional | Berkat, Prihatin, Sejahtera, Jom Jaga Johor (PAS) |
| Bersatu Demi Johor (BERSATU) | |
| Ikatan Demokratik Malaysia | Suara Kita |
| Parti Sosialis Malaysia | Skudai Saksama (N48 Skudai) |
| Parti Bersama Malaysia | Ayuh Johor, Ayuh Bersama |
Penyandang yang tidak akan bertanding
Ahli Dewan Undangan Negeri Johor ke-15 berikut tidak akan menyertai pilihan raya kali ini:
| No. | Kawasan negeri | ADUN yang berlepas | Parti politik |
Tarikh disahkan |
Pertama kali dipilih |
Sebab |
|---|---|---|---|---|---|---|
| N48 | Skudai | Marina Ibrahim | PH (DAP) | 31 Mei 2026 | 12 Mac 2022 | Tidak mahu bertanding semula |
| N28 | Mengkibol | Chew Chong Sin | 13 Jun 2026 | 9 Mei 2018 | Tidak mahu bertanding semula (Bakal bertanding kerusi Parlimen) | |
| N42 | Johor Jaya | Liow Cai Tung | 20 Jun 2026 | 5 Mei 2013 | ||
| N23 | Penggaram | Gan Peck Cheng | 22 Jun 2026 | Tidak mahu bertanding semula | ||
| N46 | Perling | Liew Chin Tong | 12 Mac 2022 | Digugurkan dari parti (Ahli Parlimen bagi Iskandar Puteri) | ||
| N25 | Rengit | Mohd Puad Zarkashi | BN (UMNO) | 17 Jun 2026 | Tidak mahu bertanding semula | |
| N05 | Tenang | Haslinda Salleh | 24 Jun 2026 | Digugurkan dari parti | ||
| N11 | Serom | Khairin Nisa Ismail | ||||
| N14 | Bukit Naning | Mohd Fuad Tukirin | ||||
| N34 | Panti | Hahasrin Hashim | 9 Mei 2018 | |||
| N35 | Pasir Raja | Rashidah Ismail | ||||
| N40 | Tiram | Azizul Bachok | 12 Mac 2022 | |||
| N53 | Benut | Hasni Mohammad | 8 Mac 2008 | Digugurkan dari parti (Ahli Parlimen bagi Simpang Renggam) | ||
| N56 | Kukup | Jefridin Atan | 12 Mac 2022 | Digugurkan dari parti | ||
| N04 | Kemelah | Saraswathy Nallathamby | BN (MIC) | |||
| N31 | Kahang | Vidyananthan Ramanadhan | 8 Mac 2008 | |||
| N15 | Maharani | Abdul Aziz Talib | PN (PAS) | 25 Jun 2026 | 12 Mac 2022 | |
| N41 | Puteri Wangsa | Amira Aisya Abdul Aziz | MUDA | 20 Jun 2026 | Tidak mahu bertanding semula (Bakal bertanding kerusi parlimen) |
Penyandang bertanding yang mewakili parti berbeza
| No. | Kawasan negeri | ADUN | Parti politik | Pertama kali dipilih | |
|---|---|---|---|---|---|
| Bekas | Kini | ||||
| N27 | Layang-Layang | Abd Mutalip Abd Rahim | BN (UMNO) | PN (BERSATU) | 5 Mei 2013 |
| N32 | Endau | Alwiyah Talib | PN (BERSATU) | BN (UMNO) | 9 Mei 2018 |
Penyandang yang akan bertanding di kawasan pilihan raya yang berbeza
| ADUN | Parti politik | Kawasan negeri | Pertama kali dipilih | |
|---|---|---|---|---|
| Bekas | Kini | |||
| Raven Kumar Krishnasamy | BN (MIC) | N33 Tenggaroh | N04 Kemelah | 5 Mei 2013 |
Penyandang yang tewas dalam pemilihan semula
| No. | Kawasan negeri | ADUN yang berlepas | Parti politik | Pertama kali dipilih |
|---|---|---|---|---|
| N02 | Jementah | Ng Kor Sim | PH (DAP) | 12 Mac 2022 |
| N07 | Bukit Kepong | Sahruddin Jamal | PN (BERSATU) | 9 Mei 2018 |
| N10 | Tangkak | Ee Chin Li | PH (DAP) | 5 Mei 2013 |
| N27 | Layang-Layang | Abd Mutalip Abd Rahim | PN (BERSATU) | 5 Mei 2013[nota 2] |
| N51 | Bukit Batu | Arthur Chiong Sen Sern | PH (PKR) | 12 Mac 2022 |
Calon
| No. | Kawasan persekutuan |
No. | Kawasan negeri | Bilangan Pengundi | Ahli Penyandang | Gabungan Penyandang (Parti) |
