Pergi ke kandungan

Pilihan raya negeri Melaka 2018

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pilihan raya negeri Melaka 2018

 2013
2021 

Kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka
15 kerusi diperlukan untuk majoriti
Terdaftar494,662
Pengundi hadir84.52%
  Parti majoriti Parti minoriti Parti ketiga
  GS
Pemimpin Adly Zahari Idris Haron Kamarudin Sidek
Parti AMANAH UMNO PAS
Gabungan Pakatan Harapan Barisan Nasional Gagasan Sejahtera
Pemimpin sejak 30 Ogos 2017 2013 Tidak diketahui
Kerusi pemimpin Bukit Katil Sungai Udang Duyong
(hilang kerusi)
Pilihan raya
lepas
6 kerusi, 31.18%
(Pakatan Rakyat)
21 kerusi, 53.31% 1 seat, 14.98%
(Pakatan Rakyat)
Kerusi sebelum 3 21 1
Kerusi yang
diperlukan
12 14
Kerusi yang
dimenangi
15 13 0
Perubahan kerusi 12 8 1
Undian popular 211,153 156,318 44,537
Peratusan 51.1% 37.8% 10.8%
Peralihan undi 19.9 pp 15.5 pp 4.2%

Ketua Menteri sebelum pilihan raya

Idris Haron
Barisan Nasional

Terpilih

Adly Zahari
Pakatan Harapan

Pilihan raya negeri Melaka ke-14 telah diadakan pada 9 Mei 2018 bagi memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Dewan Undangan Negeri Melaka ke-14, iaitu badan perundangan negeri Melaka.[1] Dewan Undangan Negeri Melaka telah dibubarkan pada 7 April 2018 oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka atas nasihat Ketua Menteri Melaka.[2]

Pilihan raya ini dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan menggunakan sistem undi terbanyak. Penamaan calon berlangsung pada 28 April. Pada 9 Mei, antara pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang Waktu Malaysia (UTC+8), pengundian dijalankan di semua 28 kawasan DUN di seluruh Melaka; setiap kawasan memilih seorang ADUN untuk ke Dewan Undangan Negeri. Pilihan raya ini diadakan serentak dengan Pilihan raya umum Malaysia 2018.

Dalam keputusan bersejarah, Barisan Nasional (BN), gabungan pemerintah di Melaka, telah ditumbangkan oleh Pakatan Harapan (PH). Sejak pilihan raya negeri Melaka pertama pada 1955, BN atau pendahulunya Parti Perikatan tidak pernah kalah dalam pilihan raya negeri. PH memenangi 15 kerusi dalam pilihan raya ini sekali gus memperoleh majoriti mudah, manakala BN memenangi 13 kerusi. Adly Zahari daripada parti komponen PH iaitu AMANAH mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri baharu pada 11 Mei 2018.[3]

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri yang akan datang merupakan pilihan raya negeri ke-14 di Melaka sejak kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) pada tahun 1957.

Pilihan raya negeri mesti diadakan dalam tempoh enam puluh hari selepas pembubaran. Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 28 April sebagai hari penamaan calon dan 9 Mei sebagai hari pengundian.[1]

Parti politik

[sunting | sunting sumber]

Barisan Nasional (BN), gabungan pemerintah di Melaka, telah memerintah sejak penubuhannya dan diketuai oleh Ketua Menteri Melaka Idris Haron.

BN dicabar oleh dua gabungan pembangkang, iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Gagasan Sejahtera (GS). Gabungan PH dan GS masing-masing diketuai oleh Adly Zahari dan Kamarudin Sidek.[4]

Gabungan
Penyandang jawatan Pembangkang
Barisan Nasional (BN) Pakatan Harapan (PH) Gagasan Sejahtera (GS)

Calon pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
No. Kawasan persekutuan No. Kawasan negeri Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri Parti politik

Barisan Nasional

Pakatan Harapan[5][6]

Gagasan Sejahtera[7]

