Pergi ke kandungan

Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 2018

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 2018

← 2013 9 Mei 2018 2023 →

Semua 36 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan
19 kerusi diperlukan untuk majoriti
  Parti majoriti Parti minoriti
 
Pemimpin Aminuddin Harun Mohamad Hasan
Parti PKR UMNO
Gabungan Pakatan Harapan Barisan Nasional
Pemimpin sejak 30 Ogos 2017 2004
Kerusi pemimpin Sikamat Rantau
Pilihan raya
lepas
14 kerusi, 35.36% 22 kerusi, 50.95 %
Kerusi yang
dimenangi
20 16
Perubahan kerusi ▲6 ▼6
Undian popular 258,737 182,294
Peratusan 53.9 38.00
Peralihan undi ▲18.05pp ▼13.00pp

Keputusan mengikut kawasan

Menteri Besar Negeri Sembilan sebelum pilihan raya

Mohamad Hasan
Barisan Nasional

Terpilih

Aminuddin Harun
Pakatan Harapan

Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 2018 merupakan pilihan raya negeri ke-14 di Negeri Sembilan. Pilihan raya ini diadakan pada 9 Mei 2018, serentak dengan pilihan raya umum tahun tersebut. Pilihan raya ini diadakan bagi memilih 36 orang ahli dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan mengikut sistem undian terbanyak.

Pilihan raya sebelumnya diadakan pada 5 Mei 2018. Anggota Dewan Undangan Negeri dipilih kebiasaannya untuk tempoh lima tahun.

Pilihan raya ini menyaksikan kejatuhan gabungan pemerintah, Barisan Nasional buat pertama kalinya dalam sejarah pilihan raya Negeri Sembilan. Gabungan terbaharu, Pakatan Harapan yang menggantikan Pakatan Rakyat, berjaya merampas kerajaan negeri dari Barisan Nasional yang telah memerintah sejak kemerdekaan. Pakatan Harapan membentuk kerajaan tanpa majoriti dua pertiga dengan memenangi 20 kerusi, manakala Barisan Nasional menjadi pembangkang dengan 16 kerusi.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Sidang Dewan Undangan Negeri Sembilan ke-13 telah dibubarkan pada 7 April 2018 oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz selepas mendapat nasihat daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan. Pembubaran ini dilakukan sehari selepas pembubaran rasmi Dewan Rakyat di peringkat persekutuan.[1]

Komposisi sebelum pembubaran

[sunting | sunting sumber]
BN PR Kosong
21 14 1
20 1 11 3
UMNO MIC DAP PKR Kosong

Garis masa

[sunting | sunting sumber]

Pada 10 April, Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan tarikh-tarikh penting pilihan raya ini dalam satu mesyuarat khas. Kesemua tarikh yang ditetapkan ialah sama bagi peringkat negeri dan persekutuan.[2]

Hari Tarikh
Pembubaran DUN 7 April 2018
Pengeluaran writ pilihan raya 11 April 2018
Hari penamaan calon 28 April 2013
Tempoh berkempen 28 April–9 Mei 2018
Hari undi awal 5 Mei 2018
Hari mengundi 9 Mei 2018

Barisan Nasional (BN) bertanding di semua 36 bahagian pilihan raya negeri. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) bertanding di 24 kerusi, Persatuan Cina Malaysia (MCA) bertanding di 10 kerusi, Kongres India Malaysia (MIC) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) masing-masing bertanding 2 kerusi. BN telah menang tanpa bertanding di sebuah kerusi iaitu Rantau pada hari penamaan calon.

Pakatan Harapan (PH) bertanding di 35 bahagian pilihan raya negeri. Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding di 12 kerusi, Parti Tindakan Demokratik (DAP) bertanding di 11 kerusi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia bertanding di 6 kerusi dan Parti Amanah Negara (Amanah) bertanding di 7 kerusi. Kesemua parti komponen PH bertanding menggunakan lambang PKR.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang sebelumnya telah bertanding di bawah Pakatan Rakyat, bertanding secara solo dalam pilihan raya ini di 27 kerusi. Parti Alternatif Rakyat (PAP) buat pertama kalinya menyertai pilihan raya Negeri Sembilan dan bertanding di lima kerusi.