Gabungan politik dan calon dan gabungan masing-masing | |||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Barisan Nasional (BN) | Pakatan Harapan (PH) | Perikatan Nasional (PN) | Blok Progresif (MUDA–PSM) | Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) | Lain-Lain | |||||||||||||
| Nama calon | Parti | Nama calon | Parti | Nama calon | Parti | Nama calon | Parti | Nama calon | Parti | Nama calon | Parti | |||||||
| P140 | Segamat | N01 | Buloh Kasap | 28,973 | Zahari Sarip | BN (UMNO) | Zahari Sarip | UMNO | Rozy Razit | PKR | ||||||||
| N02 | Jementah | 41,137 | Ng Kor Sim | PH (DAP) | See Ann Giap | MCA | Ng Kor Sim | DAP | Saifullah Abdul Wahab | PAS | ||||||||
| P141 | Sekijang | N03 | Pemanis | 30,458 | Anuar Abd Manap | BN (UMNO) | Anuar Abd Manap | UMNO | Jalex Lee En Xiang | PKR | Arvind | MIPP | ||||||
| N04 | Kemelah | 35,365 | Saraswati Nallathamby | BN (MIC) | Raven Kumar Krishnasamy | MIC | Afif Hamid | AMANAH | Uzzair Ismail | BERSATU | ||||||||
| P142 | Labis | N05 | Tenang | 22,616 | Haslinda Salleh | BN (UMNO) | Mohd Azahar Ibrahim | UMNO | Elia Nadira | AMANAH | Normala Sudirman | PAS | Siti Aisyah binti Zobir | BEBAS | ||||
| N06 | Bekok | 27,317 | Tan Chong | BN (MCA) | Tan Chong | MCA | Tay Yok Jiuen | DAP | ||||||||||
| P143 | Pagoh | N07 | Bukit Kepong | 37,683 | Sahruddin Jamal | PN (BERSATU) | Ahmad Syar'e Yusof | UMNO | Subramani Chami | PKR | Sahruddin Jamal | BERSATU | ||||||
| N08 | Bukit Pasir | 34,142 | Mohamad Fazli Mohamad Salleh | BN (UMNO) | Mohamad Fazli Mohamad Salleh | UMNO | Najib Lep | AMANAH | Idzhar Nasirruddin | BERSATU | ||||||||
| P144 | Ledang | N09 | Gambir | 30,326 | Sahrihan Jani | BN (UMNO) | Sahrihan Jani | UMNO | Mohd Nor Mohd Yusof | PKR | Suraya Sulaiman | PEJUANG | ||||||
| N10 | Tangkak | 36,955 | Ee Chin Li | PH (DAP) | Haw Chin Teck | MCA | Ee Chin Li | DAP | ||||||||||
| N11 | Serom | 40,172 | Khairin Nisa Ismail | BN (UMNO) | Nadirah Afiqah Abdull Rahim | UMNO | Ahmad Nazari | AMANAH | Mahfidz Omar | BERSATU | ||||||||
| P145 | Bakri | N12 | Bentayan | 34,205 | Ng Yak Howe | PH (DAP) | Chua Lee Huat | MCA | Ng Yak Howe | DAP | ||||||||
| N13 | Simpang Jeram | 41,975 | Nazri Abdul Rahman | PH (AMANAH) | Azman Ismail | UMNO | Nazri Abdul Rahman | AMANAH | Arshed Yahya | PAS | Ainie Haziqah Shafii | MUDA | ||||||
| N14 | Bukit Naning | 23,002 | Mohd Fuad Tukirin | BN (UMNO) | Mohd Ghazali Sabari | UMNO | Md Ysahrudin Kurni | PKR | Mohd Radzi Amin | BERSATU | Iskandar Md Alias | BERSAMA | Jeghanaathan | BEBAS | ||||
| P146 | Muar | N15 | Maharani | 40,040 | Abdul Aziz Talib | PN (PAS) | Ashari Md.Sarip | UMNO | Muhammad Taqiuddin Cheman | AMANAH | Mohd Anuar Hayan | PAS | Muhd Amir Fiqri | MUDA | ||||
| N16 | Sungai Balang | 31,039 | Selamat Takim | BN (UMNO) | Selamat Takim | UMNO | Soraya Badaruddin | PKR | Mohd Amin Sailan | PAS | ||||||||
| P147 | Parit Sulong | N17 | Semerah | 47,431 | Mohd Fared Mohd Khalid | BN (UMNO) | Mohd Fared Mohd Khalid | UMNO | Mohd Khuzzan Abu Bakar | AMANAH | Halim Othman Kepol | PAS | ||||||
| N18 | Sri Medan | 33,875 | Zulkurnain Kamisan | BN (UMNO) | Zulkurnain Kamisan | UMNO | Hishamuddin Misrin Ishak | PKR | Ahmad Rosdi Bahari | PAS | ||||||||
| P148 | Ayer Hitam | N19 | Yong Peng | 34,023 | Ling Tian Soon | BN (MCA) | Ling Tian Soon | MCA | Yong Hui Yi | DAP | ||||||||
| N20 | Semarang | 28,753 | Samsolbari Jamali | BN (UMNO) | Samsolbari Jamali | UMNO | Ramli Abd Hamid | AMANAH | Syafiq Aziz | BERSATU | ||||||||