Parti lain/BEBAS[8]
Nama Calon Parti Nama Calon Parti Nama Calon Parti Nama Calon Parti
P134 Masjid Tanah N01 Kuala Linggi Ismail Othman (BN) Ismail Othman UMNO Hasmorni Tamby PKR Azmi Sambul PAS
Tiada
N02 Tanjung Bidara Md Rawi Mahmud (BN) Md Rawi Mahmud Halim Bachik Imran Abdul Rahman
N03 Ayer Limau Amirudin Yusof (BN) Amirudin Yusof Ruslin Hasan BERSATU Jamarudin Ahmad
N04 Lendu Sulaiman Md Ali (BN) Sulaiman Md Ali Riduan Affandi Abu Bakar Arshad Mohamad Som
N05 Taboh Naning Latipah Omar (BN) Latipah Omar Zairi Suboh AMANAH Asri Shaik Abdul Aziz
P135 Alor Gajah N06 Rembia Norpipah Abdol (BN) Norpipah Abdol Muhammad Jailani Khamis PKR Mohammad Rashidi Abd Radzak
N07 Gadek M.S Mahadevan Sanacy (BN) P. Panirchelvam MIC Saminathan Ganesan DAP Emransyah Ismail
N08 Machap Jaya (sebelum ini Machap) Lai Meng Chong (BN) Koh Nai Kwong MCA Ginie Lim Siew Lin PKR Wan Zahidi Wan Ismail
N09 Durian Tunggal Ab Wahab Ab Latip (BN) Ab Wahab Ab Latip UMNO Mohd Sofi Abdul Wahab AMANAH Mohsin Ibrahim
N10 Asahan Abdul Ghafar Atan (BN) Abdul Ghafar Atan Zamzuri Ariffin BERSATU Azlan Maddin
P136 Tangga Batu N11 Sungai Udang Idris Haron (BN) Idris Haron Mohd Lokman Abdul Gani PKR
Tiada
N12 Pantai Kundor Ab Rahaman Ab Karim (BN) Nor Azman Hassan Juhari Osman AMANAH Abdul Halim Maidin PAS
N13 Paya Rumput Sazali Muhd Din (BN) Abu Bakar Mohamad Diah Md Rafiq Naizamohideen BERSATU Rafie Ahmad
N14 Kelebang Lim Ban Hong (BN) Lim Ban Hong MCA Gue Teck PKR Mohd Shafiq Ismail
P137 Hang Tuah Jaya N15 Pengkalan Batu (sebelum ini Bachang) Lim Jack Wong (BEBAS) Chua Lian Chye GERAKAN Norhizam Hassan Baktee DAP Ramli Dalip
N16 Ayer Keroh Khoo Poay Tiong (PH) Chua Kheng Hwa MCA Kerk Chee Yee Sepri Rahman
N17 Bukit Katil (previously Bukit Baru) Md Khalid Kassim (GS) Yunus Hitam UMNO Adli Zahari AMANAH Muhamat Puhat Bedol
N18 Ayer Molek Md. Yunos Husin (BN) Rahmad Mariman Farhan Ibrahim PKR Jantan Abdullah Kamarolzaman Jidi BEBAS
P138 Kota Melaka N19 Kesidang Chin Choong Seong (BEBAS) Ng Choon Koon MCA Seah Shoo Chin DAP
Tiada
Goh Leong San¹
N20 Kota Laksamana Lai Keun Ban (PH) Melvia Chua Kew Wei Low Chee Leong Sim Tong Him¹
N21 Duyong Goh Leong San (BEBAS) Lee Kiat Lee Damian Yeo Shen Li Kamarudin Sedik PAS Lim Jack Wong¹
N22 Bandar Hilir Tey Kok Kiew (PH) Shaun Lee Chong Leng Tey Kok Kiew
Tiada
Chin Choong Seong¹
N23 Telok Mas Latiff Tamby Chik (BN) Abdul Razak Abdul Rahman UMNO Noor Effandi Ahmad BERSATU Rosazli Md Yasin PAS
Tiada
P139 Jasin N24 Bemban Ng Choon Koon (BN) Koh Chin Han MCA Wong Fort Pin DAP Suhaimi Harun
N25 Rim Ghazale Muhamad (BN) Ghazale Muhamad UMNO Shamsul Iskandar Md. Akin PKR Kintan Man
N26 Serkam Zaidi Attan (BN) Zaidi Attan Nor Khairi Yusof AMANAH Ahmad Bilal Rahudin
N27 Merlimau Roslan Ahmad (BN) Roslan Ahmad Yuhaizad Abdullah Abd Malek Yusof
N28 Sungai Rambai Hasan Abd Rahman (BN) Hasan Abd Rahman Azalina Abdul Rahman BERSATU Zakariya Kasnin

Nota: 1 Empat calon Bebas yang telah keluar daripada DAP Melaka untuk menubuhkan blok tidak rasmi Bebas bernama "Justice League" dan bertanding menggunakan simbol kunci. [9]

Pendulum pilihan raya

[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya umum ke-14 menyaksikan sebanyak 15 kerusi kerajaan dan 13 kerusi pembangkang mengisi Dewan Undangan Negeri Melaka. Pihak kerajaan mempunyai 4 kerusi selamat dan 1 kerusi agak selamat, manakala pihak pembangkang hanya mempunyai 2 kerusi agak selamat.

Keputusan

[sunting | sunting sumber]
Parti atau gabunganUndi%Kerusi+/–
Pakatan HarapanParti Tindakan Demokratik99,63724.128+2
Parti Keadilan Rakyat50,86112.313+3
Parti Amanah Negara32,8537.952+2
Parti Pribumi Bersatu Malaysia27,8026.732+2
Jumlah211,15351.1115+9
Barisan NasionalPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu111,12926.9013–4
Persatuan Cina Malaysia34,6338.380–3
Parti Gerakan Rakyat Malaysia6,4711.5700
Kongres India Malaysia4,0850.990–1
Jumlah156,31837.8413–8
Gagasan SejahteraParti Islam Se-Malaysia44,53710.780–1
Bebas1,1480.2800
Jumlah413,156100.00280
Undi sah413,15698.81
Undi rosak/kosong4,9561.19
Jumlah undi418,112100.00
Pengundi berdaftar/keluar mengundi494,66284.52
Sumber: Malaysiakini Live,[10] UNDI,[11] Free Malaysia Today[12]

Mengikut kawasan parlimen

[sunting | sunting sumber]

Pakatan Harapan memenangi 4 daripada 6 kawasan parlimen.