Jumlah calon bertanding

[sunting | sunting sumber]
Bil. Parti politik Akronim Jumlah calon
1 Barisan Nasional[3][4] BN 36
1 Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO 24
2 Persatuan Cina Malaysia MCA 10
3 Kongres India Malaysia MIC 2
4 Parti Gerakan Rakyat Malaysia Gerakan 2
2 Pakatan Harapan[5] PH 35
1 Parti Keadilan Rakyat PKR 12
2 Parti Tindakan Demokratik DAP 11
3 Parti Amanah Negara Amanah 7
4 Parti Pribumi Bersatu Malaysia PPBM 5
3 Gagasan Sejahtera GS 27
1 Parti Islam Se-Malaysia[6] PAS 27
4 Parti Alternatif Rakyat PAP 5
5 Bebas 2
Jumlah calon 105

Senarai calon

[sunting | sunting sumber]
Kod Kawasan No. Nama Calon Parti Penyandang (2013-2018)
N01 Chennah 1 Seet Tee Gee BN (MCA) Anthony Loke Siew Fook (DAP)
2 Jamalus Mansor PAS
3 Loke Siew Fook PH (DAP)
N02 Pertang 1 Noor Azmi Yusuf BN (UMNO) Jalaluddin Alias (BN-UMNO)
2 Osman Mohd Dusa PH (Bersatu)
3 Hamran Abu Hassan PAS
N03 Sungai Lui 1 Abdul Karim Shahimi Abdul Razak PAS Mohd Razi Mohd Ali (BN-UMNO)
2 Mohd Razi Mohd Ali BN (UMNO)
3 Zainal Fikri Abd Kadir PH (PKR)
N04 Klawang 1 Bakri Sawir PH (Amanah) Yunus Rahmat (BN-UMNO)
2 Mazly Yasin PAS
3 Baharuddin Jali BN (UMNO)
N05 Serting 1 Abd Rahman Ramli PH (Amanah) Shamsulkahar Mohd Deli (BN-UMNO)
2 Shamsulkahar Mohd Deli BN (UMNO)
3 Muhammad Alzukri Muhammad Yasin PAS
N06 Palong 1 Masdi Musa PAS Lilah Yasin (BN-UMNO)
2 Mustapha Nagoor BN (UMNO)
3 Abdul Rahman Jaafar PH (Bersatu)
N07 Jeram Padang 1 Manickam Letchuman BN (MIC) Manickam Letchuman (BN-MIC)
2 Mohd Fairuz Mohd Isa PAS
3 S. Musliadi Sabtu PH (PKR)
4 Surash Sreenivasan Bebas
N08 Bahau 1 Mustafar Bakri Abdul Aziz PAS Chew Seh Yong (DAP)
2 Teo Kok Seong PH (DAP)
3 Choong Wan You BN (MCA)
N09 Lenggeng 1 Suhaimi Kassim PH (Amanah) Ishak Ismail (BN-UMNO)
2 Muhammad Ghazali Abu Bakar PAS
3 Mazlan Maarop BN (UMNO)
N10 Nilai 1 Leaw Kok Chan BN (MCA) Arul Kumar Jambunathan (DAP)
2 Arul Kumar Jambunathan PH (DAP)
3 Mohd Abu Zarim Abdul Rahman PAS
N11 Lobak 1 Lim Kok Kian BN (MCA) Siow Kim Leong (DAP)
2 Balamurugan Sanmugam PAP
3 Chew Seh Yong PH (DAP)
N12 Temiang 1 Ng Chin Tsai PH (DAP) Ng Chin Tsai (DAP)
2 Siow Koi Voon BN (MCA)
3 Yaw Con Seng PAS
N13 Sikamat 1 Syamsul Amri Ismail BN (UMNO) Aminuddin Harun (PKR)
2 Aminuddin Harun PH (PKR)
3 Rahim Yusof PAS
4 Bujang Abu Bebas
N14 Ampangan 1 Mustaffa Daharun PAS Abu Ubaidah Redza (BN-UMNO)
2 Abu Ubaidah Redza BN (UMNO)
3 Mohamad Rafie Ab. Malik PH (PKR)
N15 Juasseh 1 Ismail Lasim BN (UMNO) Mohammad Razi Kail (BN-UMNO)
2 Rosli Omar PH (PKR)
3 Hassan Mohamed PAS
N16 Seri Menanti 1 Rafiei Mustapha PAS Abd Samad Ibrahim (BN-UMNO)
2 Abd Samad Ibrahim BN (UMNO)
3 Jamali Salam PH (Bersatu)
N17 Senaling 1 Md Rais Mohamad @ Basiron PH (Amanah) Ismail Lasim (BN-UMNO)
2 Adnan Abu Hasan BN (UMNO)
3 Fazilah Abu Samah PAS
N18 Pilah 1 Mohamad Nazaruddin Sabtu PH (PKR) Norhayati Omar (BN-UMNO)
2 Norhayati Omar BN (UMNO)
3 Ahmad Fadzil Othman PAS
N19 Johol 1 Saiful Yazan Sulaiman BN (UMNO) Abu Samah Mahat (BN-UMNO)
2 Zulkefly Mohamad Omar PH (Amanah)
3 Kamarudin Md. Tahir PAS
N20 Labu 1 Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa PAS Hasim Rusdi (BN-UMNO)
2 Ismail Ahmad PH (PKR)
3 Hasim Rusdi BN (UMNO)
4 David Dass Aseerpatham PAP
N21 Bukit Kepayang 1 Mah Kah Yong BN (Gerakan) Cha Kee Chin (DAP)
2 Nicole Tan Lee Koon PH (DAP)
N22 Rahang 1 Mary Josephine Pritam Singh PH (DAP) Mary Josephine Pritam Singh (DAP)
2 Yap Siok Moy BN (MCA)
3 Saraswathy Paragazum PAP
N23 Mambau 1 Yap Yew Weng PH (DAP) Yap Yew Weng (DAP)
2 Daffney Hoi Choi Sin BN (MCA)
3 T. Parimala Devi PAP
N24 Seremban Jaya 1 Gunasekaren Palasamy PH (DAP) Gunasekaren Palasamy (DAP)
2 Sagaya Rajan Xavier PAP
3 Choong Vee Hing BN (Gerakan)
N25 Paroi 1 Masita Mohamed Ali PAS Mohd Ghazali Abd Wahid (BN-UMNO)
2 Mohd Ghazali Wahid BN (UMNO)
3 Mohamad Taufek Abd Ghani PH (Amanah)
N26 Chembong 1 Rosmin Adam PAS Zaifulbahri Idris (BN-UMNO)
2 Zaifulbahri Idris BN (UMNO)
3 Azizan Marzuki PH (Bersatu)
N27 Rantau MTB Mohamad Hasan BN (UMNO) Mohamad Hasan (BN-UMNO)
N28 Kota 1 Ishak Omar PAS Awaludin Said (BN-UMNO)
2 Awaludin Said BN (UMNO)
3 Sahrizal Masrudin PH (Amanah)
N29 Chuah 1 King Lim Chin Sui BN (MCA) Chai Tong Chai (PKR)
2 Michael Yek Diew Ching PH (PKR)
N30 Lukut 1 Yeong Con Yu BN (MCA) Ean Yong Tin Sin (DAP)
2 Choo Ken Hwa PH (DAP)
N31 Bagan Pinang 1 Tun Hairuddin Abu Bakar BN (UMNO) Tun Hairuddin Abu Bakar (BN-UMNO)
2 Mohd Ibrahim Khan PH (Bersatu)
N32 Linggi 1 Abd Rahman Mohd Redza BN (UMNO) Abd Rahman Mohd Redza (BN-UMNO)
2 Noor Mohamad Rizal Ishak PAS
3 Rusli Abdullah PH (PKR)
N33 Sri Tanjung 1 Thinalan Rojagapalu MIC Ravi Munusamy (PKR)
2 Ravi Munusamy PH (PKR)
3 Kamarol Ridzuan Md Zain PAS
N34 Gemas 1 Baharuddin Arif Siri PH (PKR) Abdul Razak Said (BN-UMNO)
2 Abdul Halim Abu Bakar PAS
3 Abdul Razak Said BN (UMNO)
N35 Gemencheh 1 Ishak Maasin PAS Mohd Isam Mohd Isa (BN-UMNO)
2 Mohd Isam Mohd Isa BN (UMNO)
3 Saiful Adly Abdul Wahab PH (Bersatu)
N36 Repah 1 Abdul Razakek Abdul Rahim PAS Veerapan Superamaniam (DAP)
2 Veerapan Superamaniam PH (DAP)
3 Koh Kim Swee BN (MCA)