| P149 | Sri Gading | N21 | Parit Yaani | 44,741 | Mohamad Najib Samuri | BN (UMNO) | Mohamad Najib Samuri | UMNO | Md Ezam Taslim | AMANAH | ||||||||
| N22 | Parit Raja | 38,159 | Nor Rashidah Ramli | BN (UMNO) | Nor Rashidah Ramli | UMNO | Shazwan Dzainal Abidin | DAP | Mohd Maliki Rapiee | BERSATU | ||||||||
| P150 | Batu Pahat | N23 | Penggaram | 70,294 | Gan Peck Cheng | PH (DAP) | Boo Chin Liong | MCA | Felicia Poh Rui Ling | DAP | ||||||||
| N24 | Senggarang | 38,576 | Mohd Yusla Ismail | BN (UMNO) | Mohd Yusla Ismail | UMNO | Onn Abu Bakar | PKR | Mohd Rashid Hasnon | BERSATU | ||||||||
| N25 | Rengit | 27,608 | Mohd Puad Zarkashi | BN (UMNO) | Mohd Zaidi Japar | UMNO | Mohamed Yazid | AMANAH | Syed Mohd Syed Alwi | BERSATU | ||||||||
| P151 | Simpang Renggam | N26 | Machap | 35,206 | Onn Hafiz Ghazi | BN (UMNO) | Onn Hafiz Ghazi | UMNO | Nur Hafiz Roslan | AMANAH | ||||||||
| N27 | Layang-Layang | 25,181 | Abd Mutalip Abd Rahim | BN (UMNO) | Chua Jian Boon | MCA | Guna Balakrishnan | PKR | Abd Mutalip Abd Rahim | BERSATU | ||||||||
| P152 | Kluang | N28 | Mengkibol | 68,457 | Chew Chong Sin | PH (DAP) | Yap Zhi Peng | MCA | Chu Poh Yee | DAP | ||||||||
| N29 | Mahkota | 67,562 | Syed Hussien Syed Abdullah | BN (UMNO) | Syed Hussein Syed Abdullah | UMNO | Mohd Zuhan Mohd Zain | AMANAH | Abd Hamid Ali | BERSAMA | ||||||||
| P153 | Sembrong | N30 | Paloh | 25,419 | Lee Ting Han | BN (MCA) | Lee Ting Han | MCA | Ruban Arumugam | DAP | Jeevakumar Dhayalan | MIPP | Kamaleswaren Ganabathi | BEBAS | ||||
| N31 | Kahang | 29,814 | Vidyananthan Ramanadhan | BN (MIC) | Rugendran Vellayan | MIC | Mohd Sabri | AMANAH | Mazlan Bujang | PAS | ||||||||
| P154 | Mersing | N32 | Endau | 28,767 | Alwiyah Talib | PN (BERSATU) | Alwiyah Talib | UMNO | Saiful Nizam Samat | PKR | Hasnul Hakimi Hussein | PAS | Jati bin Awang | ASLI | ||||
| N33 | Tenggaroh | 39,001 | Raven Kumar Krishnasamy | BN (MIC) | Mohd Youzaimi Yusof | UMNO | Md Yusof Dawam | PKR | Muhd Amerul Muhamad | BERSATU | ||||||||
| P155 | Tenggara | N34 | Panti | 41,407 | Hahasrin Hashim | BN (UMNO) | Muhd Naqib Ghazali | UMNO | Ahmad Daniel | AMANAH | Mohd Alias Rasman | BERSATU | ||||||
| N35 | Pasir Raja | 29,818 | Rashidah Ismail | BN (UMNO) | Adham Baba | UMNO | Fakhruddin Moslim | PKR | Yuhanita Yunan | PAS | ||||||||
| P156 | Kota Tinggi | N36 | Sedili | 29,090 | Muszaidi Makmor | BN (UMNO) | Muszaidi Makmor | UMNO | Amirul Huzni | AMANAH | Rasman Ithnain | BERSATU | ||||||
| N37 | Johor Lama | 32,716 | Norlizah Noh | BN (UMNO) | Norlizah Noh | UMNO | Danish Rahman | PKR | Aisah Esa | BERSATU | ||||||||
| P157 | Pengerang | N38 | Penawar | 31,112 | Fauziah Misri | BN (UMNO) | Fauziah Misri | UMNO | Mohd Sawaludin Salleh | AMANAH | Fairulnizar Rahmat | BERSATU | ||||||
| N39 | Tanjung Surat | 26,943 | Aznan Tamin | BN (UMNO) | Aznan Tamin | UMNO | Faizul Abdul Ghani | PKR | ||||||||||
| P158 | Tebrau | N40 | Tiram | 117,496 | Azizul Bachok | BN (UMNO) | Abdul Halim Suleiman | UMNO | Nor Zulaila Abd Ghani | DAP | Khirul Muntanazar Ismail | PAS | Harith Fakhrudin | BERSAMA | ||||
| N41 | Puteri Wangsa | 128,723 | Amira Aisya Abdul Aziz | MUDA | Teow Chia Ling | MCA | Maszlee Malik | PKR | Rashifa Aljunied | MUDA | Nicholas Paul Vincent | BERSAMA | Wang Wee Siong | BEBAS | ||||