No. Kawasan persekutuan Barisan Nasional Gagasan Sejahtera Pakatan Harapan Ahli Parlimen
P134 Masjid Tanah 54.75% 14.88% 30.37% Mas Ermieyati Samsudin
P135 Alor Gajah 40.91% 11.41% 47.68%
Koh Nai Kwong (Parlimen ke-13)
Mohd Redzuan Md Yusof (Parlimen ke-14)
P136 Tangga Batu 44.33% 8.36% 47.31% Abu Bakar Mohamad Diah (Parlimen ke-13)
Rusnah Aluai (Parlimen ke-14)
P137 Hang Tuah Jaya 34.61% 13.21% 52.08% Shamsul Iskandar Md. Akin
P138 Kota Melaka 24.75% 5.77% 68.47% Sim Tong Him (Parlimen ke-13)
Khoo Poay Tiong (Parlimen ke-14)
P139 Jasin 44.88% 16.28% 38.84% Ahmad Hamzah

Kerusi yang bertukar tangan

[sunting | sunting sumber]
No. Kerusi Parti Sebelum (2013) Parti Kini (2018)
N06 Melaka Rembia Barisan Nasional (UMNO) Pakatan Harapan (PKR)
N07 Melaka Gadek Barisan Nasional (MIC) Pakatan Harapan (DAP)
N08 Melaka Machap Jaya Barisan Nasional (MCA) Pakatan Harapan (PKR)
N09 Melaka Durian Tunggal Barisan Nasional (UMNO) Pakatan Harapan (AMANAH)
N13 Melaka Paya Rumput Barisan Nasional (UMNO) Pakatan Harapan (BERSATU)
N14 Melaka Kelebang Barisan Nasional (MCA) Pakatan Harapan (PKR)
N17 Melaka Bukit Katil Gagasan Sejahtera (PAS) Pakatan Harapan (AMANAH)
N23 Melaka Telok Mas Barisan Nasional (UMNO) Pakatan Harapan (BERSATU)
N24 Melaka Bemban Barisan Nasional (MCA) Pakatan Harapan (DAP)

Selepas pilihan raya

[sunting | sunting sumber]

Kerajaan negeri pimpinan Adly hanya bertahan selama 22 bulan, apabila berlakunya krisis politik Malaysia 2020 dan tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melompat parti telah menyebabkan beliau meletakkan jawatan serta digantikan dengan kerajaan negeri baharu di bawah pimpinan BN melalui Sulaiman Md Ali pada Mac 2020. Kerajaan itu pula hanya bertahan selama 19 bulan sebelum satu lagi krisis perlembagaan mengakibatkan pembubaran DUN dan pilihan raya mengejut dipanggil oleh Sulaiman pada Oktober 2021.

  1. 1 2 "Malaysia's general election to take place on May 9: Election Commission". Channel NewsAsia (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Oktober 2020. Dicapai pada 2018-04-10.
  2. "Melaka presents letter on state assembly's dissolution to EC [NSTTV] | New Straits Times". NST Online.
  3. Bernama (11 Mei 2018). "Adly Zahari of Pakatan Harapan new Malacca CM". thesundaily.my. The Sun (Malaysia). Dicapai pada 30 Disember 2022.
  4. "KAMARUDIN SIDEK mengetuai barisan calon Pas Melaka bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dalam Majli". Utusan Online. Dicapai pada 5 Disember 2018.
  5. Bakar, Suffian Abu. "PPBM bertanding 2 kerusi Parlimen, 6 DUN di Melaka". Utusan Online. Dicapai pada 5 Disember 2018.
  6. "DAP going for one parliamentary, eight state seats in Melaka". Malay Mail. 19 April 2018. Dicapai pada 5 Disember 2018.
  7. Ali, Amran. "Pas Melaka letak lima calon Parlimen, 24 Dun". www.sinarharian.com.my. Dicapai pada 5 Disember 2018.
  8. Nizar, Harith. "Empat bekas pemimpin DAP akan bertanding atas tiket bebas". Utusan Online. Dicapai pada 5 Disember 2018.
  9. Kong See Hoh (19 April 2018). "Former DAP Malacca leaders form Justice league". The Sun Daily. Dicapai pada 21 April 2018.
  10. "【 GE14 】Malaysiakini Live Reports and Results". live.malaysiakini.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-05-09.
  11. "Undi.info Live". live.undi.info. Dicapai pada 2018-05-09.
  12. "Free Malaysia Today – GE14 Election Day". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-05-09.