Keputusan

[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya ini menyaksikan kemenangan besar Pakatan Harapan yang berjaya merampas kerajaan negeri dari pegangan gabungan Barisan Nasional dan pendahulunya Parti Perikatan, yang telah memerintah Negeri Sembilan sejak kemerdekaan. Pakatan Harapan berjaya memenangi 20 kerusi, mencapai majoriti tipis dengan beza hanya satu kerusi berbanding jumlah majoriti 19 kerusi. Pakatan itu juga meraih hampir 54 peratus dari jumlah undi, peningkatan sebanyak 18 peratus berbanding pilihan raya sebelumnya. Antara parti komponen pakatan itu, Parti Tindakan Demokratik (DAP) memenangi paling banyak kerusi iaitu 11. Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara pula masing-masing memenangi enam dan tiga kerusi.

Barisan Nasional yang buat pertama kalinya menjadi pembangkang dalam kerajaan Negeri Sembilan, telah memenangi 16 kerusi, 15 kerusi milik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan satu kerusi milik Kongres India Malaysia (MIC). Gabungan itu meraih 38 peratus daripada jumlah keseluruhan undi, berkurang hampir 14 peratus berbanding pilihan raya lalu. Kemenangan Barisan Nasional jelas tertumpu di kawasan majoriti penduduk berbangsa Melayu, terutamanya di kawasan pedalaman dan luar bandar. Manakala kemenangan Pakatan Harapan tertumpu di kawasan majoriti penduduk Cina, termasuk juga di kawasan bandar.

