Pilihan raya negeri Perlis ke-15 ialah sebuah pilihan raya negeri di negeri Perlis, Malaysia yang dianjurkan untuk memilih wakil-wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, dan dijangka akan dilakukan selewat-lewatnya pada 2023, lima tahun selepas pilihan raya pada 2018. Walau bagaimanapun, pada 14 Oktober 2022, DUN Perlis dibubarkan mengikuti pembubaran Parlimen Malaysia pada 10 Oktober 2022[1]. Hal ini membuka ruang kepada kewajiban pilihan raya negeri untuk diadakan.
Pada 20 Oktober[2], pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 5 November sebagai hari pencalonan sementara hari mengundi dilakukan pada 19 November, dengan tempoh berkempen sebanyak 14 hari.[3]