| P159 | Pasir Gudang | N42 | Johor Jaya | 97,685 | Liow Cai Tung | PH (DAP) | Chan San San | MCA | Lee Wern Yiing | DAP | Lau Yi Leong | BERSAMA | HP Lim | BEBAS | ||||
| N43 | Permas | 113,963 | Baharudin Mohamed Taib | BN (UMNO) | Baharudin Mohamed Taib | UMNO | Sharon Teo | AMANAH | Vela | MIPP | Zamil Najwah | BERSAMA | ||||||
| P160 | Johor Bahru | N44 | Larkin | 76,662 | Mohd Hairi Mad Shah | BN (UMNO) | Mohd Hairi Mad Shah | UMNO | Suhaizan Kayat | AMANAH | Norsinah Abu | BERSAMA | ||||||
| N45 | Stulang | 60,029 | Andrew Chen Kah Eng | PH (DAP) | Bong Seng Heng | MCA | Andrew Chen Kah Eng | DAP | Lim Chin Eng | BERSATU | Stanley Tan | BERSAMA | ||||||
| P161 | Pulai | N46 | Perling | 109,992 | Liew Chin Tong | PH (DAP) | Pannir Selvam | MIC | Alan Tee Boon Tsong | DAP | Boo Wei Han | BERSAMA | ||||||
| N47 | Kempas | 64,244 | Ramlee Bohani | BN (UMNO) | Ramlee Bohani | UMNO | Faezuddin Puad | PKR | Salamahafifi Yusnaieny | BERSAMA | ||||||||
| P162 | Iskandar Puteri | N48 | Skudai | 106,805 | Marina Ibrahim | PH (DAP) | Tan Hiang Kee | MCA | Kartiyaini Jeyapalan | DAP | Amir Syafiq Ameer Soekre | PSM | Eugene Chua | BERSAMA | ||||
| N49 | Kota Iskandar | 132,579 | Pandak Ahmad | BN (UMNO) | Pandak Ahmad | UMNO | Dzulkefly Ahmad | AMANAH | S Anna Pravina | MIPP | Sahrudin Omar | BERSAMA | ||||||
| P163 | Kulai | N50 | Bukit Permai | 44,819 | Mohd Jafni Md Shukor | BN (UMNO) | Mohd Jafni Md Shukor | UMNO | Mohamad Shafwan Ani | DAP | M Lina Manoh | MIPP | Aidil Riduan | BERSAMA | ||||
| N51 | Bukit Batu | 49,963 | Arthur Chiong Sen Sern | PH (PKR) | Kumaran Ramakrishnan | MIC | Arthur Chiong Sen Sern | PKR | Premanand Munusamy | MUDA | Tamili Gopalakrishnan | BERSAMA | Kamaruzaman bin Ali | BEBAS | ||||
| N52 | Senai | 66,635 | Wong Bor Yang | PH (DAP) | Tai Chee Chee | MCA | Wong Bor Yang | DAP | Tew Chian How | BERSAMA | ||||||||
| P164 | Pontian | N53 | Benut | 28,798 | Hasni Mohammad | BN (UMNO) | Mohd Sumali Reduan | UMNO | Razak Ismail | AMANAH | ||||||||
| N54 | Pulai Sebatang | 47,651 | Hasrunizah Hassan | BN (UMNO) | Hasrunizah Hassan | UMNO | Haniff Hosman | PKR | ||||||||||
| P165 | Tanjung Piai | N55 | Pekan Nanas | 37,556 | Tan Eng Meng | BN (MCA) | Tan Eng Meng | MCA | Yeo Tung Siong | DAP | ||||||||
| N56 | Kukup | 34,968 | Jefridin Atan | BN (UMNO) | Md Israk Abdullah | UMNO | Cheah Chee Hong | PKR | ||||||||||
Statistik dan ringkasan
Seramai 172 calon telah dicalonkan dalam pilihan raya ini.[29][30]
Pencalonan oleh parti dan calon bebas
| No. | Parti politik | Bilangan calon |
|---|---|---|
| 1. | Barisan Nasional (BN) | 56 |
| Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | 37 | |
| Persatuan Cina Malaysia (MCA) | 15 | |
| Kongres India Malaysia (MIC) | 4 | |
| 2. | Pakatan Harapan (PH) | 56 |
| Parti Keadilan Rakyat (PKR) | 20 | |
| Parti Amanah Negara (AMANAH) | 19 | |
| Parti Tindakan Demokratik (DAP) | 17 | |
| 3. | Perikatan Nasional (PN) | 33 |
| Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) | 16 | |
| Parti Islam Se-Malaysia (PAS) | 11 | |
| Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) | 5 | |
| Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) | 1 | |
| 4. | Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) | 15 |