Parti atau gabunganUndi%Kerusi+/–
Pakatan HarapanParti Tindakan Demokratik127,25926.51110
Parti Keadilan Rakyat67,90814.156+3
Parti Amanah Negara42,6178.883Baharu
Parti Pribumi Bersatu Malaysia20,9534.370Baharu
Jumlah258,73753.9020+6
Barisan NasionalPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu134,01427.9215-6
Persatuan Cina Malaysia34,2457.1300
Kongres India Malaysia7,0381.4710
Parti Gerakan Rakyat Malaysia6,9971.4600
Jumlah182,29437.9816-6
Gagasan SejahteraParti Islam Se-Malaysia35,9137.4800
Parti Alternatif Rakyat4040.080New
Bebas2,6550.5500
Jumlah480,003100.00360
Undi sah480,00398.12
Undi rosak/kosong9,2151.88
Jumlah undi489,218100.00
Pengundi berdaftar/keluar mengundi607,79380.49
Sumber: SPR,[7] The Star,[8] ElectionData.MY

Kerusi yang bertukar parti

[sunting | sunting sumber]
No. Kerusi Sebelum (2013) Terkini (2018)
N04 Negeri Sembilan Klawang Barisan Nasional (UMNO) Pakatan Harapan (AMANAH)
N09 Negeri Sembilan Lenggeng Barisan Nasional (UMNO) Pakatan Harapan (AMANAH)
N14 Negeri Sembilan Ampangan Barisan Nasional (UMNO) Pakatan Harapan (PKR)
N18 Negeri Sembilan Pilah Barisan Nasional (UMNO) Pakatan Harapan (PKR)
N20 Negeri Sembilan Labu Barisan Nasional (UMNO) Pakatan Harapan (PKR)
N25 Negeri Sembilan Paroi Barisan Nasional (UMNO) Pakatan Harapan (AMANAH)

Aminuddin Harun, pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu pada 12 Mei 2018 di hadapan Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz di Istana Besar Seri Menanti.[9]

Pertikaian kemenangan DUN Rantau

[sunting | sunting sumber]

Penyandang ahli DUN Rantau dan calon Barisan Nasional, Mohamad Hasan, memenangi kerusinya tanpa bertanding pada hari penamaan calon selepas calon Pakatan Harapan, Streram Sinnansamy tidak dibenarkan memasuki pusat pencalonan untuk memfailkan dokumennya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kononnya kerana beliau tidak mempunyai pas yang dikeluarkan oleh SPR.[10] Walau bagaimanapun, Mahkamah Pilihan Raya pada 16 November 2018 telah membenarkan petisyen S. Streram dan meluluskan keputusan bahawa Mohamad Hasan tidak dipilih dengan sewajarnya, seterusnya membatalkan kemenangan Mohamad Hasan.[11] Satu pilihan raya kecil kemudiannya diadakan pada 13 April 2019 selepas rayuan Mohamad Hasan ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada 18 Februari 2019. Mohamad Hasan menang dan mengekalkan kerusinya sekali lagi.[12]

  1. ↑ "11 DUN dibubar, PP bubar DUN esok". Berita Harian. April 9, 2018. Dicapai pada 27 Februari 2022.{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link)
  2. ↑ Hafiz Marzukhi (2018-04-10). "PRU 14: SPR tetapkan Rabu 9 Mei hari mengundi" (dalam bahasa Malay). Astro Awani.{{cite web}}: CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: url-status (link)
  3. ↑ Agihan Kerusi BN Negeri Sembilan Masih Sama - MB
  4. ↑ Isa Samad digugur calon BN Negeri Sembilan
  5. ↑ Amanah NS umum sembilan calon, empat muka baru
  6. ↑ "Pas bertanding 26 kerusi DUN, lapan Parlimen di Negeri Sembilan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-27. Dicapai pada 2020-07-30.
  7. ↑ "Dashboard SPR". Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mac 2022. Dicapai pada 6 April 2022.
  8. ↑ "The Star election results". Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Oktober 2021.
  9. ↑ Raja Rahim, Raja Noraina (12 Mei 2018). "Aminuddin Harun angkat sumpah MB Negeri Sembilan". Berita Harian. Dicapai pada 2 Ogos 2025.
  10. ↑ Ahmad Rodzi, Tuty Haryanti (28 April 2018). "Tok Mat sah menang DUN Rantau [METROTV]". Harian Metro. Dicapai pada 7 Ogos 2025.
  11. ↑ "Mahkamah putuskan kemenangan Tok Mat terbatal". Sinar Harian. 16 November 2018. Dicapai pada 2 Ogos 2025.
  12. ↑ "PRK Rantau: Tok Mat menang dengan majoriti 4,510 undi". Mstar. 13 April 2019. Dicapai pada 2 Ogos 2025.