Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 1955
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
12 daripada 27 kerusi dalam Majlis Perundangan Negeri Sembilan 7 kerusi diperlukan untuk majoriti | |||||||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Terdaftar | 17,208[a] | ||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
Pilihan raya negeri yang pertama telah diadakan di Negeri Sembilan pada 12 Oktober 1955. Pilihan raya ini merupakan satu-satunya pilihan raya negeri di Negeri Sembilan yang diadakan sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.[1] Pilihan raya negeri ini diadakan bagi memilih 12 daripada 27 orang ahli Majlis Perundangan Negeri Sembilan yang pertama.[2]
Pencalonan
[sunting | sunting sumber]Hari penamaan calon telah diadakan pada 8 September 1955. Seramai 15 orang telah mencalonkan diri untuk bertanding dalam pilihan raya ini. Gabungan Parti Perikatan telah mendaftar calonnya di kesemua 12 kawasan yang dipertandingkan, dan sembilan daripada mereka diisytihar menang tanpa bertanding. Parti Buruh dan Parti Negara pula masing-masing menghantar seorang calon. Terdapat juga seorang calon bebas.[3]
| Bil. | Parti politik | Akronim | Bilangan calon | ||
|---|---|---|---|---|---|
| 1 | Parti Perikatan | 12 | |||
| 1 | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu | 9 | |||
| 2 | Persatuan Cina Malaya | 2 | |||
| 3 | Kongres India Malaya | 1 | |||
| 2 | Parti Buruh Malaya | 1 | |||
| 3 | Parti Negara | Negara | 1 | ||
| 4 | Bebas | 1 | |||
| Jumlah calon | 15 | ||||
Keputusan
[sunting | sunting sumber]Parti Perikatan berjaya memenangi kesemua 12 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya ini.
| Parti atau gabungan | Undi | % | Kerusi | +/– | |||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Parti Perikatan | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu | 6,893 | 55.58 | 9 | ▲9 | ||
| Persatuan Cina Malaya | 2,064 | 16.64 | 2 | ▲2 | |||
| Kongres India Malaya | 0 | 0.00 | 1 | ▲1 | |||
| Jumlah | 8,957 | 72.22 | 12 | +12 | |||
| Parti Negara | 2,279 | 18.38 | 0 | ▬ | |||
| Parti Buruh Malaya | 817 | 6.59 | 0 | ▬ | |||
| Bebas | 349 | 2.81 | 0 | ▬ | |||
| Jumlah | 12,402 | 100.00 | 12 | +12 | |||
| Undi sah | 12,402 | 98.83 | |||||
| Undi rosak/kosong | 147 | 1.17 | |||||
| Jumlah undi | 12,549 | 100.00 | |||||
| Pengundi berdaftar/keluar mengundi | 17,208 | 72.93 | |||||
| Sumber: Singapore Standard, 13 October 1995[2], Tindak Malaysia Github | |||||||
Senarai pemenang
[sunting | sunting sumber]| Kawasan | Pemenang | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Rembau | Abdul Hamid Mahmud | Perikatan (UMNO) | 5,162 | Abdul Hamid Edok | Negara | 2,279 | 2,883 |
| Seremban Utara | Alias Rasul | Perikatan (UMNO) | 1,731 | Ismail Tamin | Bebas | 349 | 1,382 |
| Seremban Tengah | Chin See Yin | Perikatan (MCA) | 2,064 | Robert Singam | Buruh | 817 | 1,247 |
| Seremban Timur | Mohd Hanifah A. Ghani | Perikatan (UMNO) | Menang tanpa bertanding | ||||
| Seremban Barat | Ahmad Omar | Perikatan (UMNO) | Menang tanpa bertanding | ||||
| Lukut | Budh Kaher Singh | Perikatan (MIC) | Menang tanpa bertanding | ||||
| Linggi | Mohd Said Mohamed | Perikatan (UMNO) | Menang tanpa bertanding | ||||
| Tampin | Abdul Wahab Idris | Perikatan (UMNO) | Menang tanpa bertanding | ||||
| Jelebu | Ibrahim Mansur | Perikatan (UMNO) | Menang tanpa bertanding | ||||
| Pilah Tengah | Lee Tee Siong | Perikatan (MCA) | Menang tanpa bertanding | ||||
| Johol | Abdul Samad Idris | Perikatan (UMNO) | Menang tanpa bertanding | ||||
| Jempol | Arifin Ali | Perikatan (UMNO) | Menang tanpa bertanding | ||||
| Sumber: [2] | |||||||
Nota
[sunting | sunting sumber]- ↑ Jumlah pengundi di tiga kawasan sahaja, tidak termasuk di kawasan yang menang tanpa bertanding.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Eyes on all 12 Council seats". The Straits Times. 6 September 1955. Dicapai pada 20 Julai 2026 – melalui NewspaperSG.
- 1 2 3 "ALLIANCE ROMPS IN". Singapore Standard. 13 Oktober 1955. Dicapai pada 20 Julai 2026 – melalui NewspaperSG.
- ↑ "Alliance wins another State". The Straits Times. 9 September 1955. Dicapai pada 20 Julai 2026 – melalui NewspaperSG.