| 5. | Calon Bebas | 6 |
| 6. | Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) | 4 |
| 7. | Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) | 1 |
| 8. | Parti Sosialis Malaysia (PSM) | 1 |
Kerusi yang dipertandingkan oleh calon
| Bilangan calon | Bilangan kerusi yang dipertandingkan |
|---|---|
| Pertandingan 2 hala | 14[nota 3] |
| Pertandingan 3 hala | 27[nota 4] |
| Pertandingan 4 hala | 12[nota 5] |
| Pertandingan 5 hala | 3[nota 6] |
Demografi calon
Jantina
| Jantina | Bilangan calon | Peratusan (%) |
|---|---|---|
| Lelaki | 138 | 80.2% |
| Wanita | 34 | 19.8% |
| Jumlah | 172 | 100% |
Julat Umur
| Julat umur (tahun) | Bilangan calon |
|---|---|
| 20 - 29 | 9 |
| 30 - 39 | 38 |
| 40 - 49 (Tertinggi) | 50 |
| 50 - 59 | 48 |
| 60 dan ke atas | 27 |
| Jumlah | 172 |
Demografi Pengundi
Jantina
| Jantina | Bilangan pengundi | Peratusan (%) |
|---|---|---|
| Lelaki | 1,364,763 | 50.03% |
| Wanita | 1,363,163 | 49.97% |
| Jumlah | 2,727,926 | 100% |
Julat Umur
| Julat umur (Tahun) | Bilangan pengundi | Peratusan (%) |
|---|---|---|
| 18 - 39 | 1,297,931 | 47.6% |
| 40 dan ke atas | 1,429,995 | 52.4% |
| Jumlah | 2,727,926 | 100% |
Nota: Data ini berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) terkini yang diwartakan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Tinjauan
| Tinjauan pendapat | Tarikh dijalankan | Saiz sampel | BN | PH | PN | Lain-lain | Utama | Rujukan |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Vodus Research | 15−29 Jun 2026 | 1,303 | 36% | 26% | 15% | 13% | BN +13% | [31] |
| Pilihan raya negeri 2026 | 12 Mac 2022 | 2,539,606 | 43.1% | 26.4% | 24.0% | 6.5% | BN +16.7% | – |
Keputusan
Ringkasan
| Parti | Calon | Undi | Kerusi | ||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Undi | % | Menang | % | +/– | |||||
| Barisan Nasional | BN | 56 | 1,118,559 | 59.66% | 48 | 0.00% | |||
| Pakatan Harapan | PH | 56 | 611,983 | 32.64% | 8 | 0.00% | |||
| Perikatan Nasional | PN | 33 | 102,090 | 5.45% | 0 | 0.00% | |||
| Parti Bersama Malaysia | BERSAMA | 15 | 28,816 | 1.54% | 0 | 0.00% | |||
| Ikatan Demokratik Malaysia | MUDA | 4 | 10,236 | 0.55% | 0 | 0.00% | |||
| Parti Sosialis Malaysia | PSM | 1 | 964 | 0.05% | 0 | 0.00% | |||
| Parti Orang Asli Malaysia | ASLI | 1 | 394 | 0.02% | 0 | 0.00% | |||
| Bebas | Bebas | 6 | 1,876 | 0.10% | 0 | 0.00% | |||
| Undi sah | 1,874,918 | ||||||||
| Jumlah undi (peratusan mengundi: .%) | 1,874,918 | 100.00 | 0 | 100.00 | |||||
| Pengundi berdaftar | 2,727,926 | ||||||||
| Sumber: https://dashboard.spr.gov.my | |||||||||
Komposisi di Dewan Undangan Negeri
Komposisi gabungan politik
| Kerajaan Barisan Nasional (48) |
Pembangkang Pakatan Harapan (8) | |||||||
| 48 | 8 | |||||||
| Barisan Nasional | Pakatan Harapan | |||||||
| 36 | 8 | 4 | 6 | 1 | 1 | |||
| UMNO | MCA | MIC | DAP | AMANAH | PKR | |||
| Dewan Undangan Negeri Johor, 11 Julai 2026 (56 kerusi) | ||||||||
Mengikut kawasan persekutuan / parlimen
| No. | Kawasan persekutuan | Barisan Nasional | Pakatan Harapan | Lain-lain | Ahli Parlimen |
|---|---|---|---|---|---|
| P140 | Segamat | 57.10% | 36.66% | 6.24% | Yuneswaran Ramaraj |
| P141 | Sekijang | 58.28% | 31.31% | 10.42% | Zaliha Mustafa |
| P142 | Labis | 59.95% | 34.92% | 5.13% | Pang Hok Liong |
| P143 | Pagoh | 59.56% | 21.96% | 18.48% | Muhyiddin Yassin |
| P144 | Ledang | 59.12% | 33.54% | 7.34% | Syed Ibrahim Syed Noh |
| P145 | Bakri | 42.16% | 46.07% | 11.77% | Tan Hong Pin |
| P146 | Muar | 48.94% | 24.80% | 26.26% | Syed Saddiq Syed Abdul Rahman |
| P147 | Parit Sulong | 70.69% | 15.95% | 13.36% | Noraini Ahmad |
| P148 | Ayer Hitam | 69.00% | 25.00% | 6.00% | Wee Ka Siong |
| P149 | Sri Gading | 65.42% | 30.24% | 4.34% | Aminolhuda Hassan |
| P150 | Batu Pahat | 55.79% | 40.13% | 4.07% | Onn Abu Bakar |
| P151 | Simpang Renggam | 74.97% | 20.35% | 4.67% | Hasni Mohammad |
| P152 | Kluang | 56.12% | 42.15% | 1.74% | Wong Shu Qi |
| P153 | Sembrong | 69.38% | 21.58% | 9.05% | Hishammuddin Hussein |
| P154 | Mersing | 64.99% | 11.72% | 23.30% | Muhammad Islahuddin Abas |
| P155 | Tenggara | 75.87% | 14.41% | 9.72% | Manndzri Nasib |
| P156 | Kota Tinggi | 82.43% | 7.38% | 10.19% | Mohamed Khaled Nordin |
| P157 | Pengerang | 85.91% | 6.04% | 8.05% | Azalina Othman Said |
| P158 | Tebrau | 50.77% | 37.49% | 11.74% | Jimmy Puah Wee Tse |
| P159 | Pasir Gudang | 59.67% | 34.59% | 5.73% | Hassan Abdul Karim |
| P160 | Johor Bahru | 58.20% | 35.68% | 6.12% | Akmal Nasrullah Mohd Nasir |
| P161 | Pulai | 55.27% | 40.41% | 4.32% | Suhaizan Kayat |
| P162 | Iskandar Puteri | 50.78% | 43.52% | 5.71% | Liew Chin Tong |
| P163 | Kulai | 51.88% | 43.72% | 4.40% | Teo Nie Ching |
| P164 | Pontian | 76.90% | 23.10% | – | Ahmad Maslan |
| P165 | Tanjung Piai | 72.27% | 27.73% | – | Wee Jeck Seng |
Bilangan calon yang hilang deposit
| Gabungan parti politik / Parti politik | Jumlah calon | |
|---|---|---|
| Perikatan Nasional (PN) | Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) | 10[nota 7] |
| Parti Islam Se-Malaysia (PAS) | 5[nota 8] | |
| Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) | 5[nota 9] | |
| Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) | 1[nota 10] | |
| Jumlah | 21 | |
| Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) | 15[nota 11] | |
| Pakatan Harapan (PH) | People's Justice Party (PKR) | 4[nota 12] |
| Parti Amanah Negara (AMANAH) | 3[nota 13] | |
| Jumlah | 7 | |
| Bebas | 6[nota 14] | |
| Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) | 4[nota 15] | |
| Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) | 1[nota 16] | |
| Parti Sosialis Malaysia (PSM) | 1[nota 17] | |
| Jumlah | 55 | |
Kawasan negeri yang bertukar parti politik
| No. | Kawasan negeri | Parti terdahulu (2022) | Parti semasa (2026) | ||
|---|---|---|---|---|---|
| N02 | Jementah | PH (DAP) | BN (MCA) | ||
| N07 | Bukit Kepong | PN (BERSATU) | BN (UMNO) | ||
| N10 | Tangkak | PH (DAP) | BN (MCA) | ||
| N15 | Maharani | PN (PAS) | BN (UMNO) | ||
| N27 | Layang-Layang | BN (UMNO) | BN (MCA) | ||
| N32 | Endau | PN (BERSATU) | BN (UMNO) | ||
| N33 | Tenggaroh | BN (MIC) | BN (UMNO) | ||
| N41 | Puteri Wangsa | MUDA | PH (PKR) | ||
| N42 | Johor Jaya | PH (DAP) | BN (MCA) | ||
| N46 | Perling | PH (DAP) | BN (MIC) | ||
| N51 | Bukit Batu | PH (PKR) | BN (MIC) | ||
Pendulum kawasan pilihan raya
Pendulum pra pilihan raya | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pendulum pasca pilihan raya | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Nota
- ↑ Beliau bukan penyandang di kerusi ini namun beliau bertanding di kerusi ini dan menang.
- ↑ Sebelumnya, beliau merupakan ADUN bagi BN (UMNO).
- ↑ N01 Buloh Kasap
N06 Bekok
N10 Tangkak
N12 Bentayan
N19 Yong Peng
N21 Parit Yaani
N23 Penggaram
N26 Machap
N28 Mengkibol
N39 Tanjung Surat - ↑ N02 Jementah
N03 Pemanis
N04 Kemelah
N05 Tenang
N07 Bukit Kepong
N08 Bukit Pasir
N09 Gambir
N11 Serom
N16 Sungai Balang
N17 Semerah
N18 Sri Medan
N20 Semarang
N22 Parit Raja
N24 Senggarang
N25 Rengit
N27 Layang-Layang
N29 Mahkota
N31 Kahang
N33 Tenggaroh
N34 Panti
N35 Pasir Raja
N36 Sedili
N37 Johor Lama
N38 Penawar
N42 Johor Jaya
N44 Larkin
N46 Perling
N47 Kempas
N52 Senai - ↑ N13 Simpang Jeram
N15 Maharani
N30 Paloh
N32 Endau
N40 Tiram
N43 Permas
N45 Stulang
N48 Skudai
N49 Kota Iskandar
N50 Bukit Permai
N53 Benut
N54 Pulai Sebatang
N55 Pekan Nanas
N56 Kukup - ↑ N14 Bukit Naning
N41 Puteri Wangsa
N51 Bukit Batu - ↑ N14 Bukit Naning
N20 Semarang
N22 Parit Raja
N24 Senggarang
N25 Rengit
N27 Layang-Layang
N34 Panti
N36 Sedili
N37 Johor Lama
N45 Stulang - ↑ N02 Jementah
N05 Tenang
N17 Semerah
N35 Pasir Raja
N40 Tiram - ↑ N03 Pemanis
N30 Paloh
N43 Permas
N49 Kota Iskandar
N50 Bukit Permai - ↑ N09 Gambir
- ↑ N14 Bukit Naning
N29 Mahkota
N40 Tiram
N41 Puteri Wangsa
N42 Johor Jaya
N43 Permas
N44 Larkin
N45 Stulang
N46 Perling
N47 Kempas
N48 Skudai
N49 Kota Iskandar
N50 Bukit Permai
N51 Bukit Batu
N52 Senai - ↑ N18 Sri Medan
N33 Tenggaroh
N37 Johor Lama
N39 Tanjung Surat - ↑ N20 Semarang
N36 Sedili
N38 Penawar - ↑ N05 Tenang
N14 Bukit Naning
N30 Paloh
N41 Puteri Wangsa
N42 Johor Jaya
N51 Bukit Batu - ↑ N13 Simpang Jeram
N15 Maharani
N41 Puteri Wangsa
N51 Bukit Batu. - ↑ N32 Endau
- ↑ N48 Skudai
Lihat juga
Rujukan
- ↑ "Onn Hafiz umum pembubaran DUN Johor, beri laluan PRN ke-16". Astro Awani. 2026-06-01. Dicapai pada 2026-06-12.
- ↑ "OFFICIAL: BN wins 48 seats, PH 8". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 11 Julai 2026. Dicapai pada 12 Julai 2026.
- ↑ "Johor polls: BN sweeps 48 of 56 seats as PM Anwar's PH cedes ground in southern state". CNA (dalam bahasa Inggeris). 11 Julai 2026. Dicapai pada 12 Julai 2026.
- ↑ "Analysts see growing non-Malay rejection of DAP, PH". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 12 Julai 2027. Dicapai pada 12 Julai 2026.
- ↑ "What does BN's landslide victory in Johor polls mean for PM Anwar, Malaysia's political landscape?". CNA (dalam bahasa Inggeris). 12 Julai 2026. Dicapai pada 12 Julai 2026.
- ↑ "[TERKINI] DUN Johor bubar secara rasmi hari ini | Awani". www.astroawani.com. 2026-06-01. Dicapai pada 2026-06-02.
- ↑ "PRN Johor: Speaker serah warta pembubaran DUN kepada SPR | Awani". www.astroawani.com. 2026-06-02. Dicapai pada 2026-06-02.
- ↑ Nandini Balakrishnan (28 September 2016). "Here's The Fastest Way To Register As A Voter Before The Next Elections" (dalam bahasa Inggeris). Says.com. Dicapai pada 28 Jun 2026.
Qualifications needed to register as a voter in Malaysia:
a) A Malaysian citizen above the age of 21.
b) A resident of an election constituency.
c) Is not disqualified by any laws. - ↑ "A Young Malaysian's Guide to the Election" (dalam bahasa Inggeris). Juice. 30 Mac 2018. Dicapai pada 28 Jun 2026.
You are not eligible to register if you are:
a) on the qualifying date, you are serving jail term or detained as a person of unsound mind.
b) before the qualifying date, you have been convicted or sentenced to death or serving a jail term of more than 12 months and you're still liable on the qualifying date.
c) found guilty under the Election Offences Act, 1954.
d) have a foreign citizenship (Malaysian citizenship law does not permit a Malaysian to carry dual citizenship). - ↑ "Federal Gazette: Undi18, automatic voter registration to come into effect Dec 15 before Sabah polls". Borneo Post Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Jun 2026.
- ↑ "Undi18 to come into force Dec 15, but might still be too late for S'wak". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). 2021-12-01. Dicapai pada 28 Jun 2026.
- ↑ Tan, Ben (2026-06-10). "Pesuruhjaya PAS Johor berkata hubungan dengan Bersatu masih mesra walaupun berpecah". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Jun 2026.
- ↑ Mail, Malay (2026-06-10). "Annuar Musa: PAS akan bertemu dengan komponen Perikatan, selain Bersatu, mengenai hala tuju gabungan minggu ini". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Jun 2026.
- ↑ "Pakatan pilihan raya tiga hala Bersatu". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2026-06-07. Dicapai pada 28 Jun 2026.
- ↑ Buang, Shakira (2026-06-10). "PAS Johor bayangkan pakatan pilihan raya dengan Umno". Malaysiakini. Dicapai pada 28 Jun 2026.
- ↑ WAHID, ADILA SHARINNI (2026-06-13). "Parti Wawasan Negara bertanding PRN Johor, Negeri Sembilan". Sinar Harian. Dicapai pada 28 Jun 2026.
- ↑ ""KEMPEN DIGERAKKAN UNTUK MENANGKAN CALON PN" - SANUSI". Kedah Online. Dicapai pada 28 Jun 2026.
- ↑ "Wawasan, Gerakan tak sertai PRN Johor - Isyarat PN makin berantakan". Malaysiakini. 2026-06-25. Dicapai pada 28 Jun 2026.
- ↑ "State polls: Berjasa eyes 15 seats in Negri, chooses not to contest in Johor". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2026-06-17. Dicapai pada 28 Jun 2026.
- ↑ "State polls: PUTRA tak jadi bertanding dalam PRN Johor". Malaysia Gazette. 2026-06-24. Dicapai pada 28 Jun 2026.
- ↑ Reporters, F. M. T. (2026-06-28). "PAS urges supporters to vote BN in non-PN seats". Free Malaysia Today | FMT (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Julai 2026.
- ↑ Awang, Abdul Hadi. "Kenyataan Media PAS Pusat". Facebook. Dicapai pada 8 Julai 2026.
(Kami) menyeru pengundi tidak memberikan undi kepada Pakatan Harapan, termasuk di kerusi yang menyaksikan pertembungan dua penjuru melibatkan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan
- ↑ Chung, Nicholas (2026-07-01). "Bersatu voters could back PH out of spite for PAS, says analyst". Free Malaysia Today | FMT (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Julai 2026.
- ↑ Mail, Malay (2026-06-02). "Johor election: Muda to defend Puteri Wangsa seat, field more young candidates". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-06-10.
- ↑ "Muda, PSM tubuh Blok Progresif untuk PRN Johor, Negeri Sembilan". Malaysiakini. 2026-06-15. Dicapai pada 2026-06-15.
- ↑ Majid, Azizi (2026-06-07). "PRN Johor: BERSAMA kekal pendirian tanding solo, sedia hilang deposit". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-06-10.
- ↑ TheGoodCastShow (2026-06-14). PRM's Biggest Gamble Yet: 150 Seats In GE16 | GoodCastNews. Dicapai pada 2026-06-26 – melalui YouTube.
- ↑ Team, Malaysiakini (2026-06-26). "SNAPSHOT | Petronas has enough fuel until August; PRM reverses plans to contest Johor polls". Malaysiakini. Dicapai pada 2026-06-26.
- ↑ "Facebook Suruhanjaya Pilihan Raya".
- ↑ "Facebook Suruhanjaya Pilihan Raya".
- ↑ "BN Holds Edge in Johor Election Forecast, 31 Seats Still in Play" (dalam bahasa Inggeris). 1 Julai 2026. Dicapai pada 3 Julai 2026.